Layan Makan Durian Pastikan Jangan Telan Paracetamol. Ada Bahayanya, Pastikan Ambil Tahu!

Share

Musim durian datang lagi. Dalam keghairahan kita menikmati buah yang sangat sedap dan diminati ramai ini, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum makan buah ini. Ini kerana andai tersilap langkah ia akan memudaratkan kesihatan kita.

Pastinya kita ingin menikmati buah ini tanpa rasa was-was oleh itu ambil tahu tentang perkara-perkara yang dikongsi oleh pakar sebelum memakannya.

Melalui perkongsian Dr Suri Roowi di facebook milik beliau, berikut adalah info penting tentang durian yang perlu anda ambil tahu kerana dikhuatiri anda tersilap langkah dan memudaratkan diri sendiri.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN?

  1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
  2. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.
  3. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151
  4. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)
  5. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya
  6. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan.
  7. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.
  8. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul

Sumber : #DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Moga perkongsian Dr Suri Roowi ini memberi manfaat dan pencerahan buat peminat-peminat durian. Makanlah secara sederhana dan jangan berlebihan untuk kebaikan diri sendiri.

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI

!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club