Semua tahu kan, wanita ni seorang yang multitasking. Kiranya dalam satu masa, macam-macam kerja diorang boleh buat! Memasak lah, time tu juga nak melayan anak, nak letak baju dalam mesin basuh.
Sampaikan kadang boleh tertanya, macam mana kita boleh hebat macam tu eh? Macam Dr Redza Zainol ni, boleh tertanya macam mana isterinya boleh melayan anak sambil buat kerja. Kan? Jom tengok perkongsiannya.
Pandai betul isteri saya cari masa bermain dengan anak. Balik rumah, sambil buat kerja itu ini, sempat juga dia selit buat aktiviti dengan anak.
Satu hari saya tanya dia,
“Macam mana boleh selit masa main dengan anak?”
Suka pula dia tengok muka blur saya ni. Dia kata gini kat saya.
Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa. Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.
Terpelanting saya dibuatnya.
Barulah saya faham beza
“If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.
Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak. Tau-tau je anak dah besar.
Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.
Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :
✅ Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.
✅ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✅ Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.
✅ Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.
Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni. Jom saya kongsikan.
1) Pujian
Contoh :
“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.
Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.
2) Beri respon segera
Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa”, kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.
Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.
3) Ajuk perlakuan anak
Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.
Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.
4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.
Contoh:
“Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”
5) Bersemangat
Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.
Contoh :
“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”
Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.
Bekas Ketua Polis Negara, Akhiri Zaman Duda Kahwini Pegawai Polis. Cantik Orangnya!
Melihat orang lain yang kita kenali berkahwin untuk membina keluarga bahagia, tidak dinafikan kita juga turut rasa tempias bahagianya.
Ini sepertimana perasaannya beberapa hari lepas kita tumpang gembira dengan pengumuman YB Nurul Izzah berkahwin dan sehari berikutnya pula tular mengatakan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selamat menamatkan zaman dudanya.
Abdul Hamid melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) sepertimana memetik laporan daripada akhbar tempatan.
Difahamkan pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia telah melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu yang lalu.
Menerusi laporan sebuah media tempatan, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Hamid Bador sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021 sebelum digantikan dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.
Sumber : Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hargai Pasangan Ketika Masih Ada. Bila Buat Keputusan, Berbincang. Kerana Suatu Hari Nanti Tak Boleh Buat Semua Tu. Deep Perkongsian Ni!
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
Ikuti Perkongsian dari doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Sangka Gajet Boleh Selesaikan Masalah, Ringankan Beban Nak Anak ‘Behave’, Rupanya Punca Musibah Besar. Deep Perkongsian Ibu Ini.
Tidak dinafikan gajet ini dikatakan membantu ibu-ibu menenangkan anakm-anak supaya ‘behave’ atau berkelakuan baik dan tidak meragam. Malah ada yang rela memberikan anak gajet di kedai makan asalkan dapat makan dengan tenang.
Malah dalam pandemik ini, tentu ibu ayah yang bekerja di rumah terdesak untuk memberikan gajet kepada anak lantaran terpaksa memberi tumpuan kepada kerja.
Biarpuan tahu musibahnya, namun ramai yang terpaksa! Namun sampai bila kita harus membiarkan ia menjejaskan potensi dan perkembangan anak.
Begitulah perkongsian ini oleh Puan Adlil Rajiah yang bercerita tentang pengalaman sendiri membesarkan. Moga jadi manfaat bersama untuk membesarkan anak-anak dengan sempuran dan menjadi ibu bapa yang lebih cakna dalam mendidik anak-anak.
Dalam keadaan sekarang ni, kita memang takde pilihan. Screen is the ONLY escapism yang anak2 ada.
.
Anak perlukan skrin untuk menimba ilmu, untuk berinteraksi, untuk bersosial, untuk berhibur, dan untuk berhubung dengan dunia.
.
Tapi apa pun justifikasi nya—
we can never deny the ADDICTIVE nature of screen yang mampu beri kesan negatif kepada perkembangan otak anak.
.
Sedih bila ada parents yang in denial macam—
“Anak aku okay je tengok youtube dari umur 6 bulan. Anak aku okay je tengok TV berjam-jam. Jadi makin bijak, makin petah, dah pandai macam-macam. Takde pun jadi ketagihan ke apa.”
.
Sebijikkk macam saya few years ago.
Masa mula2 expose Haikal dengan ipad dulu.
Saya sangka gajet boleh selesaikan masalah, boleh ringankan beban, boleh bantu anak “behave”, tapi akhirnya ia jadi punca musibah yang lebih besar pulak.
Sampai lah doctor yang diagnose Haikal as Excessive Screen Exposure itu sendiri beritahu—
.
“Yang kita nampak, memang lah anak pandai ABC, bijak mengira 123, bijak mengenal alif ba ta, bijak speaking English, bijak mengenal warna, bentuk dan benda di sekeliling.
.
Tapi yang kita tak nampak,
atau tak perasan—
Anak tak bijak urus emosi, panas baran, tak pandai bergaul dengan peer group, tak responsive, deria tak peka, takde keyakinan diri, tak kreatif bila bosan, tak nampak keseronokan di luar skrin, takde adab, tak gembira tanpa skrin, takde empati, poor motor skills, banyak perkataan tapi tak pandai susun ayat untuk meluahkan.
Kita nak anak jadi bijak sahaja,
atau jadi bijak dan berhati perut?”
.
Haa terus terduduk lepas kena sound dengan kebenaran. 😂
Baca artikel menarik di sini: “Aisar Dan Aiman, Kembar Bukan Diperut Tapi Didunia Membawa Ke Akhirat.” Tukar Bayi Libatkan Nasab Keturunan Moga Jadi Iktibar.
Kenali anak ketagih skrin
Tanda2 ketagihan skrin ni ada banyak. Ada yang obvious dan ada yang tak obvious.
.
Yang obvious, contohnya—
anak jadi agresif, lewat pertuturan, masalah penglihatan, masalah tidur, etc.
Tapi yang lebih menyeramkan adalah tanda2 (redflags) yang kurang obvious.
Contohnya sensory & brain problems yang kita tak perasan sedang berlaku dalam diri anak.
Jom saya share 8 redflags for sensory problems yang boleh berlaku disebabkan oleh ketagihan skrin, yang ramai ibu bapa tak perasan (macam saya dulu 😌)
Baca dengan hati yang tenang ok!
1. ANAK PERLU DILAYAN 24 JAM / TAK BOLEH RASA BOSAN / TAK BOLEH RASA KESEORANGAN.
.
Anak yang addicted to screens selalunya tak tahu cara untuk hiburkan diri sendiri. Mereka banyak termenung, atau cepat restless bila keadaan jadi bosan, sunyi, dan statik. Sedangkan anak secara fitrahnya tahu cara untuk entertain diri mereka sendiri.
.
Of course they need interactions with people, tapi anak juga sepatutnya tahu dan akan tergerak untuk explore sekeliling mereka, contohnya —
capai buku dan selak, capai mainan dan explore, capai itu ini dan berimaginasi, dan sebagainya.
2. ANAK TAK SUKA BERKAKI AYAM DI ATAS PERMUKAAN YANG BERTEKSTUR.
.
Dulu, saya bangga dengan Haikal sebab dia sentiasa akan pakai kasut/selipar sendiri everytime nak melangkah keluar dari pintu rumah. Dalam pada cousin2 sebaya dia selalu kena bebel dengan mak masing2 sebab tak reti pakai selipar, Haikal tak perlu disuruh.
.
Terus terdetik rasa bangga dalam hati—
“Berdisiplin dan pembersih sungguh anak aku ni. Tak suka kotorkan kaki. Sejuk perut ibu mengandung.”
.
Tapiiiii bila tahu itu rupanya adalah REDFLAG—
terus rasa bangang bangga tak bertempat
.
Saya jumpa ramai ibu bapa yang cakap—
“Anak saya ni penggeli la, Jiji. Tak boleh tangan kotor sikit, mesti nak basuh cepat2. Kalau pergi pantai, mesti nak duduk atas tikar je. Pasir masuk dalam selipar sikit pun nak mengamuk. Pijak rumput pun tak boleh, pijak jalan tar pun tak boleh.”
.
So now you know, itu semua adalah redflags.
.
Tapak tangan dan tapak kaki yang sensitive to textures, adalah tanda-tanda masalah perkembangan sensory yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.
3. SUSAH NAK MOVE ON DARI SATU AKTIVITI KE SATU AKTIVITI LAIN
.
Ada banyak sebab kenapa anak susah nak berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain. Usually sebab anak tengah seronok dengan aktiviti yang sedang dilakukan, dan next activity tu kelihatan kurang menarik di mata mereka.
.
Contohnya, anak tengah main, then kita suruh pergi mandi. Atau anak tengah tengok TV, tetiba kita ajak keluar pergi kenduri. Anak tend to mengamuk dan tantrum.
.
Dan anak yang mempunyai masalah perkembangan sensory selalunya susah untuk berganjak dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain, almost every single time.
4. CLUMSY ATAU KELAM KABUT
Bila berjalan atau berlari, anak kerap terjatuh, atau terlanggar orang, atau terlanggar barang.
.
Ini bukan untuk anak yang baru nak belajar berjalan atau berlari tau. Anak yang memang dah lama berjalan atau berlari, tapi masih clumsy, takde kawalan dan keseimbangan badan yang baik.
.
Ini disebabkan oleh proprioception & vestibular systems yang tidak diransang dengan baik yang mungkin disebabkan oleh pendedahan skrin yang terlalu awal dan berlebihan.
5. TAK SUKA TEMPAT RAMAI ORANG ATAU PUBLIC PLACES
.
Contohnya, kat mall, majlis/kenduri, public places, family gathering. Anak tend to misbehave atau tak comfortable every single time pergi tempat2 macam tu.
.
Anak cepat overstimulated dengan bunyi, lampu, dan suasana ramai orang, and most of the time akan end up tantrum, mengamuk, dan sebagainya. Ini juga adalah tanda atau redflag yang ramai ibu bapa tak perasan.
Baca artikel menarik di sini: Elak Terus Masuk Gear ‘P’ Untuk Kereta Auto, Ikuti Cara Lelaki Ini Masuk Gear Masa ‘Parking’ Dengan Betul.
6. TAK SUKA TENGOK VIDEO SLOW-PACED, SUKA YANG FAST PACED JE
.
Contoh video slow-paced ni macam documentary, animal planet, videos about nature, atau video2 yang mempunyai cinematography perlahan.
Video fast paced pulak contohnya kartun, animation, action movies, cerita lawan-lawan, atau videos yang banyak pergerakan laju, banyak bunyi, banyak warna2 cerah.
So kalau anak hanya suka yang fast paced videos dan kurang tertarik dengan slow paced videos, itu juga mungkin satu redflag.
7. SUKA GIGIT ORANG ATAU GIGIT MAINAN TANPA SEBAB
.
Isu ni banyak saya terima. Anak tak pepasal pergi gigit kawan, gigit adik, gigit parents, atau gigit mainan, TANPA SEBAB.
.
Dan kebiasaannya bila berlaku macam ni, anak akan dituduh kurang ajar dan ditampar sebab gigit orang tak pepasal. Sakit kot woihh.
.
This happens when they are probably looking for some deep, intense proprioceptive input. Proprioceptive input ni adalah satu deria yang diransang oleh tekanan. Kalau mata perlu diransang oleh cahaya, proprioceptive input pulak perlu diransang oleh perbuatan yang menghasilkan tekanan contohnya memeluk, menggenggam, mengangkat, melompat, atau menggigit sesuatu.
8. ANAK TAK SUKA COMOT-COMOT
Dulu saya bangga dengan Haikal, sebab bila pakai baju putih, langsung tak comot. Bila tengok anak orang lain pakai baju putih tak sampai seminit terus comot, tengok anak sendiri masih suci murni, ya Allahh sejuknya perutku mengandungkan mu wahai anakku.
Tapi lepas tahu bahawa anak yang tak suka comot adalah redflag,
terus rasa bangang bertubi-tubi. Hahah
Anak fitrahnya bukan penggeli. Sepatutnya semua benda pun, anak akan ada desire nak pegang dan rasa. Kau bagi lah apa pun.
So kalau anak macam tak comfortable atau tak suka benda-benda yang sticky, melekit, squishy, berlendir, bertekstur jeli, dan sebagainya, ia mungkin satu redflag.
Messy play is actually important dalam merangsang perkembangan sensory anak. So try bagi anak main finger painting atau slime atau kinetic sand, dan perhatikan reaksi anak. Tapi kena tahan lah sikit sakit mata menengokkan anak comot-comot tohh.
So itulah dia 8 redflags yang saya tak sedar anak saya sendiri sedang alami dulu. Kalau ikutkan, ada berpuluh-puluh redflags atau tanda2 awal yang biasanya parents terlepas pandang, yang anak mempunyai masalah perkembangan akibat pendedahan skrin ni.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran buat ibu ayah.
Sumber: Adlil Rajiah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club