![20190112_155857_0001](https://cdn.keluarga.my/2019/01/20190112_155857_0001-696x566.png)
Terasa ingin memberi gaya baru pada langsir sedia ada yang sebelum ini dijahit ringkas, apa kata lakukan apa yang dikongsikan oleh Dura ini yang juga merupakan seorang tukang jahit.
Hanya perlu tandakan, gunting dan pasang ring untuk menjadikan langsir tersebut bergaya eyelet yang menarik.
Jom semak apa perlu buat.
Cara-cara tebuk lubang langsir eyelet
Nah belanje hampa cara2 nk buat tebuk bulat langsir ni…..langsir lama yg ketinggalan zaman pon hampa tebuk ja dah jadi baru….tak payah pi upah tebuk kt kedai….tebuk sendri ja….hehehe…..
Step 1 : Sediakan bahan yang diperlukan
Step 2 : Susun ring dengan jarak lebih kurang sama. Cuma untuk langsir bidang 60 boleh letak 8 ring sahaja.
Step 3 : Bulatkan dengan maker.
Step 4 : Kumudian tandakan 1/4 inci, untuk digunting.
Step 5 : Gunting mengikut lakaran tadi.
Step 6 : Ambil ring dan buka ring tersebut dengan menggunakan pisau yang tumpul.
Step 7 : Letak bahagian tajam di bahagian atas.
Step 8 : Letakkan betul di bahagian lubang sebelum dikapit rapat.
Siap
Sumber : Dura
Sepupu Sah Covid-19 & Sebelum Itu Pernah Bermalam Di Rumah. Makcik Ni Terus Buat Check Up!
![](https://cdn.keluarga.my/2020/04/20200402-221530-0000-02_55_327622.png)
Sedang ada segelintir yang masih belum faham apa yang dikatakan dengan mempunyai kontak rapat dengan pesakit covid-19, nyata itu akan menyebabkan virus ini akan terus tersebar.
Ini mamandangkan seseorang itu biasanya akan merasakan dirinya sihat dan bebas virus, namun hakikatnya sudah ada kontak rapat dan tanpa sedar telah menyebarkan kepada orang lain pula.
Lantaran itu, doktor ini kongsikan senario makcik ini yang begitu faham tentang makna kontak rapat.
Diharapkan perkongsian ini dapat memahamkan lebih ramai antara kita tentang istilah kontak rapat.
Ini perkongsiannya.
“Ya mak cik, datang ke sini hari ni sebab apa ya?”
Tanya staff yang menjaga kaunter saringan.
“Mak cik nak buat saringan untuk cek penyakit covid tu. Itu hari ada sepupu singgah menumpang tidur kat rumah. Berdebar-debar jantung makcik sejak pagi tadi bila dapat tahu dari group whatsapp family yang dia sah positif penyakit tu.
Tu yang cepat-cepat datang ke mari ni.”
Sebaik saja dengar begitu, segera petugas tadi melorongkan wanita tersebut ke laluan khas yang disediakan bagi menyaring individu yang mungkin terkena jangkitan Coronavirus.
Dekat situ nanti, maklumat lebih detail dan pemeriksaan akan dilakukan oleh staff kesihatan yang siap dengan pakaian perlindungan (PPE).
Mujurlah wanita tadi cakna dan faham maksud kontak rapat (close contact) lalu segera hadir lakukan saringan. Jika ditakdirkan positif, dia boleh dirawat segera dan tak jadi penyebab virus tersebar pada orang lain.
Yang paling menakutkan kita sekarang ni ialah masih ada sebahagian yang tak faham maksud sebenar ‘kontak rapat’.
Bebas berjalan ke pasar, ke supermarket tanpa sedar yang dia mungkin jadi penyebar virus bahaya.
Kontak rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Ia termasuk:
▪️ Sesiapa yang tinggal serumah dan berkongsi peralatan rumah dengan pesakit kes Covid-19.
▪️ Sesiapa yang pernah berada berhampiran dengan pesakit Covid-19 (kurang satu meter) dalam jangka masa lebih 15 minit.
▪️ Sesiapa yang pernah bersama dengan pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup pada jarak kurang satu meter untuk jangkamasa lebih 15 minit.
▪️ Sesiapa yang pernah melakukan perjalanan (travel) bersama dengan pesakit Covid-19.
▪️ Sesiapa yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam bilik tertutup.
▪️ Mana-mana kakitangan kesihatan yang terdedah dengan pesakit Covid-19 dalam keadaan tidak memakai pakaian perlindungan (PPE) lengkap.
▪️ Sesiapa yang bekerja bersama dengan kakitangan kesihatan yang disahkan dijangkiti Covid-19.
▪️ Sesiapa yang pernah melawat atau berada dalam bilik tertutup bersama pesakit Covid-19.
▪️ Sesiapa yang pernah menaiki kenderaan yang sama dengan pesakit Covid-19 dalam jarak 2 kerusi lebih dari 2 jam.
Benda ni dah jadi perkara yang sangat serius.
Setakat semalam KKM dah berjaya kesan 735 kes positif jangkitan berpunca dari kategori kontak rapat ni.
Sebab tu mana mana yang termasuk dalam kategori kontak rapat, kami benar benar merayu agar ambil langkah segera untuk lakukan saringan. Tak usah bertangguh.
Tolong sangat-sangat ya. Bantu #sebarkan info ni pada seramai yang mungkin. Mudah-mudahan bila lebih ramai yang tampil untuk jalani saringan, kita akan berjaya akhiri wabak ni dengan lebih cepat.
sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari,
#kitajagakita
Awet Muda & Turunkan Berat Badan, Isteri Ni Amal Minum Healthy Smoothie. Ni Resipinya!
![](https://cdn.keluarga.my/2020/11/20201105-235833-0000-05_21_606305.png)
Kekal sihat, cantik dan awet muda pastinya Ia menjadi keinginan sesiapa pun dan ianya tidak mungkin dimiliki tanpa ada usaha untuk memeliharanya.
Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan yang dimiliki dengan sebaik mungkin.
Praktikkan amalan minum air berkhasiat umpamanya mungkin boleh dijadikan salah satu usaha yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Shida Razak berkenaan amalan minum air healthy smoothies, turut dikongsikan resipi penyediaannya untuk sesiapa yang ingin nencuba rasa.
Ini perkongsiannya.
KC share antara resepi healthy smoothie kegemaran KC..ini antara smoothie kegemaran KC..green smoothie campur chia seed. Rahsia kekal langsing dan sihat. Bantu dlm penurunan berat badan.
Resepi my healthy green smoothie:
(Boleh dpt 3 cawan)..tak habis simpan dlm freezer.
Blend well semua bahan di bawah
Bayam brazil (kc tanam sendiri tiada racun)
1 Apple merah (x buang kulit/nak buang pun boleh)
1 Orange/ 1 biji grapefruit( buang kulit )
Rolled oat 5 sudu besar.
Ekstra tip :
(Utk heavy duty blender..tak perlu rendam oat, bg yg bukan heavy duty blender..boleh buat cara ni..kisar kering dulu oat menggunakan blender kering..jadikan dia powder siap2 and simpan dalam balang..nak buat smoothie just cedok blend skali..so dia akan smooth je terus dlm smoothie)
Air sejuk 1 cawan (air agak2 ikut blender masing2..banyak air nanti tak hancur. Blender kc 1 cawan air)
Dah blend..masukkam chia seed yg telah di rendam seharian dlm peti dlm 2 sudu besar ke dalam cawan..tuangkan smoothie ke dlm cawan..dan enjoy ur smoothie for breakfast.
Khasiat smoothie kc ni bagus utk :
Menjaga kesihatan jantung, turunkan bad kolestrol, baik utk mata, awet muda, vitamin k, bagus utk pencernaan, menurunkan berat badan, good for liver too sbb bantu remove toxin, meningkatkan sistem imuniti tubuh juga bantu lancarkan darah, memerangi cancer dan Lain2 khasiat ada lagi..tak tersebut.boleh google setiap mineral yg ada dlm smoothie ni.
Sumber : Shida Razak KC
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bapa Ini Kongsi Sebab Apa Kena Jaga Kebersihan Kuku Anak
![](https://cdn.keluarga.my/2019/05/99a3dbbd-0bba-4791-b554-bc5db2a92423-03_54_859451.jpeg)
Kebersihan kuku adalah perkara yang amat penting untuk memastikan kesihatan diri anak-anak terjamin. Ini kerana ia menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit. Ikuti perkongsian bapa ini,Mohd Fhais ini.
Allahu, sebak rasa bila bawa annur rania pergi klinik tadi baru perasan kuku dia dah panjang.
Astagfirullah al azim..
Selalunya seminggu sekali saya pasti akan potong kuku tangan dan kaki rania. Tapi 2 minggu leka dengan kerja dan urusan peribadi.
Inilah hasil 2 minggu punya kuku. Panjang dan kotor.
Maafkan papa ye sayang, papa sibuk sangat bekerja tambah pendapatan untuk beri kamu, adik dan mama kehidupan yang lebih selesa tapi papa selalu terlepas pandang perkara kecil ni.
Apa gunanya papa bekerja keras mengejar impian yang besar kalau hal sekecil ini, setakat potong kuku anak pun papa tak boleh buat dengan sempurna.
Mungkin sebab kuku ni kamu kerap muntah, demam dan batuk-batuk.
Tak boleh pandang enteng bakteria dan kuman yang ada di bawah kuku ni.
1 – Keluarga bakteria “enterobacteriaceae” banyak berkumpul di bawah kuku. Antara yang famous dalam keluarga bakteria ni ialah E-Coli dan Salmonela. Dua bakteria ni boleh bertahan berminggu dalam kuku walaupun kerap di basuh.
2 – Dua bakteria ni sahaja sudah cukup untuk buat anak jatuh sakit. Boleh kena demam, selsema, cirit birit dan muntah-muntah tau kalau bakteria ni dah termasuk ke dalam rongga badan anak kita.
3 – Anak juga berisiko kena jangkitan kulit di sekitar kuku. Boleh buat carian di google “paronychia” sejenis jangkitan kulit di sekitar kuku. Bahaya tau paronychia ni.
4 – Ada 2 jenis paronychia:
➡️ Acute paronychia
Jangkitan tak lama, boleh baik dengan cepat.
➡️ Chronic paronychia
Jangkitan ini lebih serius sebab nak baik tu susah, dan boleh berulang-ulang kali kena.
Senang cerita lebihan kuku ni wajib kena buang. Kalau tak buang ia tak elok untuk kebersihan dan kesihatan anak kita.
Cuba bayangkan anak main pasir, main di tapak permaian, salam tangan orang, korek telinga, garu punggung, cebuk lepas buang air dan banyak lagi aktiviti diorang yang kita tak perasan.
Setiap aktiviti ini akan tinggalkan kuman dan bakteria dalam kuku.
Lepas tu tangan yang sama guna untuk makan. Masuk ke mulut bukan sahaja makanan tapi sisa bakteria dari aktiviti seharian tadi. Geli wei kalau kita boleh nampak kuman ni dengan mata kasar.
Lagipun aktiviti potong kuku ni ialah ikatan kecil ( small bonding ) antara ayah dan anak. Walaupun kecil ia kerap kena buat. Ikatan kecil ini kalau betul cara buatnya anak akan ingat sampai bila-bila.
Jom semak kuku anak kita, kemas atau tidak.
Mohd Fhais
Nak ajar anak tentang kebersihan, mulakan dari kuku.
p/s : Begitulah, sebenarnya ramai lagi orang yang terleka dengan kerja dan lupa tentang tanggungjawab kecil ni, tolong sampaikan pada mereka ya sebagai peringatan.
**Banyak lagi ilmu #notakekeluargaanfhais dalam channel telegram ni, ada 17,654 subriber dah.
Jemput join ? t.me/CoretanFhais