Lain anak lain caranya. Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa. Ada anak yang mudah diajar berpuasa, namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada anak itu.
Namun sebagai mak ayah janganlah kita memaksa anak berlebih-lebih. Niatlah untuk mendidik namun jangan sekali-kali memaksa. Beri anak kita masa. Paling penting mak ayah perlu tahu mendidik anak berpuasa perlu mengikut usianya.
Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Ini yang perlu mak ayah tahu.
Tips melatih anak kecil berpuasa. Bina memori indah berpuasa penting untuk menerapkan nilai puasa. Mendidiklah nilai puasa dengan gembira.
1. 2-4 tahun
Selalu cerita indahnya puasa dan gembira berbuka dengan orang berpuasa.
2. 5-7 tahun
Ajar anak bangun sahur, niat puasa dan boleh berbuka puasa jam 9.00 pagi atau 12.00 tengah hari.
3. 8-9 tahun
Cuba puasa penuh dengan sukarela, tetapi benarkan anak buka puasa jika tidak tahan lapar kerana masih kecil.
4. 10-12 tahun
Digalakkan puasa penuh tetapi jangan paksa jika anak terlalu menderita lapar. Jangan marah dan ugut tidak boleh berhari raya.
Didiklah anak berpuasa dengan cara paling indah dan menggembirakan mereka. Biarkan momen itu tersemat dalam jiwa.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Prof MAS Positive