Tular satu video di laman Facebook memaparkan seorang wanita, saling tak ubah seperti penyanyi Bienda sedang menjual pau kepada seorang pelanggan lelaki di sebuah gerai di tepi jalan sehingga menarik perhatian warganet.
Video berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam oleh isteri kepada pelanggan lelaki tersebut yang sempat mengusik seolah-olah suaminya ‘terpikat’ dengan kecantikan penjual pau berkenaan.
Rakaman dimuat naik di akaun Facebook Sayangi PenangKu itu menerima lebih 2,200 perkongsian dan 2,400 komen netizen yang rata-rata mengakui terpegun dengan penampilan wanita berkenaan.
Rupa-rupanya wanita itu adalah penyanyi Bienda yang kini menjalankan perniagaan pau di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. penyanyi berusia 37 tahun itu memiliki akaun bisnes bagi mempromosikan jualan pau buatan miliknya yang terdapat dalam pelbagai jenis perisa.
Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.
“Ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan?
“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.
Ads
“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.
Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai Papa Pau Bienda yang tarletak bersebelahan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau.
“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.
Ads
“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.
“Melihat susah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,â ujarnya.
Untuk rekod, Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.
Tiada apa yang menggembirakannya bagi seorang suami apabila bergelar ayah. Lebih istimewa lagi, zuriat tersebut ditimang selepas 13 tahun. Semalam, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 60 berkongsi berita baru menimang cahaya mata selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta.
Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Jamal sempat berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya. Malah, sebaik si kecil itu melihat dunia, dia mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.
“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Menurut Jamal, isterinya melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram secara pembedahan petang semalam kira-kira jam 5.35 petang.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.”
Namun begitu, Jamal menjelaskan bahawa isterinya akan ditahan di wad dalam beberapa hari lagi susulan daripada proses kelahiran yang dilakukan secara pembedahan.
Tambahnya, isteri tercinta akan mulai berpantang di kediaman mereka di Shah Alam selepas keluar daripada wad kelak.
Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.
Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.
Sumber: Astro Awani & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika pergi pasar, kunyit adalah bahan masakan yang wajib beli untuk digunakan ketika memasak di dapur.
Bagi yang minat berkebun, adalah lebih baik tanam sendiri di rumah. Cara untuk menanam kunyit ini pelbagai cara boleh diguna termasuk penggunaan baja.
Tular di media sosial, hasil tanaman kunyit lelaki ini yang begitu banyak telah menarik perhatian netizen.
Dalam satu rumpun akar, hasil kunyit begitu banyak. Begitulah perkongsian pengguna faceebook yang dikenali sebagai Ad Dk.
Rata-rata netizen kagum melihat hasil tanam kunyit yang besar dan banyak. Malah ada yang meminta tip tanaman yang digunakan.
Ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah selepas menempuh masa berbulan-bulan awal bulan 2 hingga sekarang Dari sepokok anak benih kunyit berbuahkan hasil.
Ini cara tanam nak lebatkan isi kunyit.
-Bekas tanam kunyit kena besar.
-Tanah top soil.
-Letak nasi lebihan di dalam tanah seminggu lebih dan tahi kambing sebelum tanam.
-Dan tanamkan anak benih.
Rupanya guna tahi kambing sebagai baja.
Tanah kuning atau tanah bukit ( biasa). Pada awalnya tanah di gemburkan letakkan nasi basi + tahi kambing sebagai baja letakkan di dalam tanah. Setelah seminggu lebih baru tanamkan anak benih. Selebihnya 2 ke 3 Hari siram macam biasa..
Anak benih kunyit tanam dalam kolah yang di isi tanah
Hasil selepas tanam pada bulan 2.
Separuh Kita ambik separuh lagi bagi Kat teman-tanam. Jangan tunggu Masa berlalu pergi tanamlah apa juga jenisnya. Insyaallah sekurang2 ya ade juga hasilnya. Jom tanam dari sekarang.
Selamat mencuba!
Keluarga: Banyaknya hasilnya tuai, kemudian dibuat sedekah. Rezeki makin bertambah!
Biarpun telah dua kali mengalami keguguran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk menimang cahaya mata tercapai.
Keinginannya untuk menambah ahli keluarga itu diungkapkan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.
Luah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.
Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zuriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.
Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.
Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk hamil lagi.
Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran sebelum ini.
Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wanita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak perempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...