“Layan Pesakit Macam Bapa Sendiri.” Suap Makanan Dengan Penuh Sabar, Tindakan Doktor Ini Dipuji Netizen. Sebak Tengok!

Share

Tanggapan negatif terhadap hospital kerajaan yang selalu dibandingkan dengan kehebatan perkhidmatan di hospital swasta perlu diubah oleh segelintir masyarakat.

Ini kerana ramai menyifatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mengambil masa yang lama sekali gus beranggapan sikap kakitangan seolah-olah acuh tak acuh terhadap pesakit.

Terbaru, sebuah posting di laman Facebook yang kelihatan seorang doktor wanita sedang bertugas di Hospital Melaka mungkin sedikit sebanyak dapat menepis dakwaan tersebut.

Posting berkenaan dimuat naik seorang individu dikenali sebagai saudara Anwar

menerusi laman facebooknya menunjukkan Dr Lia melayan dengan menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas tanpa berasa kekok seperti bapa sendiri

Dr Lia yang bertugas di wad D4 Ortopedik sanggup berdiri untuk beberapa minit bagi menunggu pesakit untuk menikmati makanan yang disuap dengan penuh sabar.

Posting Viral – Frontliner Contoh.

Dr. Lia wad D4 Ortopedik Hospital Melaka melayan pesakit warga emas tanpa segan silu dan kekok sepertimana ayah sendiri.

Siapa kata Hospital Kerajaan takde layanan VVIP? Just for your future reference kepada Ejen Insuran di luar sana.

Tolong jangan lagi katakan layanan buruk diberi oleh hospital kerajaan. Bukan semua orang layak dan mampu membeli pakej medical card anda. Saya juga ejen takaful dan insurance. Tetapi saya tidak pernah memburukkan KKM dan Hospital Kerajaan.

#frontliner
#kayaberjaya
#duniaakhirat
#ShareWithPride
#spreadloveandkindness

Rata-rata bersetuju dengan pendapat saudara Anwar dan memuji kebaikan dan keprihatinan doktor terhadap pesakitnya.

Huzaifah Faruqi Setuju bab layanan tu.. so far dekt hospital kerajaan lg detail.. cuma beza cpt or lambat Q je

Sue Amir trus trng brpa bulan aku dok hsptal .. smua dktor memg baik .. nurse je la kdang2 ada kpla angin .. tp tk semua la.. kdang klo ada nurse wat perngai aku lapor je kat dktor.. nnt bru nurse tu tahu nk dsiplin kn dri .. tp aku btrma kasih ada dktor yg baik … aku ingt jasa dorg smpai mati smga dorang d tmpat kn d syurga nnt.. untk nurse yg brmasalah .. plez dsiplin kan dri kmi tahu anda stress tp kami pesakit bukn tmpat lpas kan geram anda

Supian Tuah Aamin sama2 tumpang kasih sayang ..yg pakcik lama Tak jumpa anak..doktor pulak lama Tak tinggok ayah Kat kampung…apa2 pun terbaik doktor ni ambil pahala sikit…amin

Zie Yah setiap ape yg doctor tu buat allah akn bg ganjaran pahala yg besar. sye doa kn pd doc ini agar sentiasa d rahmati allah.aamiinnn

Mohd Diah Abu Samah Mencari rezeki kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah begitu lah sikap individu yg IKLAS. Syabas…Dr. Lia

Basri Phg Semoga Allah senantiasa merahmati hidup insan2 yg berhati mulia…

Wawa Mey Wawa Lagi ramai doc buat mcm ni lagi bagus.. Sekali sekala doc lg suap kn mknan utk pesakit.. Nurse dan ppk bole katakan hri2 suapkn mknan utk pesakit.. Jd tak salah doc lg suapkn 1 mgu sekli pn kira ok la

Sumber: Anwar