Baik isteri yang menguruskan anak-anak di rumah mahu pun suami yang keluar mencari rezeki, kedua-duanya penat melakukan tugas harian.
Jangan dianggap duduk rumah tiada kerja yang dilakukan, bahkan dari buka mata diawal subuh hingga malam hari, tugas tak pernah habis.
Memahami lagi situasi isteri dari kaca mata suami, lelaki ini berkongsi prinsip rumahtangganya kepada lelaki bergelar suami yang lain agar sama-sama dapat memahami dan ringan tulang membantu isteri.
Untuk ketahui lanjut, ikuti perkongsian penuh daripadanya.
“Kau penat, aku pun penat…”
Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan sapa yang lagi penat, sapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka…
Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal…jangan paksa diri, jangan nak perfect…
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah…
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian…panggil anak, mintak dia ambik bakul…saya kutip, bawak masuk dalam rumah…lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat…
Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,”kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot…takkan balik rumah kena buat macam-macam lagi…
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri…isteri bukan membuta dari pagi smpai ke petang…isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa…jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA-APA…
Larat kemas, kemas…tak larat biar bersepah…larat masak, masak…tak larat kita tapau luar…larat lipat baju, lipat…tak larat, esok kita buat…
Ada yang jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat…boleh, teruskan dan buatlah…tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu…
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua-dua kena rasa…kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumahtangga tu TENAT…
Sumber : Firdaus Shakirin