Memberi variasi menu berbuka selain hidangan nasi dan lauk pauk yang perlbagai, enak juga andai turut disajikan lasagna.
Memandangkan menyediakan menu ini cukup mudah dan rasanya juga cukup menyelerakan.
Menariknya juga sekiranya anda ingin sediakan menu ini namun stok pasta lasagna tiada dalam simpanan, gunakan sahaja roti sebagai penggantinya.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Mimie Ali ini. Nampak cukup menyelerakan.
Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap
Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna.
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Cara-cara Penyediaan:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit : Mimie Ali