
Cincin kahwin antara barangan yang sering disimpan oleh pasangan berkahwin sebagai simbol nostalgia. Ada yang memakai di jari tak kurang juga yang menyimpannya.
Namun, berbeza dengan selebriti yang satu ini, dia memilih untuk menjual cincin kahwinnya yang sudah berusia 25 tahun itu.
Menurut Nourul Depp, cincin tersebut ditemui semula ketika mengemas barangan peribadinya.
As usual sebelum nak berhijrah negara ni, ahad adalah hari mengemas barang. Mana tinggai di malaysia dan mana nak bawak.
Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dnegan kami
Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007.
Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan.
Sapa nak buat collection cincin ni, boleh contact kami.
Harga bermula dari RM300. Siapa bet tinggi, dia dapat.
Cincin dari Poh Kong. Beli tahun 1996. Sijil mana dah tak tau hahahaha
Paraben Dalam Kosmetik Dan Skincare, Setakat Mana Tahap Bahaya Pada Kesihatan

Paraben dalam kosmetik dan skincare, setakat mana bahaya pada kesihatan. Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagan kecantikan dan kosmetik.
Fungsi paraben ialah untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat dalam produk. Bagaimanapun, penggunaan paraben masih kontroversi hingga ke hari ini. Malah, penggunaan paraben tidak memberikan apa-apa manfaat untuk tubuh. Paraben sebenarnya berpotensi menyebabkan penyakit jika digunakan secara berkala dalam jangka masa yang panjang.
Paraben sering digunapakai di kilang-kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri. Ianya jauh lebih murah dan mudah di dapati. Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tidak kisahlah namanya methylparaben, ethylparabel atau propylparaben, itu semua adalah sejenis paraben.

BAGAIMANA PARABEN BOLEH MENJADI PENCETUS KANSER?
Paraben ini dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.
Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.
Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara tauuu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.
Maka berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas daripada Paraben. Memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan Allah. Bagaimanapub, kita perlulah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya semata hendak cantik dengan cepat.

Apakah paraben bahaya untuk wanita hamil? Apa sahaja yang anda gunakan semasa mengandung akan memberi kesan kepada janin anda. Malah doktor sentiasa memberi amaran kepada Mama supaya berhati-hati apabila menggunakan apa-apa. Salah satunya ialah kosmetik yang mengandungi banyak paraben.
Banyak kajian ke atas manusia dan haiwan telah membuktikan bahawa paraben sangat berbahaya untuk kehamilan. Bukan sahaja semasa mengandung, paraben juga boleh mengganggu keupayaan wanita untuk hamil. Selain itu, paraben juga akan menjejaskan perkembangan janin yang dikandung sehingga bayi dilahirkan dan membesar.
Berikut dikongsikan bahaya paraben kepada wanita hamil.
1. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang
Kajian mendapati wanita hamil dengan kandungan paraben yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi pramatang. Biasanya tanda-tandanya adalah penurunan umur kehamilan, berat lahir rendah, dan penurunan panjang badan.
2. Mengurangkan kesuburan ibu
Wanita yang mempunyai paras air kencing yang mengandungi paraben yang tinggi cenderung mempunyai anak lebih sedikit anak berbanding wanita yang mempunyai paraben yang lebih rendah. Jadi kalau nak cepat cepat zuriat, elakkan kandungan paraben dalam kosmetik.
3. Meningkatkan risiko kematian bayi
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paraben meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan. Ini kerana paraben mempunyai struktur yang sama seperti estrogen sehingga aktiviti hormon dalam badan boleh menjadi huru-hara.
4. Merosakkan fungsi buah zakar lelaki
Sekiranya anda mengandungkan bayi lelaki, kandungan paraben akan mempengaruhinya sehingga dia dilahirkan dan membesar. Bayi mama akan mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi yang akan merosakkan struktur dan fungsi testis, dan menyebabkan keabnormalan pada sperma apabila mereka dewasa.

5. Menyebabkan masalah otak bayi
Paraben akan menyebabkan kehamilan pramatang. Disebabkan ini, ia akan menimbulkan masalah pada otak bayi kerana tumbesaran janin dalam perut masih belum sempurna.
6. Meningkatkan risiko bayi autisme
Paraben mempunyai struktur yang hampir sama dengan hormon estrogen. Menurut penyelidikan Universiti Cambridge peningkatan aktiviti estrogen semasa kehamilan boleh mengembangkan potensi autisme.
7. Tingkah laku sosial kanak-kanak terganggu
Bayi yang dilahirkan dan terdedah kepada paraben akan menyebabkan gangguan hormon pada kanak-kanak berkaitan interaksi sosial, pembelajaran dan ingatan pada bayi. Apabila anak-anak besar, mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang lain dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Jadi wanita terutamanya ibu mengandung, semak dulu kandungan produk penjagaan sebelum membeli. Biasanya paraben mudah didapati dalam produk pelembap, pewarna kuku, sabun, deodoran, ubat jerawat, pelindung matahari, krim anti penuaan dan sebagainya. Berhati-hati sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si kecil dalam kandungan.
Sumber: Nurasykin Ali
Penoreh Getah Ambil Upah Jadi Tukang Cuci, Rezeki Musim Banjir

Penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci, rezeki musim banjir. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.
Penoreh Getah Ambil Upah Jadi Tukang Cuci, Rezeki Musim Banjir
Ekoran tidak dapat menoreh getah ketika musim hujan, Azmah Jaafar sudah mencuci empat rumah penduduk kampung sejak banjir di Kampung La, Hulu Besut, surut pada Sabtu lalu.
“Setiap tahun, ia menjadi pekerjaan yang ‘wajib’ saya laksanakan di samping membantu mereka yang terjejas banjir walaupun kediaman sendiri tidak terbabit dengan bencana alam itu.
“Hasil upah khidmat mencuci rumah itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian keluarga selepas tidak boleh keluar menoreh ketika musim hujan,” katanya.
Sementara itu, mangsa banjir, Sakinah Yaacob, 60, berkata, dia mengupah empat tukang cuci sejak beberapa tahun lalu apabila dirinya tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan kedainya, selepas banjir mulai surut.

Katanya, sukar bagi dirinya melakukan kerja-kerja pembersihan seorang diri, apatah lagi dengan keadaan kedai yang diselaputi lumpur.
“Rumah ini dua tingkat, bahagian atas jadi tempat tinggal, manakala tingkat bawah saya buka kedai kopi dan kedai runcit, jadi memang tidak terdaya mahu membersihkan seorang diri.
“Setiap tahun, saya akan menggunakan tenaga kerja pembersihan dan selalunya mereka ini adalah penduduk di sekitar Kampung La yang mengambil upah membersihkan rumah secara sambilan ketika musim banjir,” katanya.
Menurut Sakinah, dia memperuntukkan RM400 setiap kali banjir untuk mengupah pekerja melakukan kerja-kerja pascabanjir.
Katanya, dia membayar upah sebanyak RM80 hingga RM100 kepada setiap pekerja itu mengikut tempoh kerja atau keluasan kawasan yang dibersihkan.
Dia berkata, inisiatif itu secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas ketika musim banjir.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Khairul Aming Bebas Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Halang Air Banjir Masuk Rumah, Wanita Kongsi Idea Guna Papan & Tanah Liat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Homemade Bahan Perasa Makanan, Confirm Bebas MSG. Rasa Masakan Pun Sedap & Selamat! Ni Cara Buatnya.

Penggunaan bahan perasa di dalam masakan diakui dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan sempurna rasanya. Pun begitu, umum juga mengetahui bahan perasa tersebut jika mengandungi Monosodium glutamate (MSG), dan andai seorang ibu menggunakannya setiap hari, bimbang juga akan mengundang bahaya di kemudian hari.
Sedar hal itu, ada baiknya setiap kali memasak kita sebagai ibu yang perihatin dengan pemakanan keluarga, menggunakan bahan penyedap rasa yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan rempah terpilih. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aj Idris.
Nak tahu lanjut jom ketahui campuran rempah yang digunakan olehnya.
Pengganti ajinomoto saya. Homemade salt seasoning
Bahan-bahan
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Cara Penyediaan :
- Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
Untuk lebih mudah, bahan-bahan rempah ini ada tersedia dijual dipasaran, antaranya :





Ekstra info :
Serbuk bawang putih dan serbuk bawang merah boleh didapati di pasaraya, bahagian rempah. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Sukatan bahan semua satu sudu kecuali garam dua sudu. Kalau nak banyak / penuhkan bekas, gandakan je nisbah tu ya.
Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan lama sebulan dua sebab dia bahan kering. Simpan dalam fridge pun boleh.
Selalu saya letak dalam sup, makanan bergoreng macam mee, spaghetti, lauk-lauk berkuah macam kari, masak kurma, sayur campur, dan perapan ayam / daging. Masak nasi goreng kosong pun saya letak serbuk ni..
sumber : Aj Idris