Cuba lihat dalam peti sejuk, boleh dikatakan macam-macam bahan masakan ada di dalamnya. Pantang ada bahan masakan yang berlebih, pasti akan disimpan di dalam peti sejuk. Sayang hendak buang katanya, tapi lama-lama terpaksa buang juga sebab terlalu lama tersimpan hingga kecut dan tidak boleh digunakan.
Antara yang biasa kita lihat dalam peti sejuk antara yang tersimpan hingga kejut, lain tidak bukan adalah limau nipis.
Maklumlah, guna sehiris sahaja dan bakinya pasti kita letak begitu sahaja di rak peti ais. Sedar-sedar lebihan hirisan tersebut kering dan kecut, rosak tidak boleh digunakan lagi.
Jika difikir-fikir memang membazir, tapi tahukan anda, hal ini tidak akan berlaku jika anda tahu cara yang betul untuk menyimpan lebihan hirisan limau tersebut.
Ini sepertimana perkongsian daripada Yatie Imra, ada cara untuk pastikan lebihan limau nipis dapat disimpan lebih lama. Nak tahu caranya itu, jom baca perkongsianya di sini.
Simpan Limau Nipis Elak Kecut & Membazir
Saja nak kongsi tip.. Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang-barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ini untuk elak pembaziran.
“Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer camni sebab tahan lama dan tak membazir.”
Langkah 1 : Lepas anda potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali pula. Lagi mudah kalau buang biji terus.
Langkah 2 : Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejukbeku).
Langkah 3 : Bila hendak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna tu & biarkan kejap kat suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam jela kejap dalam air panas sebelum guna. Settle.
Manakala baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Sumber : Yatie Eimra
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Sekeluarga Terkejut Jumpa Ikan Bakar Murah, RM2 Seekor Masa Bercuti Ke Utara!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!