Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan sebagai ‘love-hate relationship’. Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.
Sekiranya keadaan ini berterusan, suami pasti rasa tersepit diantara ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.
Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.
Ini kerana ia secara tidak langsung merupakan cara yang paling mudah untuk membuatkan suami lebih sayang sekaligus mampu menawan hatinya. Percayalah!
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid, ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.
Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Ads
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak.
“Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu. Sebab itu, kalau ada peluang bersama memang saya akan hargai betul-betul.
Ads
Pun begitu, Mawar juga sangat rapat dengan ibu mentuanya. Dia juga punya cara tersendiri dalam menawan dan membeli jiwa ibu kepada suami kesayangannya Raf Yaakob.
“Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu mentua. Tahun ini kali pertama beraya dengan status isteri dan menantu, memang teruja sangat kerana dapat beraya dengan keluarga baru. Saya juga menyediakan kelengkapan raya untuk suami tercinta.
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami, famili dan juga peminat yang banyak memberi sokongan padanya selama ini.
Ads
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apapun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
Dalam menghias rumah, kemasan lantai turut berperanan mencipta gaya dan keselesaan ruangan. Umpamanya memilih pemasangan kemasan kayu vinyl. Ianya bukan sahaja nampak cantik malah memberi keselesaan.
Pun begitu, semua itu memerlukan sejumlah kos yang besar. Namun untuk lebih menjimatkan, praktis DIY harus dilakukan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Khairul Ezuwan ini, melihat perbezaan kos yang ketara bila pemasangan dilakukan sendiri. Kerja-kerja ini lebih seronok dilakukan bila anak lelakinya juga membantu.
Jom semak perkongsian ini.
Dah siap.Dulu Saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki dan lebar 6 inchi . Satu kotak mengandungi 16 keping .harga setiap kotak cuma RM58. Untuk keluasan 300 sqft ruang yg saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni. Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yang tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yang saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)
Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa. Namun tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat.
Lantaran itu, pastikan tubuh anak terbiasa dengan rutin selama satu bulan ini, namun tidak bermakna ibu bapa perlu memaksa mereka sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesihatan.
Kewajipan berpuasa adalah kepada muslim yang baligh. Dalam saranan didikan tarbiyah pula menyebut kewajipan bersolat untuk kanak-kanak mulai usia 10 tahun. Oleh yang demikian latihan anak puasa haruslah bercirikan seperti sebuah latihan dan bukan kewajipan pada anak-anak, sesuai dengan fitrahnya bertahap-tahap.
Ikuti panduan ini.
Tempoh puasa
Mulakan dengan beberapa jam, mungkin 2-3 jam, kemudian separuh hari, berbuka ketika zohor, kemudian asar dan sehinggalah anak berlatih mampu menahan dirinya tidak makan seperti mana orang dewasa sehingga maghrib.
Bangun awal sahur
Begitu juga dalam amalan bersahur, kejut dan didik untuk bangun awal. Sekiranya belum baik, benarkan untuk bersarapan dan terus dorong untuk puasa semampunya.
Sokongan
Sokongan dan dorongan secara lembut hendaklah seiring dengan latihan ibadah puasa yang diterapkan. Aspek emosi, perasaan anak dan empati ketika mereka melalui fasa sukar berpuasa mestilah dikomunikasikan. Ini penting agar anak tidak melihat ia sebagai latihan yang menderitakan dan tidak manusiawi. Gambarkan dan sampaikan kepedulian pada anak melalui sentuhan, dan kata-kata yang mengiyakan.
Kesihatan anak
Perhatikan kesihatan anak. Anak yang tidak sihat jangan diminta berpuasa. Anak yang pucat, lesu bergolek menahan sakit perutnya jangan diminta bertahan untuk berpuasa.
Mindset masyarakat anak harus berpuasa penuh bermula 6 tahun atau lebih muda sesungguhnya memberatkan kanak-kanak. Ini terlihat dengan kata-kata yang diusahakan dalam perbualan masyarakat secara lazim, “puasa penuh tak”, ” Mesti puasa penuh, dapat seringgit sehari”, atau “tahanlah sikit lagi, sayanglah kalau berbuka dah dekat nak buka” sedangkan anak bergolek pucat menahan kelaparan. Banyak lagi contoh komunikasi yang menggambarkan mindset begini.
Anak yang terlatih dengan ibadah solat akan membaiki ibadah puasa, dengan bimbingan orang tuanya dan ia mengambil masa sesuai dengan usianya untuk di tarbiyah begitu. Pendidikan solat harus tidak bermusim, bermula dari kecil sepanjang masa dan terlihat pada diri ibu bapa dan anak-anak.
Jadikan Ramadan bulan yang seronok
Gambaran terhadap bulan Ramadan juga perlu diolah agar memberi keseronokan buat kanak-kanak. Raikan kedatangan Ramadan itu seperti menyambut kedatangan Hari Raya.
Hidupkan keseronokan berbuat baik dengan memberi perhatian kepada semua amalan baik yang perlu dihidupkan setiap hari, dan tambahkan dengan aktiviti seiring dengan objektif amalan baik yang mahu diterap. Promosikan semua kebaikan seperti kutip sampah, senyum, berkongsi, bantu ibu ayah, kemas peralatan, membaca buku, bermain dengan baik dan pelbagai lagi, tidak marah dan tidak bergaduh.
Jadikan Ramadan sebagai bulan yang membawa kebaikan sebenar-benarnya, sehingga dapat dirasai sang anak kecil. Kebaikan kepada masyarakat, jiran, suami isteri, anak-anak, dan kebaikan terhadap diri sendiri.
Begitu juga Ramadan dihidupkan sebagai bulan pesta ibadah. Ramadan sebagai satu pesta kemasyarakatan. Masyarakat sering bertemu, bersama, berbuat baik, menyatu dalam ketaatan kepada Allah. Libatkan anak-anak dalam ibadah solat, utamakan kepada solat fardhu, solat terawikh istimewa Ramadan dan solat sunat lainnya.
Kenalkan amalan semasa berpuasa
Perkenalkan mereka dengan masjid ketika iftar jamaie, solat jemaah, dan iktikaf. Kongsikan keistimewaan masjid sebagai rumah Allah. Keistimewaan tetamu Allah. Begitu juga Al Quran, lazimi al Quran setiap hari dengan anak di bulan Ramadan, semoga ia kekal bersama keluarga selepas Ramadan. Jadikan ia acara keluarga, bukan kita seorang diri sahaja yang mahu khatam Al-Qur’an tetapi bawa keluarga kita bersama.
Sedekah juga harus dilazimi setiap hari agar amalan ini terpahat dalam amalan anak-anak secara semulajadi. Bangkitkan kepedulian kepada umat Islam yang susah kerana miskin dan kerana penindasan peperangan. Bawa berjumpa keluarga yang sempit hidupnya agar anak-anak terbuka minda melihat sesuatu yang membina keinsafan dan kematangan mereka kerana anak-anak terbatas kefahaman mereka, mereka dapat memahami apa yang dapat ditanggapi (dilihat) dengan mata mereka sahaja.
Meskipun mereka mungkin terbatas dalam memahami puasa dan belum sempurna latihan puasa mereka, jangan ditinggalkan pengajaran lain yang boleh disuburkan Ramadan ini. Hidupkan kebaikan dan ibadah Ramadan selari dengan latihan berpuasa.
Buat aktiviti mengenai bulan Ramadan
Meraikan fitrah anak juga, semua pengajaran, isi, content yang ingin ditarbiyahkan itu mestilah dilihat sebagai seronok, dan ada aplikasinya. Bukan sekadar kata-kata. Maka setiap hari perlu dibuat aktiviti sokongan mengenai fokus pengajaran pada hari tersebut. Aktiviti sokongan akan membantu kefahaman anak tentang sesuatu objektif pengajaran. Ia boleh berbentuk kraf, story telling, lakonan, video, lawatan, penghasilan buku skrap dan banyak lagi idea kreatif.
Aktiviti boleh menggunakan pelbagai produk sokongan Ramadan yang ada atau ibu bapa boleh DIY sendiri. Malah setiap aktiviti ini dapat diolah menjadi penulisan berbentuk 3M (membaca, menulis, mengira). Perancangan yang baik akan membantu ibu bapa.
Jadual Ramadan
Apabila cuti persekolahan mengambil 10 hari dari Ramadan tahun ini, buatlah jadual harian yang akan membantu perjalanan anak-anak bersama ibu bapa di rumah. Ada 3 kategori jadual Ramadan. Jadual utk hari anak bercuti tetapi ibu ayah bekerja, jadual Ramadan di hujung minggu dan Jadual Ramadan ketika hari persekolahan.
Persiapan rapi amat membantu semua keluarga menghadapi Ramadan. Berbeza dengan apabila kita belum ada tanggungjawab keluarga, semoga Allah memudahkan jalan hambaNya yang berusaha. Semoga Allah menemukan kita dengan Ramadan.
Sumber: Nurul Hanan Arifin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tersalah beli cili kering, silap hari bulan semua masakan yang disediakan tidak mampu dimakan dek kerana rasa pedasnya yang melampau. Jadi penting untuk kita mengetahui jenis dan ciri cili kering tersebut agar apa yang dibeli menepati selera kita sekeluarga.
Ini memandangkan cili kering ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Nak lebih detail, tiga wanita ini kongsikan info berkenaannya. Jom semak.
“Dalam 2 3 hari ni ramai beno yang dok ngadu pasal cili pedas..di sini saya share cara nak pilih cili tak pedas,kurang pedas dan terlebih pedas..”-Rohani AbWahab
1. Yang kiri tu nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya dan glowing jer…tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya..sebab yang ni jenis puaka niyang rapik punya rasa..extra pedas..kalau makan rasa macam nak tumbuk orang yang ada disebelah..
2. Tengah tu nampak kering kontang bagai gurun sahara..yang ni pedas biasa..pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi.
3. Kanan..yang ni nampak macam terlebih kolejen..nampak bersinar-sinar..rasanya langsung tak pedas..kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.
Manakala perkongsian daripada No Or pula berkenaan cili kering ini, ia bahagikan tahap kepedasan cili kering ini kepada 3 jenis dan boleh dibezakan dengan melihat testur dan bentuk cili kering tersebut.
JENIS-JENIS CILI KERING
Kalau bercakap tentang gred dan jenis, untuk kumpulan makanan ni, rasanya durian la yang paling top kot. Tapi kalau korang nak tau, cili kering pun ada jenis tau, dan memang ada kategorinya sendiri.
Kalau yang ekstra pedas memang la kepedasannya itu sangat menggigit. Meleleh air hidung, memang sah sah lah berapi kat telinga tu. Kalau pun korang dah tambah gula ke dalam sambal, itu pun belum tentu lagi dapat seimbangkan rasa pedasnya.
1. Kurang pedas
Mungkin korang pun penah jumpa. Cili ni jenis cili kering yang pendek, berkilat tapi sikit ‘gemuk’ dan bulat. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas. Mungkin Cili kering jenis ini agak susah sikit nak cari di pasaran sebab harga die yang agak mahal. Biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur, popular digunakan dalam sambal Nasi Lemak.
2. Pedas biasa
Jenis cili kering ni, jenis yang panjang dan berkedut. Nampak kering dan warnanya sikit kusam warnanya.
Bagi yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai tuk korang guna dalam masakan.
3. Super Pedas
Jenis yang satu ni pulak, kalau korang pernah perasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Cili jenis ini jugak, punyalah banyak biji. Warna die jugak merah pekat. Ada jugak jenis ini yang pendek tapi still licin dan berkilat rupanya.
Kalau nak tau, cili ni la jenis yang paling pedas dan mantap. Jangan ambil cili ini kalau korang tak makan pedas okay!
Sila kongsi pada semua rakan dan kenalan. Rasanya ramai yang selalu keliru pasal cili kering ni.
Tidak dinafikan, orang tua-tua kita kaya dengan petua dan untuk menghilangkan rasa pedas cili kering ada cara yang perlu dilakukan. Dan petua ini juga telah diamalkan oleh Hani Mynis dan turut berkongsi di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Menurutnya untuk kurangkan pedas cili tersebt apa yang dia lakukan adalah dengan merebus dan blend sekali tangkai cili kering itu. Cili kering yang kurang pedas jenisnya warna merah pudar kurang berkilat, kerinting dan saiz sederhana (bukan pendek-pendik).
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...