
Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!
Hilangkan Masalah Angin Dalam Badan Dengan Resipi Susu Halia. Yang Tak Sedap Badan Nak Demam Pun Boleh Cuba!

Masalah angin dalam badan jangan dibuat main. Boleh menyebabkan segala kerja terbantut.
Jom cuba susu halia yang dikongsikan puan Aisyah Badar Bajrai ini. Selain untuk buang angin, ia juga dikatakan baik untuk atasi masalah demam dan tak sedap badan.
Hello hello. Sorry terlambat up petua untuk buang angin. Aisyah kebizian tadi. Okey citer pasal petua angin ni. Sebenarnya petua ni bukan petua baru. Aisyah dah pernah up dulu.
Tapi almaklomlah, budak yang nama Aisyah ni memang suka upgrade resepi. Tu yang ada tambah lagi satu bahan superfood best dalam petua ni.
And Aisyah tak sangka, abah puji petua ni. Abah Aisyah bukan senang nak puji-puji tau. Jadi bila abah puji petua ni bagus, aii is bangga. Hahaha.
Aisyah cakap awal-awal, petua ni guna bahan biasa-biasa jek, tapi kesan dia memang amazing giler. Badan abah Aisyah yang banyak angin tu memang lega sangat sangat lepas minum petua ni.
Ok jom tengok resepi
============================
Bahan bahan
1 cawan susu tepung atau susu segar
1 potong halia (diketuk)
1/2 sdk kayu manis Ceylon (KMC)
Cara membuat:
Rebus susu, halia dengan KMC sampai mendidih. Pastu tutup api.
Campur semua bahan ke dalam kole air.
Kemudian masak atas api. Selepas mendidih tutup api itu.
Tapis terlebih dahulu susu tersebut. Mudah nak minum, rasa smooth je masuk tekak.
Tadaaa… dah siap. Susu Halia ni sedap kalau minum panas-panas.
Susu halia KMC ni ada macam-macam khasiat jugak tau. Kalau korang rasa badan tak sedap nak demam pun bagus minum susu ni. Nanti badan terus rasa segar.
Ps: Kalau mengandung KMC tu korang kurangkan atau boleh skip terus.
ARTIKEL MENARIK: “Rasa Janggal Sangat, Dulu Sarah & Bibik Urus.” Shuib Persiap Diri Jaga Anak, Ramai Tawar Diri Jadi Ibu Susuan Ayash!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Tinggalkan Kucing Ketika Pulang Beraya, Letakkan Baju Anda Antara Perkara Kena Buat

Kucing ibarat anak sendiri bagi sesebuah keluarga yang cukup cintakan haiwan kesayangan Nabi ini. Apabila pulang beraya ke kampung halaman, masalah penjagaan haiwan yang diibaratkan seperti anak ini menjadi fokus utama.
Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.
Kes salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai yang membiarkan kesemua kucing-kucing bertuan ini haus tanpa air dan makanan adalah satu perkara yang sangat zalim. Kes yang berlaku enam tahun lalu ini masih terkesan di hati setiap daripada kita.
Sejak itu ramai daripada kita yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di rumah sahaja. Selain terjaga dengan baik, risiko jangkitan kulat dan penyakit-penyakit lain juga lebih terjaga.
Namun berbagai aspek perlu diambil kira sebelum meninggalkan kucing bersendirian di rumah. Sepuluh perkara ini patut anda buat sebelum melangkah pulang ke kampung halaman.
Mandikan Terlebih Dahulu
Sebelum balik pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa. Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.
Beritahu Setiap Hari
Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian. Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.
Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’
Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.
Pasir Lebih
Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya. Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.
Pengudaraan Tepat
Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.
Pasang Lampu
Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.
Berikan Teman
Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.
Letakkan Pakaian
Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.
Ada Penghadang
Jika anda membiarkan kucing berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik. Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.
Mainan Tambahan
Mainan kena ada. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.
Buat TV Wall Panel Cantik Begini, Lelaki Ni Hanya Guna Modal RM200 Je!

Ruang tamu nampak lebih menyerlah dan cantik bila dipasang bersama TV wall secara binaan dalaman.
Pun begitu, tidak dinafikan ianya memerlukan kos yang tinggi. Namun bila dilakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Mas Indra Sulaiman ini, nyata kos yang digunakan hanyalah RM200 sahaja.
Perkongsian ini bolehlah dijadikan inspirasi buat yang ada ilmu bertukang secara asas.
Hantam la labuu..janji siap
Ingat nak beli kayu bluti 3″ x 3″..sekali survey harga dia..erkk…krik krik
Last-last pakai plywood 2 keping + skru apa yang patut + stapler gun + wallpaper..total kos lebih kurang rm200..dapatlah buat 10 tiang..ok kot.
Abam2 otai jgn kecam ye
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3 : Gunakan mata grinder jenis bulat. Kat Diy ada jual murah je..Nak buang selumbar kat plywood tu..pakai kikir pun boleh.
Langkah 4 : Saya guna barang yang dah ada je..3-4 ari baru siap semua.
Langkah 5 : Lekat plywood tu pakai heavy duty stapler gun
Langkah 6 : Pasang L bracket / angle bracket
Langkah 7 :
Langkah 8 : Balut dengan wall sticker . Boleh juga dibeli secara online
Langkah 9 : Ratakan dengan kain untuk hilangkan gelembung angin.
Langkah 10 : Saya ukur ngam-ngam..tapak dia pasang besi bracket..ejas dulu lubang skru. So boleh berdiri..kalau nak ubah cabinet ke tmpat lain pun senang..portable
Langkah 10 : Siap
Sumber : Mas Indra Sulaiman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club