Lapan Tahun Memasak Dengan Periuk Yang Sama, Tapi Tetap Nampak Berkilat Macam Baru. Wanita Ni Kongsi Caranya!

Share

Sebelum ini kisah dekorasi rumah atas air yang tampak begitu selesa dan kemas pernah viral di media sosial. Rata-rata warganet begitu terpegun dengan konsep kediaman yang dikongsikan oleh Puan Mariyah Ghazali di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY.

Apa yang mengujakan, kediaman tersebut walau hanya berdindingkan kayu dan beratapkan zink, namun punya auranya yang tersendiri. Cukup kemas dan sedap mata memandang!

Selain ramai teruja gaya susun atur kediaman ini, tidak kurang juga ada yang perasan periuk belanga yang disusun kemas di ruangan dapur. Nampak begitu bersih dan berkilat seakan baharu. Maka ramailah bertanya apa rahsianya dan menjawab persoalan tersebut sekali lagi, perkongsian Puan Mariyah Ghazali menarik perhatian warganet.

“Slam smua …sya ucapkan kepada semua sebab minat rumah yang saya hias dangan barang eko ye..ramai tanya pasal periuk. Saya guna sabun ape, dan saya minta maaf tak dan nak balas satu persatu sebab terlalu ramai sangat nak tau …jadi saya kongsi sini ye untuk semua tau”

“Alhamdulillah dari dulu saya memang setia dengan sabun ni je bertahun-tahun …periuk saya pon semua tu kebanyakan 8 tahun dah saya guna untuk masak…Alhamdulillah nampak MCM baru sebab guna sabun ni.”

 

Me

Melihat di ruangan komen pula, ramai  yang memuji betapa rajinnya tuan rumah dan tidak kurang juga ingin ada yang ingin mencuba menggunakan sabun cuci yang disarankan.

Sumber : Mariyah Ghazali

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club