Anak-anak yatim merupakan antara indvidu yang perlu dikasihi, disayangai dan dihargai kerana mereka hanya menumpang kasih sayang dan bergantung dengan ‘orang luar’ selepas ketiadaan keluarga mereka.
Ada di antara mereka langsung tidak pernah merasai kasih sayang dari ibu bapa malah zaman kanak-kanak mereka hanya menumpang kasih dari insan-insan yang sudi menggembirakan mereka.
Atas dasar keprihatinan, ramai yang mengambil inisiatif untuk meraikan mereka. Malah ada yang meraikan mereka dalam satu majlis yang besar. Tidak kurang juga, ada yang bermurah hati dengan memberikan juadah makanan, pakaian dan kelengkapan lain.
Namun begitu, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pemberian orang ramai ke rumah anak yatim.
“Bukan nak buka aib. Tapi patut ke anak-anak mendapat makanan seperti ni? Lebihan nasi lemak dan kerak, nasi himpit dan lemang dan seminggu dalam peti ais.
“Rendang, sambal dan daging paprik yang dah dipanaskan hingga kering yang dijadikan serunding,” tulisnya.
Selain daripada sisa-sisa makanan, anak-anak yatim ini juga diberikan tilam lama yang sudah digunakan. Kelihatan juga, beberapa tilam yang sudah koyak juga diberikan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan si pemberi yang didakwa tidak berhati perut dan sisa makanan yang diberikan pula seperti memberi makanan kepada haiwan-haiwan.
Sumber : Ella Osman
Tanam Sayuran Dalam Baldi Tanpa Tanah dan Racun Serangga Kimia
Dalam satu perkongsian di Facebook, pemilik akaun Nurwahidah Hambali telah berkongsikan cara beliau menanam sayuran kangkang dengan hanya menggunakan baldi sahaja. Lebih menarik lagi, cara penanaman ini tidak menggunakan racun serangga kimia.
Cara ini boleh anda boleh lakukan juga pada tanaman sayuran yang lain seperti kangkong, bayam , sawi dan ulam-ulam seperti selom, kesum, pudina, pegaga dan lain-lain.
Menurutnya, antara langkah menanam sayuran di dalam baldi yang dilakukan adalah :
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz mukanya supaya tapis dapat duduk elok dalam baldi.
2. Isikan air dalam baldi ( biasa baldi 15 liter, isi air dlm 10 liter)masukkan 50 ml Baja A dan 50ml Baja B.
3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras2 tapis sahaja.
4. Tabur benih kangkong dalam tapis. Tidak perlu tanah atau apa-apa sahaja medium sebab benih kangkong besar. Kalau benih bayam, sawi dan kailan, boleh gunakan tuala goodmorning sebagai lapik dan tabur benih atas tuala.
5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama 3 ke 4 hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah letakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
6. Selepas cambah semburkan dengan Sri Anak setiap seminggu dua kali atau sekali. Bancuh 5ml Sri Anak untuk 1 liter air.
7. Selepas 25 hari dah boleh petik dan masak.
Sekian
Selamat Mencuba
Kredit: Nurwahidah Hambali
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
‘Kamu Tidak Ada Perasaan. Anak Saya Masih Menangis Rindu Ayahnya.’ Isteri KRU MH370 Tegur Gurauan Pelawak Singapura
Gurauan pelawak Singapura yang tular semalam kerana membangkitkan isu warganegara dan juga menjadikan tragedi MH370 sebagai satu bahan jenaka telah mengundang kemarahan ramai terutama rakyat Malaysia.
Susulan daripada itu telah mengundang isteri kepada salah seorang KRU MH370, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman tampil menyelar keceluparan Jocelyn Chia.
Intan menyifatkan pelawak tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas MH370.
‘Anak lelaki saya, Muhammad masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya dan kamu menjadikan MH370 ini sebagai bahan jenaka.’
‘Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan perasaan.’
‘Tambah Intan lagi, Jocelyn tidak seharusnya menggunakan lawak hambar sedemikian semata-mata untuk meraih populariti.’
‘Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada kamu yang duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji.’
Di akhir video tersebut, Intan berharap agar Jocelyn menjadi seorang wanita yang berguna dan tidak melakukan perkara bodoh yang memalukan diri.
Terbaharu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
‘Ada Tugas Besar Menanti Saya Di Hadapan.’ Walaupun Diduga Hilang Penglihatan, Masitah Anggap Ini ‘Gurauan’ Dari Allah
“Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya… kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang… bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita.”
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.
Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain dan tidak patah semangat walaupun ujian yang dihadapi amat besar.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Dahulunya wanita ini normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan yang mengorbankan seorang pekerjanya.
“Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.
“Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat.”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.
“Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.
“Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya ‘down’ saya akan tanya balik diri saya.
“Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.
“Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa ‘down’ itu terlalu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.