Negara kini dalam tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara iaitu menuju ke arah pengurangan jangkitan Covid-19 di bawah 4000 kes sehari.
Sudah tentu kita masih belum bebas untuk pergi ke mana-mana sesuka hati. Duduk di rumah bersama keluarga sambil melakukan aktiviti berfaedah adalah yang terbaik.
Salah satunya boleh mencuba resipi baru., Bagi yang belum mahir atau mengetahui teknik membuat roti, boleh mula belajar cara untuk membuat roti homemade.
Resipi roti homemade yang sangat lembut dan sedap. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga.
Sebagaimana perkongsian puan Wanda Jasmi yang menunjukkan cara langkah demi langkah untuk membuat roti menjadi gebu. Beliau yang juga merupakan peniaga roti berkongsi ilmu menerusi group Masak Apa Hari Ini telah mendapatr lebih 27K share.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Satu resipi boleh buat dua jenis adunan: Donut dan Roti
Hari ni saya nk tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donut hanya guna 1 resepi…. Semoga dapat membantu
Bahan A : Air suam – 1 cawan Yis – 1 paket Susu pekat – 3 sb Gula – 2sb Telur – 1 biji
1. Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan B : Tepung gandum – 3 cawan Majerin – 2 sb Garam – 1 sk
2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B.
Ads
(Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya… Sampai doh x melekat)
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2× ganda kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
Saya bagi penampar dulu… Sampai die kecut… Kebetulan tengah marah sebab kene sambung kurung lagi…
Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama.
Ads
Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
Sehingga die 3x ganda kembang, roti pun akn ringan nanti. Kalo cepat kembang, sekejap je la.. Kalo lambat, dlm 30 minit atau sejam
6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
Ads
Siap bakar, sapu susu pekat+air atas roti. Susu kotak pun boleh.
(Suhu ikut saiz oven masing2, lain saiz lain suhunya… Saya punya 42L)
Tahun 2021 sememangnya merupakan satu tahun yang bermakna bagi personaliti pengacara dan pelawak Nabil Ahmad apabila kini muncul dengan projek terbaharunya iaitu siri animasi, Lu Pikir La, Nabil!
Berlatar belakangkan kampung halamannya, Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Lu Pikir La, Nabil! mengisahkan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan berserta momen persahabatannya bersama rakan-rakan dan kekalutan perangai orang kampung yang diabadikan dalam bentuk lukisan oleh Nabil sendiri.
Ternyata bakat yang dimiliki oleh Nabil cukup hebat!
Istimewanya melalui cerita di dalam Lu Pikir La Nabil! adalah kisah yang belum pernah dikongsikan bersama orang ramai sepanjang kariernya bergelar anak seni. Jadi rugi jika anda tidak menontonnya.
Paling unik, siri animasi Lu Pikir La Nabil! menggunakan loghat negori. Mesti orang-orang Negeri Sembilan faham sangat apa yang diucapkan. Pun begitu jangan bimbang kalau tak faham, turut tersedia sari kata.
Sebagai makluman siri ini sudah pun disiarkan bermula pada 14 Oktober yang lalu. Anda seisi keluarga boleh menontotnya pada setiap hari Khamis sehingga 4 November ini di saluran Meletop Youtube!
#Tudeeh #LuPikirLaNabil #MeleTOP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meskipun menikmati air carrot menjadi antara menu yang digemari ramai, namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu rupanya jika dicampurkan dengan susu, ianya menjadi lebih berkhasiat berbanding jika diminum kosong.
Selain itu, disarankan juga menggunakan susu segar. Namun apa yang biasa kita buat adalah dengan mencampurkan dengan susu sejat. Apa sebabnya cara ini adalah yang terbaik?
Hal ini dijelaskan oleh saintis dan elok juga kita fahami, agar apa yang keluarga kita minum atau makan adalah yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan dan bukan sebaliknya.
Jom baca perkongsian penuh daripada Dr Suri Roowi ini.
KENAPA MINUM ‘CARROT SUSU’ LEBIH BAIK berbanding ‘CARROT O’?
Kajian menujukkan bahan khasiat dalam carrot dikenali sebagai karotenoid. Bahan ini adalah sejenis bahan antioksidan. Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak atau lemak.
Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi. Sebaiknya guna susu segar.
Makanan lain yang kaya dengan karotenoid
Tomato juga kaya bahan karotenoid. Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah. Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu
Labujuga kaya karotenoid. Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan
Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun
Fakta penting :Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak)
Ini penting untuk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...