Lebih Banyak Pilihan Rancangan TV Bagi Pelanggan NJOI Sepanjang Ramadan & Raya Ni!
Menonton rancangan kegemaran di rumah bersama keluarga pastinya menjadi aktiviti yang cukup menggembirakan. Apatah lagi raya kali ini tiada amalan kunjung berkunjung. Semua antara kita disarankan untuk kekal berada di rumah memandangkan rumah adalah tempat paling selamat untuk lindungi keluarga daripada bahaya Covid-19.
Mengisi masa sepanjang berada di rumah, pastinya juga dengan menonton televisyen tidak akan pernah berasa bosan sekiranya anda adalah pelanggan NJOI. Seisi keluarga boleh menikmati 16 saluran ala carte dan 3 pek baharu sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini.
Pek nilai tambah ini termasuklah Pek Senyuman (Astro Ria dan Astro Warna), Pek Filem (HBO dan Cinemax) dan Pek Gaya Hidup (Asia Food Network, Food Network HD dan TLC), hanya pada harga RM30 untuk 30 hari bagi setiap pek.
Pek Senyuman istimewa hanya boleh diakses dari 1 Mei hingga 1 Julai 2020 sahaja. Terdapat pelbagai program khas bagi Ramadan dan Raya seperti Pung Pang Rizalman, The Cuba Show Edisi Puasa dan Empat Penjuru di Astro Ria, dan Seminggu Sekali, Sembang #DudukRumah bersama Dato’ AC Mizal dan KennotBrain di Astro Warna.
Tidak dengan itu, anda seisi keluarga juga dapat menonton filem yang digemari ramai seperti Ejen Ali, Sangkar dan filem Wira. Bahkan program Meletop Malam Raya (LIVE) yang akan ditayangkan pada 23 Mei pada jam 8.30 malam pastinya akan menjadi program hiburan paling dinanti-nantikan oleh anda sekeluarga.
Ads
Meletop Raya, Astro Ria, 23 Mei, Sabtu, 8.30 mlm-10 mlm
Gegar Vaganza, Astro Ria, 24 Mei, Ahad,12 tgh hari
Maharaja Lawak, Astro Warna, 25 Mei, Isnin, 9 mlm
Ads
Mega Raya Ria, Astro Ria, 24 Mei – 31 Mei, Setiap Hari, 9 pg & 9 mlm
Selain itu juga, antara program-program yang bakal memberi kepuasan penonton sepanjang tempoh langganan adalah seperti Sembang Raya #dudukrumah (Astro Warna), Warna Raya Mesti Pecah (Astro Warna), MegaRaya (chanel Ria), Omar & Hana Siri 3 (Astro Ceria), Gegar Vaganza : Raya Level Lain (Astro Ria), Maharaja Lawak Mega 2019 Raya (Astro Warna), Dansa & Sing Raya (Astro Ria), Geng Big Stage Beraya (Astro Ria) dan banyak lagi yang pastinya menceriakan lagi aktiviti menonton tv bersama keluarga tercinta.
Terdapat pelbagai saluran prabayar baharu untuk memenuhi pelbagai minat dan genre penonton. Saluran prabayar ini berharga serendah RM7 untuk 3 hari bagi setiap saluran. Senarai saluran termasuklah:
Ads
· Phoenix Chinese Channel (CH 318)
· Crime & Investigation (CH 714)
· Phoenix InfoNews (CH 323)
· Comedy Central Asia HD (CH 717)
· One HD (CH 393)
· Discovery Asia (CH 533)
· Al Jazeera (CH 513)
· HGTV HD (CH 715)
Pelanggan NJOI boleh menambah dan membeli saluran prabayar dan pek melalui CH200, WhatsApp di talian 03 9543 8100, atas talian di NJOI atau dari peruncit sah NJOI. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi NJOI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu ayah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila menyentuh soal masa depan bagi jaminan pendidikan mereka. Kalau boleh biarlah anak-anak ini dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi.
Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik.
Justeru, tidak hairanlah ibu ayah sudah mula merancang dan melakukan tabungan sejak anak kecil lagi.
Pelbagai pilihan institusi perbankan ada ditawarkan, namun jika memilih menyimpan di SSPN itu adalah pilihan paling bijak.
Ini kerana skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.
Ini seiring dengan objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Apa yang pasti, banyak kelebihan menabung di SSPN ini. Bukan sahaja sebagai usaha ibu ayah untuk menyimpan wang dengan cara lebih selamat, malah ini antara kelebihan lain yang perlu ibu ayah tahu :-
1. Ibu ayah layak pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
2. Perlindungan Takaful dan Khairat Kematian
3. Dividen yang kompetitif
4. Simpanan dijamin kerajaan
5. Simpanan patuh syariah
6. Simpanan serendah RM20
Nyata begitu banyak keistimewaan dan kelebihan menyimpan di SSPN.
Apa yang tinggal lagi adalah usaha dan kemampuan ibu ayah untuk merancang kewangan agar dapat membuat tabungan.
Gagal merancang, itu bermakna kita merancang untuk gagal!
Ini memandangkan elemen perancangan kewangan sangat menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi. Tanpa disiplin dan tiada keazaman, pastinya sukar untuk mencapai matlamat untuk menabung.
Memantapkan lagi ilmu ibu ayah tentang tabungan, jom ikuti perkongsian Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.
Jangan lupa temujanji kita pada 26 Disember 2020 ini di fb keluargamagazine dan boleh juga ditonton di fb Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama. Kehadiran ramadan dan syawal tidak lama lagi pasti lebih dirasai.
Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasi. Lama menyepikan diri, terbaru, dia memuat naik sebuah video khas mengenang arwah suaminya.
Video yang diberi nama ‘Dear Love…” dikongsikan di youtube baru-baru ini. Menurut BCL, meskipun Ashraf tiada di sisi, namun arwah suaminya itu tetap akan berada dalam ingatannya dan anggota keluarga yang lain.
“Dear Love, tidak terasa waktu berjalan begitu cepat, kerana rasanya seperti baru kemarin kita merayakan Aidilfitri sama-sama, bersilaturahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat di rumah. “Saya juga masih ingat kita berbincang bagaimana mahu menghidangkan cinnamon rolls, siapalah yang sangka, itu merupakan Aidilfitri terakhir kita bersama.
“Malam tadi, kami sekeluarga membacakan yassin buat kamu. Seperti mana kami selalu buat setiap malam. Noah, opah juga Alam tidak melewatkan malam tu tanpa takbir.
“Sepertimana yang kamu lakukan bersama Noah tahun lalu. Cuma bezanya kali ini tiada lagi kamu. Tahun ini, Noah telah bertakbir di rumah secara online,” kata BCL dalam video tersebut.
Dalam video itu, BCL telah menggabungkan pelbagai potongan video Ashraf menyambut Syawal bersama keluarganya sebelum ini. “Di saat ini, kita makin menyedari bahawa di luar segala apa cubaan yang hadir dalam hidup kita, kami bersyukur kerana memiliki sesama sendiri,” tuturnya lagi. Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.
Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.. Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani.. Di moment ini, aku memberanikan diri.. Untuk sedikit berbagi tentang hidupku.. Perjalananku..
Video itu telah mendapat tontonan melebihi 8000 selepas tujuh jam dimuat naik.
Februari lalu, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan pemergian Ashraf. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pada pagi 18 Februari 2020 akibat mengalami serangan jantung.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ashraf Sinclair, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Sayur sawi antara menu sayuran yang sering dimasak untuk hidangan keluarga. Sama ada ditumis ringkas sekali pun sudah cukup menyelerakan untuk dinikmati.
Menariknya tentang sawi ini, ia juga mudah hidup jika ditanam.
Ini sebagaimana apa yang dilakuka oleh wanita ini. Hanya menggunakan lebihan keratan batang sawi yang dibeli, kini di rumahnya telah tersedia dua pokok sawi yang hidup subur.
Jadi bila tanaman boleh dituai, dapatlah dimasak dan dimakan bersama seisi keluarga.
Jadi ini perkongsian cara menanam sawi. Jom semak.
Percaya atau tidak..pokok sawi ini saya tanam menggunakan batang lebihan kita buat masak tu..untuk mendapatkan benih sawi.
Ada dua pokok je, dah sebulan ditanam.
Yang ini contoh batang yang hendak ditanam..pucuknya jangan dipatahkan untuk dia terus besar dan mengeluarkan
bunga.
Rendam sebentar waktu pagi dan petangnya bolehlah terus dicucuk ke tanah. Jangan rendam lebih dari semalaman dikuatiri batang akan busuk bila ditanam nanti..rendam hanya untuk memastikan
batang tidak layu masa nak ditanam nanti.
Yang ni selepas beberapa hari dicucuk ke tanah dalam polibeg. Letak tempat teduh dulu. Siram sikit-sikit sahaja takut tak sempat besar dah busuk…bila dah besar bolehlah pindah ke tempat panas kalau nak..bolehlah siram macam biasa..
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.