Lebih 45 Tahun Jadi Pakar Bidan Hari Ni Dr Hamid Arshat Umum Bersara, Undang Rasa Sebak Warganet!

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali figura hebat ini yang tinggi ilmunya dalam bidang kedoktoran sakit puan dan perbidanan, Dr Hamid Arshat. Telah puluhan tahun menabur bakti, merawat pesakitnya dan hari ini beliau membuat pengumuman untuk bersara dan info tersebut dikongsikan di akaun facebooknya dan menarik perhatian warganet.

 Pengumuman Bersara Perkhidmatan Pakar

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Melimpah nikmat keatas diri saya dan keluarga. Lebih 51 tahun diberi peluang jadi doktor dan lebih 45 tahun jadi pakar bidan.
Tiba masa untuk saya mengundur diri dan bersara. Banyak perkara dan hal2 peribadi dan keluarga perlu diselesaikan selum bertemu dengan Maha Pencipta.

Semoga sedikit sisa-sisa hidup yang masih ada dilimpahi dengan segala nikmat dan keberkatan dari Allah SWT serta dapat pengampunan segala dosa, aamin ya robbal alamin.

Bukan mudah untuk mengambil satu keputusan yang amat besar ertinya dalam hidup saya. Masih ramai yang memerlukan perkhidmatan saya, malah staff saya perlu menolak permohonan pesakit-pesakit  untuk buat temujanji dengan saya.

Situasi begini menjadikan hati amat sedih dan pilu kerana tidak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ada kala timbul perasaan berbelah bagi, namun saya terpaksa cekal dan mengawal perasaan. Semoga ini adalah satu keputusan muktamad dan saya tidak akan merasa kesal kemudian hari.

Ribuan Terima kasih.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan kepada saya memberi nasihat dan buat rawatan kepada pesakit-pesakit saya. Kepada mereka yang berjaya mendapat zuriat dan sembuh dari penyakit mereka saya ucapkan tahniah. Yang belum berjaya dan tidak kesampaian hajat mereka, bersabar dan terus berdoa sambil jangan putus usaha.

Mohon Maaf

Saya juga mohon Maaf atas segala kesalahan dan kesilafan, samaada yang sengaja dan tidak sengaja, yang nyata dan yang tersorok. Saya akui saya ada banyak kelemahan dan kekurangan pada diri dan peribadi saya. Manusia memang tidak sempurna dalam semua bidang. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Mohon Doa restu

Saya mohon doa agar Allah kuatkan Iman, kurniakan kesihatan dan kekuatan serta kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Aamin ya robbal alamin.

Kita tidak terlepas dari ujian Allah, itu semua adalah lumrah hidup. Ada kala kita naik menjulang tinggi dan ada kala kita jatuh kelurah jauh ke bawah. Hanya ketabahan dan kesabaran serta keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT yang bolih meneruskan perjalanan hidup kita.

Marilah kita hapuskan perangai hasad dengki, iri hati dan dendam kerana kesemua itu perosak pembangunan insan dan ummah..

Meninjau di rungan komen, rata-rata warganet mengucapkan selamat bersara dan  tidak kurang juga ramai sebak di atas pengumuman yang dibuat oleh Dr Hamid Arshat lebih-lebih lagi buat mereka yang pernah mendapat khidmat dan rawatan bersamanya.

Sumber : Dr Hamid Arshat