Lasagna Super Sempoi Membuatnya, Tapi Rasa Super ‘Umph’!

Share

Alangkah sedapnya jika menikmati Lasagna yang mempunyai rasa pedas, pekat, creamy dan penuh cheese. Apatah lagi jika dimasak sendiri untuk dimakan bersama seisi keluarga, pasti puas hati.

Ditambah pula dengan ragam anak-anak kita yang begitu mudah terasa lapar tidak kira waktu. Kadang-kadang buntu juga kita untuk sediakan menu yang cepat disediakan, mudah dan dalam masa yang sama nampak istimewa di mata anak-anak.

Jadi inilah dia pilihan menu yang sangat-sangat praktikal untuk disediakan. Andai masih tercari-cari resipi yang dijamin sedap rasanya, apa kata kita mencuba menu yang dikongsikan ini.


“Saja nak share resipi bergambar cara-cara buat Lasagna tapi ni cara sayalah, I’m not Italian so ini bukan la cara yang original macam depa buat, but who cares? Janji sedap dan boleh makan banyak-banyak sebab buat sendiri kan! Heheheheh….”

Bahan-bahan


500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (saya pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je, jimat)
3 sudu tepung gandum


Spices(ni yang saya pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak kepingan Lasagna

Cara-cara:

1. Tumis bawang yang di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.

2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.

3. Perasakan dengan garam dan spices yang anda ada.

4. Untuk masak white sauce, cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul-ketul.

5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.

6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jangan lama sangat kalau tak nanti hancur. Saya celup dalam air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sebab nanti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.

7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yang sama hingga habis. Akhir sekali taburkan cheese atasnya.

 

8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

Selamat mencuba!

 

sumber : From the Kitchen of Puspa Wangi