Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan, jam 9.15 pagi tadi. Berita gembira tersebut dimuat naik dalam laman instagram pasangan ini.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik,” Ujar Awal dalam perkongsiannya beraama Harian Metro.
Awal juga melahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
Sementara itu. dalam laman ins,pasangan ini turut berkongsi berita tersebut.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
Stay safe, and welcome to the world Baby L.
#schawaljr