Layan Seperti Ibu Sendiri Cara Mawar Rashid Tawan Hati & Beli Jiwa Mentua. Patutlah Suami Sayang Sangat!

Share

Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan sebagai ‘love-hate relationship’. Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.

Sekiranya keadaan ini berterusan, suami pasti rasa tersepit diantara ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.

Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.

Ini kerana ia secara tidak langsung merupakan cara yang paling mudah untuk  membuatkan suami lebih sayang sekaligus mampu menawan hatinya. Percayalah!

Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid, ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.

Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.

 

Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti layanan kepada mummynya.

“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak.

“Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu. Sebab itu, kalau ada peluang bersama memang saya akan hargai betul-betul.

Pun begitu, Mawar juga sangat rapat dengan ibu mentuanya. Dia juga punya cara tersendiri dalam menawan dan membeli jiwa ibu kepada suami kesayangannya Raf Yaakob.

“Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu mentua. Tahun ini kali pertama beraya dengan status isteri dan menantu, memang teruja sangat kerana dapat beraya dengan keluarga baru. Saya juga menyediakan kelengkapan raya untuk suami tercinta.

Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami, famili dan juga peminat yang banyak memberi sokongan padanya selama ini.

“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apapun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.

Sumber: Hijabista Magazine & mawarashid (Instagram)