Lebih Baik Cairkan Aset Sendiri Dari Meminjam Duit Orang Lain. Jangan Malu Nak Gadai Emas!

Share

Memiliki barang kemas bukan hanya untuk tujuan sebagai perhiasan diri tapi untuk tujuan awasan. Boleh digunakan bila terdesak dalam hal kewangan.

Oleh itu, buat mereka yang memilik emas, usah rasa malu jika terpaksa ke kedai pajak gadai, tapi harus rasa malu jika terpaksa meminjam dengan wang orang lain. Lebih bahaya terpaksa membuat pinjam kepada peminjam tanpa lesen yang mempunyai kadar bunga yang amat tinggi.

Begitulah yang dikongsilah oleh saudara Akhtar Syamir mengenai faedah menyimpan emas dan mengadainya apabila perlu.

Jangan malu untuk ke Ar Rahnu. Salah satu kelebihan menyimpan emas adalah kemudahan untuk membantu di saat memerlukan. Perlu ingat, emas itu adalah aset anda sendiri. Anda yang kumpul, menabung dan anda yang beli sendiri.

Tidak menjadi kesalahan kalau nak tukar bentuk aset itu dari emas kepada tunai kerana sebelum ini pun melalui transformasi yang sama cuma terbalik sahaja, iaitu dari tunai kepada emas.

Terutamanya di kala pandemik melanda, PKP dan dilanda masalah untuk meneruskan kehidupan.
Sewaktu membeli emas dahulu pun ada sahaja yang mengata. Kadang kala orang yang sama juga akan tersenyum sinis apabila kita ke Ar Rahnu pula. Bagaikan puas hatinya melihat orang lain sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan. Abaikan sahaja orang sebegini. Dia tidak akan berubah dan kebarangkalian hanya tin kosong.

Gunakan Ar Rahnu dengan sebaik mungkin.

1. Bila anda perlukan tunai.
2. Untuk menambah aset emas yang ada. Simpan, dapat tunai, beli emas baru dan tebus yang lama dalam masa 6 bulan lagi.
3. Sebagai tempat simpanan emas yang paling selamat dengan bayaran simpanan yang jauh lebih murah dari simpan di bank.
Orang yang mempunyai aset emas dan mempunyai perniagaan sering kali keluar masuk Ar Rahnu. Ini sudah menjadi suatu kebiasaan. Percayalah yang orang sebegini sangat bijak dan simpanan emasnya akan semakin bertambah dan perniagaannya akan semakin maju.
Buanglah segala mentaliti lapuk mengenai kedai pajak. Sekarang bukan macam dahulu lagi. Orang yang banyak duit pun gunakan Ar Rahnu. Orang yang banyak emas pun gunakan Ar Rahnu.


Akhir sekali, kepada orang yang memandang serong orang yang ke Ar Rahnu, ada satu ayat untuk mereka.
“Kita yang ke Ar Rahnu, dia yang panas. Suka hati la”
Haha…
Lebih baik mencairkan aset sendiri dari meminjam duit orang lain.
Kongsikan penulisan ini supaya kita dapat ubah pandangan terhadap Ar Rahnu. Semoga yang menyimpan di sana, dapat menebus kembali dengan sempurna.

Sumber: Akhtar Syamir