Impian semua umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah. Namun semua maklum untuk ke sana memerlukan perruntukkan yang tinggi. Maklumlah biasanya untuk ke sana kita akan mendapatkan khidmat agensi pelancongan untuk menguruskan urusan pergi balik, penginapan dan jadual di sana.

Namun bagi mereka yang sudah pernah ke sana sudah tentunya ia tidak menjadi masalah jika pergi tanpa melibatkan agensi pelancongan.

Begitulah perkongsiannya inspirasi oleh wanita ini, Hajjah Rosma Ali yang berkongsi tip pergi umrah secara sendiri atau kata lain DIY tanpa melibatkan agensi pelancongan.

Lebih istimewa  telah lebih 10 kali mengerjakan umrah ke tanah suci. Jom ikuti perkongsiannya.

Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY 

“Sebelum saya bawa jemaah umrah ke Tanah suci..saya dah pergi umrah lebih 10kali. Boleh kata skali je pergi dengan travel agen, lain-lain saya umrah DIY je. Tapi  masa tu saya guna visa umrah la. Minta kawan saya buatkan, kebetulan saya kenal kawan-kawan yang kerja dengan syarikat travel agent, so mudah la.”

 

Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY, Wanita Ini Kongsi 7 Tip, Sangat Murah!

 

 Selepas keluar berita tentang kerajaan Arab Saudi umum kebebasan masuk ke negara dia tahun lepas. Baru saya mula start bawa jemaah ke Tanah suci. Sebab dah ada visa tourist. Alhamdulillah sangat.

 “Sekarang anda boleh di mana mana sahaja. Anda boleh datang ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah…”

Ini bukan statement saya. Ini Statement dari kementerian Haji dan Umrah dari kerajaan Arab Saudi sendiri.. Anda blh dtg ke Arab Saudi dengan mudah.

Masyallah kan.  Berita baik untuk seluruh umat islam di seluruh dunia.

Allahuakbar. Bukan kah ini yang kita nanti nantikan untuk kita ke Tanah suci dengan mudah. Bila-bila masa bolh pergi dan boleh pergi sendiri-sendiri.

Bulan 10 ni pulak. Saya dengar-dengar  penerbangan Air Asia pun dah nk mulakan operasi mereka..

So tuan puan blh beli tiket penerbangan Murah Air Asia dan blh pergi umrah dgn harga bajed.

 Best kan. Boleh  duduk di Mekkah tanpa batas. Kalau tuan puan nak pergi Mekkah untuk tempoh 22 hari kan iaitu 10 malam di Mekkah dan 10mlm di Madinah.

7 Tip Ke Tanah Suci Secara DIY

Ads

Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY, Wanita Ini Kongsi 7 Tip, Sangat Murah!

 Ni saya nak kongsi tip.

1) Untuk Tiket flight, tuan puan blh letak bajed RM3150. Insyallah blh dpt murah lg klu naik Air Asia. Beli dkt website je..mudah

 2) Visa pulak, tuan puan buat sendiri..buat visa tourist je, harga RM650 lebih kurang.

 3) Hotel ni sangat-sangat flexible. Biasa saya kongsi hotel yang jarak 100M kan. Sekarang saya nk kongsi hotel yang jarak 1.5KM pulak.

 Jika tuan puan pilih hotel yg jarak 1.5KM, harga satu mlm, kita blh dpt hanya la SR80 je satu mlm, hotel besar, bilik luas, dan blh dpt hotel 3 start. Tuan puan dtg 4 org, kongsi2 bilik..jadi kos seorg SR20.

 Jika tuan puan duduk 10mlm di Mekkah, maka kos hotel di Mekkah SR200 atau RM240. Tuan puan tak perlu risau, biasa hotel yg jarak 1.5km ke Masjid Al haram ni, mereka ada sediakan bas shuttle. Setiap 30 minit, ada bas. So blh rancang perjalan kita nk ke Masjid dgn mudah..InsyaAllah.

 Hotel di Madinah plk..tuan puan cari yg ekonomi sikit, yg jarak dlm 300M ke masjid Nabawi. Kos dlm SR 120 semalam. Kongsi2 4 org, so satu mlm kos dia SR30.

Kita duduk di Madinah 10mlm, kos dia SR300 atau RM360.

Tuan puan bayangkan, kos penginapan 22 hari 20 mlm dgn hotel bajed ni hanya la RM600. Masyallah kan..tersangat2 murah.

 4) Bimbingan Mutawif plk, kita dtg 4 org kan..kita share2 Mutawif RM200 seorg, so Mutawif akan bimbing kita di sana untuk buat umrah dan bw kita ziarah2.

Ads

 5) Bahagian transport plk..memandangkan kita pergi ber4 je, tuan puan blh guna speed train untuk bergerak dari Mekkah ke Madinah harga lebih kurang RM180.

Untuk tambang teksi bg ziarah2 lain..tuan puan letak bajed seorg RM200, dan guna teksi untuk pergi ziarah. Sgt2 mudah.

So kos transport untuk speed train dan tambang teksi untuk ziarah2 ialah RM380.

Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY, Wanita Ini Kongsi 7 Tip, Sangat Murah!

 6) Makan minum, tuan puan blh jimat..dtg ber4 kan..kongsi2 bw beras, bw rice cooker, bw makan2 yg mudah di masak, dan sebagainya. Letak la bajed untuk makan minum selama 22 hari 10 mlm ni, RM30 sehari × 22hari = RM660.

 7) Beli travel insurance under etika tripcare360 harga RM59.90 blh cover RM100k. Dan satel bab insurance.

 Ready untuk beli simkad SR100, atau RM120, untuk mudah kita nk berhubung dgn kwn2 kita..so kena ada internet. So total kan la semua skali bajed tu…

Nk pergi umrah yg 22hari 20 mlm tu. Ok..jika saya tambah semua skali..kos dia RM5819.90

 Kos RM5819.90 ni tuan puan…dah termasuk semua skali, termasuk makan, termasuk simkad, termasuk insurance, termasuk ziarah,termasuk tiket train, termasuk tiket flight pergi blk, termasuk hotel 22hari 20mlm, termasuk bimbingan Mutawif dan visa.

 

Boleh pergi Mekkah 22hari 20mlm tuan puan Blh solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Ads

Boleh solat 40 waktu di Masjid Al haram  MasyaAllah…sini yang kita nk kejar…pahala solat Street 40 waktu di Masjid Al haram dan 40 waktu Street solat fardu di Masjid Nabawi…pahala sgt2 besar …

Ada yang tak pandai.  Ada yang takut…

Don’t worry tuan puan…skrg ramai dan sgt2 ramai org pergi umrah sendiri2…

InsyaAllah…  Try pergi skali..pasti tuan puan akan jatuh cinta untuk pergi dan pergi dan pergi lagi ke Tanah Suci…

Percaya la. Kenangan umrah DIY dgn suami…

Sumber: Rosma Ali

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Lebih 10 Kali Buat Umrah DIY, Wanita Ini Kongsi 7 Tip, Sangat Murah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI