Jika orang dewasa mempunyai pekerjaan dan peranan masing-masing di dalam masyarakat, kanak-kanak juga mempunyai pekerjaan mereka tersendiri. Bermain dan meneroka persekitaran mereka adalah peranan dan pekerjaan utama kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak membina pelbagai kemahiran utama seperti kemahiran kognitif, motor halus dan kasar, kemahiran interaksi dan sosial dan lain-lain lagi.
Seperti juga orang dewasa yang memerlukan fokus semasa bekerja, kanak-kanak juga memerlukan fokus semasa bermain untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sering kali saya terima aduan daripada ibu bapa berkenaan anak-anak mereka yang terlalu aktif, tidak bertahan lama dalam satu-satu permainan dan mempunyai kecenderungan untuk bertukar-tukar aktiviti dalam masa yang singkat. Kerenah-kerenah anak seperti ini adalah antara tanda-tanda mereka kurang fokus dan berkemungkinan juga boleh membantutkan sesetengah aspek perkembangan mereka.
Latih fokus anak anda
Ramai ibu bapa kurang sedar bahawa fokus anak adalah perkara yang boleh dilatih. Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke sesi terapi atau sudah menghantar mereka ke sekolah, jangan hanya mengharapkan aktiviti-aktiviti di sesi terapi atau di sekolah untuk melatih fokus mereka. Luangkan sedikit masa berkualiti bersama mereka untuk melakukan aktiviti yang boleh melatih fokus si manja anda.
Pentingnya fokus ini juga terdapat dalam ibadah. Contohnya ibadah solat memerlukan kita khusyuk (fokus) dalam perlaksaannya. Maka anak-anak perlu dilatih dari kecil untuk fokus dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan.
Tips melatih fokus anak
Ads
1. Pilih aktiviti
Semasa sesi terapi, saya suka menggunakan aktiviti yang melibatkan ‘cause and effect’ bersama pelajar. Aktiviti ‘cause and effect’ dapat menarik minat anak kerana si manja akan tertarik melihat kesan atau akibat yang terjadi apabila dia melakukan sesuatu aktiviti atau permainan. Salah satu contoh aktiviti ‘cause and effect’ yang mudah untuk anak yang berumur 3 tahun ke bawah adalah mengisi duit syiling ke dalam tabung.
Apabila anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung, duit itu akan hilang dari tangannya dan si manja akan tertarik apabila mendengar duit itu berdenting jatuh ke dalam tabung. Permainan menyusun dan menjatuhkan blok ‘dominoes’ atau membina bangunan tinggi menggunakan blok lego kemudian meruntuhkannya juga adalah antara permainan ‘cause and effect’ yang dapat menarik minat anak.
Kanak-kanak akan juga lebih fokus kepada permainan yang mereka minati. Jadi, adalah lebih baik sekiranya ibu bapa memilih aktiviti berdasarkan minat anak. Seperti contoh, untuk anak yang suka bermain kereta permainan, daripada bermain kereta permainan yang sudah siap dipasang, ibu bapa boleh melatih fokus anak dengan membelikan anak kereta permainan yang perlu dipasang terlebih dahulu.
Permainan seperti ini sangat membantu kemahiran motor halus anak dan melatih kesabaran anak. Walau bagaimanapun, sekiranya aktiviti tersebut adalah di luar kemampuan anak, ibu bapa boleh membantu mereka supaya anak tidak mudah mengalami frustration atau kecewa dan kemudiannya berputus asa dan mudah beralih ke aktiviti lain.
Ads
2. Mudahkan aktiviti
Kanak-kanak juga akan mengalami frustrationsekiranya gagal melakukan sesuatu aktiviti. Jadi, tugas ibu bapa dan orang dewasa sebagai pembantu atau ‘guidance’ supaya mereka lebih termotivasi dan lebih seronok melakukan aktiviti tersebut. Tetapi perlu diingat, tugas ibu bapa hanyalah sebagai pembantu, bukan yang menyiapkan tugasan anak.
Sebagai contoh, semasa bermain permainan lego, anak yang masih belum terbina kemahiran motor halus seperti menekan dan memasang mungkin akan menghadapi kesukaran. Ibu bapa boleh memegang tangan anak dan membantu anak menekan dan memasang lego tersebut mungkin untuk lima kali pertama. Tetapi, untuk kali keenam dan seterusnya, galakkan anak untuk melakukannya sendiri.
3. Jauhkan dari gangguan persekitaran
Sifat semula jadi kanak-kanak untuk meneroka menyebabkan fokus anak mudah terganggu dengan persekitaran mereka terutamanya gangguan dari segi visual dan bunyi. Oleh sebab itu sesi terapi biasanya dijalankan di dalam bilik yang kosong dan kecil. Sekiranya di rumah, ibu bapa boleh meminimumkan gangguan dengan menutup televisyen, menyorokkan gajet, dan memilih sudut rumah yang agak tenang untuk melakukan aktiviti bersama anak. Pastikan juga tiada permainan lain yang berdekatan dengan si manja anda ketika itu supaya fokus anak tidak lari dan memilih untuk bermain permainan yang lain.
Ads
4. Tetapkan target
Target adalah sangat penting untuk melatih meningkatkan fokus dan kemahiran anak. Target boleh merangkumi pelbagai aspek. Seperti contoh, untuk ibu bapa yang meletakkan target masa, kali pertama anda melakukan aktiviti berfokus bersama anak, nilai berapa minit yang anak anda mampu bertahan dalam satu aktiviti.
Sekiranya anak anda mampu bertahan sehingga tiga minit, kekalkan anggaran masa tiga minit juga untuk beberapa sesi seterusnya. Sedikit demi sedikit, tingkatkan target masa tersebut sehingga lapan minit atau lebih. Namun perlu diingat, jangan terlalu menekan anak demi untuk mencapai target yang kita tetapkan. Setiap anak ada kemampuan tersendiri.
5.Galakan, pujian dan hadiah
Saya lebih suka menggunakan kaedah ‘positive reinforcement’ dengan memberi galakan, pujian dan hadiah kepada kanak-kanak berbanding dengan ‘negative reinforcement’ seperti denda dan amaran. Pujian dan galakan verbal seperti ‘bagusnya’, ‘good job, sayang’, ‘aiman boleh!’, serta gesture seperti ‘high 5’ atau ‘high 10’, tepuk tangan dan memberi pelukan sangat membantu anak untuk lebih termotivasi dalam menyiapkan aktivitinya dengan baik.
Kadang kala hadiahkan juga mereka dengan sesuatu yang disukai oleh anak sekiranya si manja berjaya manyiapkan tugasnya dengan baik. Namun, ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam memberikan ‘positive reinforcement’, jangan sampai dimanipulasi oleh si manja anda!
Sumber: www.excelqhalif.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hubungan kekeluargaan dahulu dan kini cukup berbeza. Dibandingkan dahulu bonding time tak dibincangkan sangat memandangkan hubungan kekeluargaan sangat rapat. Inilah yang dikongsikan oleh Haji Hushim Haji Salleh, Kaunselor Berdaftar berkenaan isu bonding antara ibu bapa dan anak-anak.
“Kalau dulu tak timbul isu anak-anak rasa kurang bonding dari ibu bapa. Tetapi zaman sekarang serba maju dan moden dengan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan hubungan kian terbatas.
“Anak-anak rasa tak dapat kasih sayang dan ibu bapa pula sibuk dengan kerjaya. Ini memberi kesan dalam hubungan. Apabila kurang terasa bonding di tambah pula sekarang banyak pilihan seperti penggunaan gajet. Mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan menerusi gajet meneybabkan hubungn anak beranak makin jauh.
“Hari ini, 95% wanita berkerjaya. Dibandingkan zaman dahulu isteri hanya suri rumah dan melayan anak-anak apabila pulang dari sekolah. Walaupun dulu menu tidaklah sehebat sekarang, hanya nasi putih dan ikan singgang, tetapi ada rasa bonding. Tetapi sekarang, apabila anak balik sekolah tiada sesiapa yang menunggu. Anak-anak rasa makin jauh dari ibu bapa.
“Sebab itu timbul pelbagai isu sosial, LGBT, dadah, ponteng sekolah, lepak dan terkini basikal lajak. Itu belum termasuk bab rempit. Kenapa ini semua berlaku. Sebab kurangnya kasih sayang. Peranan ibu bapa penting. Sibuk macam mana pun ibu bapa kena ada masa yang berkualiti untuk anak-anak.
“Balik kerja, luangkan dengan anak sama ada makan bersama jadi ada ruang komunikasi dengan mereka. Jangan sibuk pegang handphone kerana itu akan membuatkan isteri dan anak-anak rasa tidak disayangi dan diambil perhatian,” ujar Haji Hushim lagi yang mengakui pelukan boleh bantu anak-anak rasa tenang.
Elak pegang handphone di rumah
Sebenarnya komunikasi penting untuk bonding. Tanya khabar dan cerita anak di sekolah, macam mana belajar dan sebagainya.
“Bonding paling hebat adalah pelukan kasih sayang. Tak perlu cakap tetapi itu sudah buat anak rasa disayangi. Kesan psikologi dan emosi membuatkan ada kes anak-anak mengadu ayah sibuk dengan handphone tak banyak cakap. Sebab tu, kalau di rumah elakkan memegang handphone apabila bersama anak-anak.
“Elakkan memberi gajet kerana itu boleh menyebabkan anak-anak leka dan alpa dengan benda ini. Kalau kita lihat di kedai mahupun di luar sana, tak ada komunikasi sebaliknya semua leka dengan gajet. Anak-anak membesar tanpa kasih sayang. Sebab tu bonding sangat penting. Mereka dapat membesar dengan emosi, psikologi stabil selain kurang hadapi tekanan baik rakan sebaya mahupun pelajaran,” ujar Haji Hushim lagi.
Bonding orang Islam solat berjemaah
Sebab itu sebagai ibu bapa kena ada masa untuk anak-anak. Yang pertama kena ada komunikasi, kedua kena peluk anak kita.
“Dahulu anak-anak waktu kecil setiap kali kita pulang kerja mereka sibuk nak peluk, tetapi sekarang berbeza. Ada yang malu dan segan nak peluk dnegan kita. Itu sebab tak ada bonding. Makin besar makin jauh dan itu juga yang menyebabkan permasalahan remaja di negara kita makin dahsyat. Semuanya kerana kurang bonding dan kasih sayang dari ibu bapa.
“Kalau orang Islam nak bonding mudah sangat. Lepas solat berjemaah, ayah jadi imam dan lepas beri salam, zikir dan doa. Bukan hanya anak-anak tapi isteri juga perlukan bonding, Suami sibuk dengan handphone buat isteri terabai dan ‘lonely’. Ada yang mengadu pada saya mereka kekal hanya kerana fikirkan anak sahaja.
“Kalau anak tak ada pasti sudah berpisah sebab dah mula rasa kurang kasih sayang. Sebab tu lepas solat berjemaah peluklah isteri, bisikkan kata-kata seperti I sayang u, terima kasih lahirkan anak-anak, jaga mereka.
Apa salah puji dan harga isteri. Dengan kata-kata juga salah satu bonding. Manusia memang suka dipuji dan dihargai,” jelas Haji Hushim yang mengakui tak salah ungkapkan kata-kata buat pasangan jika mahu kasih sayang kekal selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.
Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.
Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.
“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.
Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.
“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.
Rezeki, jodoh dan maut semuanya ditangan Tuhan, kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang. Begitulah juga dengan apa yang kita miliki di dunia ini.
Sehubungan itu, untuk menghadapinya sudah pastinya kita membuat perancangan agar pemergian kita tidak menyusahkan keluarga yang menguruskan harta pusaka.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, telah membuat beberapa maklumat peribadinya termasuk password nombor account bank, telefon dan sebagainya di dalam satu file.
Katanya untuk tidak menyusahkan orang yang menguruskan pemergiannya nanti.
Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian ini.
ANDAI AKU PERGI DULU Memandangkan kini hanya aku sendirian tanpa Suami di sisi, perancangan rutin kehidupan menjadi semakin complicated dan perlu direncana dengan teliti.
Segala kebarangkalian yang bakal berlaku pada masa hadapan perlu diambil kira daripada segala sudut agar tidak mengusutkan orang sekeliling. Khususnya demi kesenangan hidup anak-anakku QRST.
Senaraikan segala maklumat penting, ID & password. Taip dan seterusnya print. Simpan rapi dalam file. Maklumkan kepada ahli keluarga terdekat, andai berlaku apa² terhadap diri ini boleh rujuk file sekian sekian.
Sedikit sebanyak dapat juga memudahkan urusan dan tidak menyusahkan ramai pihak. Perlu kita simpan segala maklumat dengan cara sebegini. Lebih baik ianya ditaip dan dicetak kerana tahan lebih lama berbanding dengan hanya menconteng pada helaian kertas yang akan hilang entah kemana.
Andai simpan di memory handphone, bimbang suatu hari nanti handphone pula diserang virus, rosak atau dicuri orang hilang jejak tanpa dikesan. Bukan sekadar persediaan menghadapi kematian.
Seandainya sesuatu yang tak dijangka berlaku kepada kita. Sebagai contoh accident yang menyebabkan koma berpanjangan atau hilang ingatan. Pada saat dan ketika itu otak sudah tidak mampu mengimbas segala kata laluan.
Mana mungkin dengan menggunakan kecanggihan teknologi dapat membaca aliran sistem otak menyelongkar maklumat masa lalu. Mustahil.
Caranya mudah. 1. Buka laptop / komputer 2. Buka program Microsoft Word 3. Rajinkan jari jemari anda menaip aksara
Pastikan di sekitar anda tiada mata yang memerhati kerana maklumat itu adalah rahsia. Sulit dan peribadi. Just my two cents. The choice is yours. Mati bila-bila masa. Apakah persediaan kita.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...