
Biasanya kalau sebut tentang ayam goreng, kunyit adalah salah satu bahan yang wajib dimasukkan. Ianya bertujuan untuk menambahkan lagi rasa dan aroma yang sedap.
Tetapi, kali ini resipi ayam goreng yang dikongsikan oleh Bella Shabudin ini ada sedikit berbeza kerana menggunakan serbuk kari untuk gantikan kunyit.
Jika nak rasa hasilnya, anda memang patut cuba resipi ini kerana ia memang sangat mudah dan cepat.
Ayam Goreng Kari
Bahan Utama:
– 1/2 ekor ayam
Bahan A
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 5 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan lada sulah
- Garam secukup rasa
Bahan B
- 1 biji telur
- 1 tangkai daun kari
- 6 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan tepung gandum
Cara-Cara:K
– Kisar kesemua bahan A.
– Gaul ayam bersama bahan A dan B.
– Perap selama sejam.
– Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Sedia dihidangkan.
Sumber: Bella Shabudin
Rupanya Ada Teknik Masak Paru Goreng Yang Rangup & Tidak Hanyir, Cikgu Ni Kongsi Tip Mudah & Sedap!

Siapa suka makan Paru Goreng? sedap kan kalau di dimasak sambal, rendang mahupun dimakan begitu sahaja. Memang layan, rasa macam kunyah keropok, krup krap krup krap bunyinya.
Namun, bukan mudah nak dapat yang rangup dan sedap, kalau salah teknik tak mampu nak telan lebih-lebih lagi bau hanyir
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU
1. Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
2. Kemudian rendam dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Akhir sekali, basuh bersih untuk menghilangkan bau darahnya.
5. Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
6. Rebus sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
7. Setelah masak, angkat dan toskan airnya.
CARA MASAK PARU GORENG GARING
1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
2. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
3. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
4. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap
5. Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.

Sumber: Afy AL Habibi
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Agar-agar Lumut Gula Melaka. Paling Comel, Mudah Buat & Rasanya Confirm Sekeluarga Suka!

Bercerita tentang pilihan juadah sekeluarga, selain lauk pauk yang enak akan dipastikan terhidang di atas meja. Begitu juga sama pentingnya menghidangkan menu pencuci mulut, andai dapat disediakan akan bertambah lengkap untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi apa kata kali ini kita masak agar-agar lumut gula melaka yang comel ini. Resipi penyediaannya telah dikongsikan oleh puan Roshima dan bolehlah dicuba.
Agar-Agar Lumut Cute.
Mari saya kongsi cara membuatnya….
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar2 tali 25 mg
4 cawan air biasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula melaka / gula merah
1/4 gula pasir
1 biji telur
2 helai daun pandan
Sedikit garam jika suka
Cara memasaknya…
1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar2 dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar2 hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukan air gula melaka ke dalam agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dalam acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dalam loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.
# Selamat mencuba. Saya sangat-sangat suka makan agar-agar Lumut ni. Nak-nak lagi kalau sejuk-sejuk. Dulu-dulu pun saya tak pandai buat. Nak makan harapkan jiran je bagi. Sekarang…. kita beri kepada jiran pula ya.
sumber : Roshima Ibrahim Shima
Kuih Raya Biskut Sarang Semut Legend, Lebih Gebu Dan Sedap. Memang Wajib Ada, Anak-Anak Pasti Suka!

Sudah pastinya ramai antara kita sedang sibuk menyediakan juadah hari raya Aidilfitri yang akan disambut pada hari esok.
Masih sempat lagi bagi yang hendak menambah kuih raya. Antaranya, biskut sarang semut. Menggunakan sukatan cawan untuk penyediannya, hasilnya memang superb!
Biskut raya pertama : Biskut Sarang Semut .Ini percubaan pertama Cik Fieyza buat biskut ni. Orang kata renyah sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendiri kan.
Memandangkan lama tak bakar biskut, pada mulanya tersilap pusing arah api. Itu yang jadi dua benua rupa dia
Cik Fieyza kongsi resipi yang telah diolah mengikut apa yang dipelajari hari ni kalau ada yang nak cuba
INI BAHANNYA
Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
Ayak bahan bertanda *
CARA PENYEDIAAN:
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Sumber: Novelis Afieyza Isahak