Laundry Dispenser Nak Yang Praktikal & Jimat, Wanita Ni Kreatif Buat Diy.

Share

Ruang laundry kini menjadi satu ruang yang tidak hanya menempatkan mesin basuh semata-mata tanpa diberi sentuhan dekorasi oleh pemilik kediaman.

Bahkan untuk menampakkan ruang mencuci pakaian lebih selesa dan teratur, perletakkan bahan-bahan pencuci pakaian juga turut diberi tumpuan.

Contohnya seperti perkongsian daripada Nadzirah Azlan yang begitu kreatif dan praktikal dalam menghasilkan laundry dispenser dengan menggunakan balang kuih dan kepala paip.

Walaupun menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa sahaja, namun hasilnya memang hebat.

Buat anda yang ingin hasilkan laundry dispenser dengan cara jimat, bolehlah baca perkongsian penuh daripadanya di sini.

Cantik laundry dispenser mcm ni kann??

Bajet jangan cakap la..menangiss berhingus gaissss

Jom kita DIY

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Balang kuih raya
2. Kepala paip (Mr. DIY)
3. PVC socket (Mr. DIY)
4. Sealing ring/washer (Mr. DIY)
5. Seal tape

Boleh refer setiap gambar untuk cara-cara DIY

STEP 1 : Lukis dulu kat mana hangpa nak letak kepala paip tu

STEP 2 : Lepas tu tebuk lubang..aku bakar besi chopstick then tebuk lubang dulu lepas tu baru guna pisau..hati-hati tau guna pisau tu

STEP 3 : Ni dah siap lubang. Kena hati-hati takut terlebih tebuk nanti bocor. Dah siap tebuk boleh pasang kepala paip dah.

STEP 4 : Hydrotest ya gaissss. Make sure tak dak air yang keluaq

Semoga bermanfaat

Sumber : Nadzirah Azlan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club