Kalau sudah namanya selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah dan apa jua yang dilakukan pasti menjadi perhatian.

Bukan setakat itu sahaja, pasti akan ada benda yang tidak betul di mata mereka. Malah ada segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab memberi komen yang negatif.

“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

Situasi tersebut pada  selebriti bernama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau  Scha AlYahya ini adalah benda biasa dan sudah melalui pelbagai cemuhan, kritikan mahupun sindiran oleh netizen di media sosialnya.

Tidak hanya dirinya bahkan turut terbabit sama suaminya dan juga anak kesayangan mereka Lara Alana.

“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

Ads

Begitu pun, selebriti yang berasal dari utara ini tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya mengakui  itu antara salah satu tanda orang masih sayang dan mengambil berat.

Tambah isteri kesayangan Awal Ashaari ini, biarpun ada yang suka mencari kesalahan, mengkritik, mencemuh, namun dia mendapati masih ramai orang-orang positif yang mengikuti perkembangan kariernya.

“Tidak dinafikan ada sesetengah netizen, bayi baru lahir pun mereka cari salah, tak comellah apa lah. Tapi saya rasa selagi saya tak buat salah laku yang buruk, tak buat jenayah, saya ambil positif sahaja apa yang diperkatakan orang lain.

“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

Ads

“Bagi saya bila kita berdepan dengan situasi sebegini, ia memperlihatkan kita bagaimana mengendalikan situasi tersebut. Ambil dari sudut positif atau negatif. Ini tanda orang masih mengingati, diminati dan sebagainya. cuma tengok bagaimana kita nak handle situasi berkenaan.

“Kalau kita layan dan gaduh, secara tidak langsung orang akan pandang negatif pada kita,” katanya lagi.

“Saya baca semua komen dan bagi saya ramai lagi yang memberikan kata-kata positif. Ramai lagi orang yang bersikap positif, jadi kenapa saya nak fokus pada mereka yang negatif ini.

“Contoh macam Lara dulu, ramai yang cakap dia macam-macam, tapi sekarang, orang dah diam pun. Jadi kenapa kita nak fikirkan hal negatif.

Ads

“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

“Bila dah lama jadi selebriti, saya dah semakin tahu mana perkara yang perlu ditangkis, mana yang perlu dipandang atau diambil tahu. Pengalaman banyak mengajar saya.

“Bab tambah anak bukan tak nak tapi belum ada rezeki. Usaha dah selalu tapi masih belum ada lagi. Tak timbul soal bila merancang kerana Lara sekarang sudah 4 tahun. Lama sangat kan ,”seloroh Scha yang merupakan duta Bio Essence.

“Lara Dulu Ramai Yang Cakap Macam-Macam Tapi… Scha Baca Komen Netizen Tapi Tak Fokus Yang Negatif!

Sumber gambar: IG schaalyahya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI