Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!