Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan, jam 9.15 pagi tadi. Berita gembira tersebut dimuat naik dalam laman instagram pasangan ini.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik,” Ujar Awal dalam perkongsiannya beraama Harian Metro.
Awal juga melahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
Sementara itu. dalam laman ins,pasangan ini turut berkongsi berita tersebut.
Ads
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Ads
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
Ads
Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.
Stay safe, and welcome to the world Baby L.
#schawaljr
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyimpan bahan masakan memerlukan cara tertentu, kalau diletakkans ahaja di dalam peti sejuk, pasti lama-kelamaan ia akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Bagi ibu-ibu yang suka membeli dalam kuantiti yang banyak, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Rosie Zam bagi memastikan bahan-bahan seperti kunyit, halia atau serai segar dan tahan lama.
Begini caranya:
Semalam encik suami belikan kunyit punyalah banyak .
Hari ni saya kongsikan cara nak simpan kunyit, halia atau serai supaya lebih tahan lama dan segar.
1. Isikan semua bahan tadi dalam bekas.
2. Tuangkan air sehingga menutup semua bahagian kunyit, serai atau halia. Kemudian tutup.
3. Simpanlah dalam peti sejuk. Tukarlah air setiap minggu ya. Cuba tau. Jika anda ingin tahu lebih banyak tips menarik boleh terus follow Rosie Zam ya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
GELAGAT LELAKI POSING DENGAN PELBAGAI GAYA DENGAN JARI BERDAKWAT
Tular perkongsian oleh Firdauz Abdullah yang memaparkan gelagat seorang lelaki menunjukkan bukti jarinya yang dicelup dakwat dengan pelbagai aksi yang mencuit hati.
Berseloroh dengan rakannya yang menghantar beberapa keping gambar selepas mengundi, “Orang tua kena pergi awal” telah meraih perhatian ramai.
WARGAMAYA TERHIBUR
Melihat beberapa keping gambar, ramai wargamaya memberi komen terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan.
Setiap anak-anak ada cara tersendiri nak bahagiakan mak ayah mereka. Bagi yang berkemampuan, pastinya harta benda yang akan diberi sebagai balasan membesarkan mereka sehingga mampu menjadi manusia yang berguna. Bagi yang kurang berkemampuan pula, ada jasa mereka yang mungkin dapat dilihat dari mata kasar atau tidak bantuan mereka untuk orang tua mereka.
Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad ada memuat naik kejutan yang dibuat untuk bonda tersayangnya yang lebih dikenali sebagai Mak Jenny. Dalam video tersebut, jelas kelihatan ruang dalam rumah yang dalam proses ubah suai dan ruangan yang disiapkan terlebih dahulu dan menjadi tumpuan adalah keadaan bilik ibu tersayangnya itu.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut memaparkan keadaan bilik Mak Jenny sebelum dan selepas diubah suai. Perbezaan yang ketara itu telah mencuri perhatian ramai termasukan tuan bilik itu sendiri dengan berkata “apa cantik bona ni?” ketika melihat sekitar bilik yang hiasan dalamannya itu tidak tumpah seperti sebuah bilik hotel iaitu terdapat sebuah katil baru, almari yang dipasang siap dan set televisyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi rasa sebak melihat usaha Nubhan menggembirakan hati ibunya. Malah, merek juga turut berkongsi impian untuk membuat perkara yang sama jika diberi peluang sebegini.
Sumber : Instagram Nubhan Ahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.