“Lawanya Dia. Sanggup Berpanas Demi Rezeki.” Wanita Cantik Jual Pau Viral Di TikTok Rupanya Penyanyi Bienda!

Share

Tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang wanita, saling tak ubah seperti penyanyi Bienda sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian warganet.

Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.

Rakaman dimuat naik di akaun Facebook Sayangi PenangKu itu menerima lebih 2,200 perkongsian dan 2,400 komen netizen yang rata-rata mengakui terpegun dengan penampilan wanita berkenaan.

Rupa-rupanya wanita itu adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. penyanyi berusia 37 tahun itu memiliki akaun bisnes bagi mempromosikan jualan pau buatan miliknya yang terdapat dalam pelbagai jenis perisa.

Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

“Ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau.

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

Sumber:Facebook Sayangi PenangKu , Instagram Bienda , Bienda Lovers & Papapau


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara