“Lebih Setahun Mengenali Hati Budi…”- Kenal Melalui Instagram, Nazrief Nazri Buat Kejutan Pilih Model Sebagai Isteri

Share

Tidak seperti selebtriti lain yang memilih untuk berkongsi hal perkahwinan secara terang-terangan, namun pelakon yang tengah hangat membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini mengambil pendekatan berbeza.

Nazrief Nazri, 28 semalam sah bergelar suami kepada seorang model hijab dalam satu majlis pernikahan sederhana namun meriah. Nazrief dan pasangannya,  Aizatul Aqma Hamdan, 25, selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000.

Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.

Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.

 

Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.

Dalam pada itu, nazrief turut memuat naik sekeping gambar bersama isteri usai majlis pernikahannya menerusi laman instagramnya.

ALHAMDULILLAH Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri.
Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam.

Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro & Ig nazrief_nazri