Bertempat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), acara Larian dan Kayuhan Orchid 2024 berlangsung meriah, menarik lebih 8,000 peserta yang terdiri daripada pekerja PETRONAS, keluarga mereka serta orang awam.

Dalam acara yang penuh keceriaan ini, mereka semua datang bukan sahaja untuk berlari dan berbasikal tetapi untuk menyumbang kepada tujuan yang sangat bermakna.

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Sebanyak RM500,000 berjaya dikumpul melalui acara ini, yang akan disalurkan kepada tiga badan amal yang fokus kepada penjagaan dan kesedaran kanser iaitu MAKNA, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Acara ini, yang dianjurkan oleh PETRONITA (Persatuan Isteri dan Wanita Kakitangan PETRONAS), bukanlah perkara baru. Sejak ia mula diperkenalkan pada 2015, Larian dan Kayuhan Orchid ini telah berjaya mengumpul lebih RM2 juta untuk pelbagai inisiatif kesihatan.

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Tahun ini, dengan tema yang cukup berinspirasi, “Meneruskan Legasi Bersama untuk Masa Depan Kita”, ia juga lebih istimewa kerana diadakan sempena ulang tahun ke-50 PETRONAS. Bukan sahaja ada kategori larian 5KM dan 12KM serta kayuhan 12KM, malah, buat pertama kalinya kategori separuh maraton diperkenalkan, memberi cabaran baru kepada peserta yang gemarkan aktiviti lasak.

Menurut Puan Sri Jemilia Md Jelas, Presiden PETRONITA, acara ini bukan sekadar tentang bersenam, tetapi satu peluang untuk orang ramai terlibat dalam kerja amal sambil menjalani gaya hidup sihat. “Kami sangat bersyukur dengan sokongan hebat daripada semua peserta.

Ads

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Acara ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti fizikal, tetapi juga membuka ruang untuk kita semua bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Di sisi lain, bantuan yang diterima ini amat besar ertinya bagi pesakit kanser dan keluarga mereka. Vemanna Appannah, Timbalan Pengurus Besar MAKNA, menekankan bagaimana tekanan kewangan dan emosi sering kali membebankan pesakit kanser.

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Ads

“Sumbangan ini benar-benar membantu meringankan beban mereka,” katanya. Dengan dana ini, MAKNA mampu menyediakan rawatan yang lebih baik dan menyokong mereka yang berdepan cabaran besar ini.

Dato’ Dr Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM pula menjelaskan, sokongan PETRONITA membolehkan mereka terus menyediakan penjagaan menyeluruh untuk pesakit kanser, terutamanya kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Dengan perkhidmatan seperti ‘Homes of Hope’, mereka boleh memberi pesakit ruang yang lebih selesa untuk fokus pada kesihatan mereka.

Ads

Begitu juga dengan BCWA, di mana sumbangan ini akan digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan memberi sokongan kepada wanita yang sedang melalui rawatan.

Puan Sri Dato’ Akmal Abdul Salam, Patron BCWA, berkata, “Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya perjalanan pesakit kanser payudara, jadi sokongan ini sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.”

Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal Larian dan Kayuhan PETRONITA Orchid 2024 Kumpul RM500,000 untuk Amal

Selain acara larian dan kayuhan, peserta turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti di gerai-gerai pameran serta persembahan dari kumpulan muzik popular De Fam dan pemain badminton negara, Kong Zhou Swin dan Kang Khai Xing.

Tidak cukup dengan itu, PETRONITA juga menganjurkan acara serupa di Johor dan Sarawak, yang secara keseluruhannya berjaya mengumpul lebih RM200,000 untuk organisasi kesihatan tempatan.

Dengan sokongan daripada rakan kongsi seperti Bank Simpanan Nasional, Café Mesra, Setel dan PETRONAS Shop, acara Larian dan Kayuhan Orchid 2024 sekali lagi membuktikan bagaimana sukan dan amal dapat disatukan untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI