Siapa yang tak kenal dengan susuk tubuh bernama Che Ta, selebriti yang popular dan tetap anggun menawan.
Meskipun sudah berusia 40-an, wajah dan penampilannya yang dikatakan tidak dimamah usia.
Meskipun sudah berusia 40-an, wajah dan penampilannya yang dikatakan tidak dimamah usia.
Bukan hanya dirinya, bahkan adik beradik perempuan yang lain juga memiliki wajah yang jelita serta awet muda.
Melihatkan wajah awet muda si ibu, tahulah dari mana anak- anak mewarisi kejelitaan tersebut.
Terbaru, menerusi laman Instagramnya, isteri kesayangan Zain Saidin ini memuatnaik satu video yang memaparkan majlis meraikan ulangtahun perkahwinan adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan.
Perkongsian video dan ucapan tersebut meraih perhatian warganet.
Rata-rata memuji kecantikan adik Che Ta ini yang ala-ala model. Turut kelihatan ada bersama adalah ibu Che Ta, adik beradik yang lain serta adik ipar Che Ta iaitu Lan Pet Pet.
Sebelum ini, Datin Wira Rohaiza pernah menjadi perhatian ramai kerana kekal cantik walaupun anak ramai.
Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Wira Rohaiza yang lebih mesra dipanggil Jaja berkongsi tips kecantikannya. Menurutnya, dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, rahsia beliau untuk kekal langsing juga kerana menyusukan anaknya.
Bukan itu sahaja, Jaja juga akui anak-anaknya tidak banyak karenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya. Bercakap mengenai penampilan, dia sendiri suka untuk kelihatan cantik. Tidak terlalu berfesyen, tetapi suka kelihatan kemas setiap masa. Rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.
Cuti sekolah tidak dinafikan adalah antara saat yang disukai anak-anak dan juga ibu ayah. Mana tidaknya ia bermakna anak-anak dapat meluangkan lebih banyak masa dirumah bersama keluarga.
Memaknakan hubungan silaturrahim
Mempererat hubungan sesama ahli keluarga adalah sesuatu yang AMAT MAHAL. Boleh jadi, ia tidak memerlukan wang,
Tapi sama-samalah kita menjadikan aktivti harian kita penuh makna. Memperbanyak senyuman, ucapan terima kasih dan penghargaan, itu antara yang sangat diperlukan. Memperhebat kasih sayang sesama ahli keluarga, berlemah lembut dalam mendidik adalah sesuatu yang sukar tapi amat didahagakan anak.
Hidupkan keseronokan membaca!
Cuti sekolah bukan bermakna anak akan tutup terus buku dan akan buka semula apabila sekolah bermula. Jauhkan daripada persepsi buku hanya untuk belajar di sekolah. Keseronokan dan kebiasaan boleh dimulakan dengan ibu bapa sendiri. Libatkan ekspolorasi buku bersama. Hidupkan kehangatan membaca dengan kreativiti. Usaha ini memerlukan ibu bapa untuk konsisten. Biasakan berdiskusi dengan anak mengenai isi buku. Mereka lama kelamaan akan merasakan membaca ini mempunyai makna yang lain. Ia membawa mereka meneroka ilmu milik Allah. Bantulah mereka menghadapi zaman mereka. Anak-anak pada masa akan datang, maklumat sudah di hujung jari. Tapi yang penting bagaimana ilmu itu dicerna dan digunakan.
Hidupkan rutin bekerjasama dirumah
Menghidupkan rutin ini ayatnya seperti mudah. Tetapi rutin kehidupan adalah sesuatu yang memerlukan kebiasaan. Orang-orang yang cemerlang, mempunyai rutin yang baik. Ia memberi kesan kepada cara anak-anak kita mengurus kehidupan. Tetapi, kita fikirkan, bagaimana membantu anak mengikut rutin tanpa kekasaran,paksaan dan jeritan. Kita boleh bina jadual, atau flowchart bergambar, dengan sokongan reward yang sesuai. Reward tidak semestinya hadiah setiap hari. Tetapi kita boleh kumpul points dan redeem setelah mencapai target yang dipersetujui.
Raikan Projek-projek Mini
Membuat aktiviti tidak semestinya sesuatu yang gempak, mahal dan glamour. Ia cukup sesatu yang bermakna dan menarik buat anak. Untuk menjayakan ini, ibu ayah perlu bantu sediakan bahan-bahan yang sesuai yang asas, seperti kertas, gunting, gam, pita dan apa-apa yang dirasakan membantu. Sekiranya ingin menambah kepelbagaian aktiviti, boleh cari bahan-bahan seperti di link ini.
Beranikan Bereksperimen
Tidak dinafikan setiap anak mempunyai minat yang berbeza. Kadang-kala kita perlu membantu anak mencari minat. Bereksperimen adalah antara aktivti yang amat disukai oleh ramai anak. Ibu ayah boleh search dahulu di youtube, apakah contoh contoh eksperimen yag sesuai. Kali ini mulakan dengan berbincang bermula dengan memilih aktiviti lagi. Boleh bincangkan bahan-bahan yang diperlukan dan senaraikan. Berikan tugasan ini bersama-sama si kecil dan yang lebih tua.
Restoran Si Cilik
Kita mungkin sudah biasa bawa anak ke dapur. Kali ini apa kata bincangkan apa resipi baru yang mereka ingin cuba. Ini langkah sebagai meraikan kesukaan anak-anak. Cari resepi itu bersama, berikan peluang mencuba membuat sesuatu kelainan asalkan semuanya dijaga keselamatannya. Mungkin boleh tambahkan idea memberi pada orang-orang yang berdekatan sebagai didikan untuk sentiasa memberi.
Raikan Lukisan dan Warna
Melukis dan mewarna adalah antara kegemaran anak-anak. Tidak kira ia cantik atau tidk di mataorang dewasa. Sekiranya kita sudah biasa memberi kertas dan pensil, kita boleh perlbagaikan medium melukis dan mewarna. Ini menambahkan lagi keseronokan dan kreativiti anak. Kreativti amat membantu anak sebagai latihan kehidupan mereka. Kreativti akan meraikan keperlbagaian cara membuat keputusan, cara melihat dan menyelesaikan masalah. Membantu anak meraikan kreativiti bermakna kita melatih mereka menghadapi masa hadapan.
Hospital Kanak-Kanak
Ramai kanak-kanak yang suka bermain ‘pretend play’. Kita boleh gunakan kegemaran mereka ini untuk menerapkan kesedaran tentang pelbagai kesusahan masyarakat di luar sana. Ramai orang sakit, yang memerlukan bantuan. Ini juga boleh dipanjangkan dengan pelbagai diskusi, lakonan yang menarik . Sekali-sekala cuba minta untuk turut sama menjadi pesakit atau doktor. Pasti mereka amat teruja dengan penglibatan kita. Semasa bermain, boleh terus masukkan aktiviti menulis dan membaca seperti menulis nama pesakit atau bahagian yang sakit. Kemudian, boleh juga membuat aktiviti membaca kepada si pesakit supaya si pesakit menjadi lebih gembira!.
Berinteraksi Dengan Alam
Bercakap dengan alam, tidak bermakna kita mengajak anak bercakap sendirian. Ia sebagai galakan menggunakan alam semulajadi sebagai aktiviti penuh mengasyikkan. Anak-anak perlu didedahkan dengan alam semulajadi, melihat kehijauan alam, ketenangan air, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Inilah masanya untuk memperbanyak diskusi dan mengaitkannya dengan kehebatan ciptaan Allah, penjelasan-penjelasan boleh di pelbagaikan, dari segi banyak sudut. Ini menyebabkan mereka menghargai ilmu dan tidak melihat hanya sekolah tempat menimba ilmu. Persepsi ini memerlukan usaha dan rutin.
Raikan Apa Sahaja Experiencial Learning.
Pernahkah anda melalui saat di mana agak sukar anda untuk memahami sesuatu yang dijelaskan. Tetapi ia menjadi berkali ganda lebih mudah apabila perkara itu anda lalui sendiri. Ya. Itu sesuatu yang amat mahal. Kadang kala mungkin agak sukar untuk mereka membaca tanpa mencuba. Inilah masanya untuk membantu anak memahami banyak ilmu-ilmu kehidupan dengan lebih bermakna. Aktiviti membiasakan anak dengan makna ini amat penting untuk kehidupan mereka. Inilah usaha-usaha yang perlu ibu ayah rutinkan sebagai usaha membantu mereka berfikir bukan menjadi generasi sekadar menghafal fakta tanpa menghayati.
Sumber: FB Maryam Thoraya Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tengah hari semalam saya semai salad romania dan sawi manis. Teruja sebab pak choy pkp sudah habis. Tambahan pula saya suka salad romania.
Berikut adalah tips menyemai biji benih.
1. Saya pilih biji benih yang berkualiti. Kalau sesetengah pokok, saya elakkan untuk guna benih f2.
2. Medium semaian boleh guna peatmoss atau cocopeat. Seboleh bolehnya rendam dulu cocopeat dan perah air rendaman untuk membuang tanin.
3. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sama ada seedling tray, pasu, tipuware. Ketepikan sedikit untuk ditaburkan di atas biji benih nanti.
4. Siram medium sehingga betul betul basah.
5. Taburkan biji benih secukupnya. Usah habiskan semua. Mana la tahu, kalau semaian rosak, kita masih ada biji benih simpanan.
6. Ambil sedikit medium yang diketepikan dan tabur di atas biji benih. Tujuannya supaya biji benih terlindung daripada kering.
7. Letakkan bekas semaian ditempat redup. Boleh juga ditutup dengan plastik.
8. Periksa semaian, ini adalah untuk memastikan medium lembap, perhatikan keadaan biji benih. Periksa juga keselamatan – kalau ada sifut vavies kecil.
9. Dedahkan kepada matahari pagi sekejap
10. Setelah pokok dah ada 3-4 set daun dan bersedia dialihkan siram dengan semburan halus dan cungkil dengan lidi pencungkil gigi atau lidi sate dengan berhati hati supaya akar pokok tidak putus dan cedera.
Kongsikan tips ini sekiranya tuan/puan fikirkan ia memberikan manfaat. Kongsikan juga bagaimana untuk tambah baik teknik penyemaian yang tuan/puan lakukan.
Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik dan menjadi tabiat mereka.
Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan:
1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri.
2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya.
3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.
4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.
5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.
Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.”
Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas.
Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya.
6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian.
Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.