Perkongsian tentang pengeluaran EPF akaun 2 untuk tujuan mengurangkan baki pembiayaan, umumnya cara ini ramai antara kita melakukannya.
Pun begitu, apabila dibuat kira-kira untung ruginya siapa sangka ada lagi pilihan yang lebih bijak dan praktikal untuk sama-sama kita fikirkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khairul Ezuwan
Guna EPF akaun 2 untuk tujuan mengurangkan Baki pembiayaan Rumah bukan satu langkah terbaik.
Contoh pembiayaan Rumah = RM150,000
Rate = 4.5%
Tempoh pembiayaan = 35 tahun
Installment bulanan = RM710
CARA 1 = guna RM30,000 EPF AC 2, bayar kepada principal pembiayaan.
CARA 2= biarkan RM30,000 dalam EPF AC 2, selesaikan pembiayaan rumah bila tiba waktunya. Ilustrasi dividen tahunan EPF 6%.
*Anggap dalam EPF AC 2 Tiada penambahan caruman.
Ads
CARA 1
➖➖➖
Pembiayaan RM150,000, keluarkan RM30,000 dari EPF AC 2 untuk mengurangkan baki principal pembiayaan menjadi RM120,000. Kekalkan bayaran bulanan yang sama RM710 . Pembiayaan tersebut akan habis dalam tempoh 269 bulan atau 151 bulan lebih awal daripada tempoh asal 420 bulan @ 35 tahun.
Kesimpulan: pembiayaan rumah akan tamat dalam tempoh 269 bulan.
CARA 2
➖➖➖
Pembiayaan RM150,000, instalment bulanan RM710. Kekalkan RM30,000 dalam akaun EPF AC 2 dengan ilustrasi dividen compound setahun 6%, dalam tempoh 240 bulan @ 20 tahun , menghasilkan RM96,000.
Baki pembiayaan rumah selepas 240 bulan @ 20 tahun = RM93,000.
Gunakan cash yang ada dalam EPF AC 2 tersebut untuk buat full settlement rumah.
Ads
Kesimpulan: pembiayaan rumah akan tamat dalam tempoh 240 bulan + RM3,000
__________________________________________
Perbezaan antara keduanya (29 bulan x RM710) + RM3,000 = RM23,590
Jimat = RM23,590✔️
Result = CARA 2 adalah lebih baik daripada CARA 1
Ads
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* formula ini tidak terpakai untuk mereka yang menggunakan EPF AC 2 untuk bayaran bulanan atas sebab mengurangkan komitmen bulanan.
* Tiada masalah untuk yang mahu membuat penyelesaian terus (Full Settlement) pembiayaan rumah menggunakan EPF AC 2.
* Formula ini tidak terpakai untuk Profit rate pembiayaan rumah yang lebih tinggi dari dividen tahunan EPF.
* Formula ini tidak terpakai jika mengurangkan baki pembiayaan menggunakan cash kerana cash mudah cair berbanding EPF AC 2. Daripada habis begitu sahaja, lebih baik bayar kepada principal rumah. Cash tersebut.
* Kepada yang mahu guna juga EPF AC 2 untuk pengurangan baki, pon boleh, still jimat , cuma kaedah ini bukan memberi kesan impak maksima kepada penggunaan faedah @ kemudahan AC 2 EPF.
Dialog seorang rakan berbangsa cina: “I tak mau keluar EPF AC 2 untuk kurangkan baki loan rumah sebab EPF punya dividen lagi tinggi dari interest rumah ma. Baik I biar duit tu dalam EPF, I akan kasi guna kalau satu hari I ada problem mau bayar instalment rumah. Tapi kalau ada duit lebih I kasi campak bayar principal rumah sebab kalau I simpan kat Fix Deposit cuma dapat 3% ajer, Baik I bayar rumah jimat 4.5% . Tapi kalau I macam u orang Bumiputera, banyak untung Boleh masuk ASB dapat dividen lebih 7% , I sendiri tak mau bayar extra pada rumah , Baik I simpan kat ASB. Rumah kalau mati MRTA cover ma. Apa mau risau”. Kalau dah pencen nanti pon belum tentu I kasi keluar dari EPF sebab EPF punya dividen lagi banyak dari simpan sama bank “.
Bukan semua benda kita boleh ikut, tapi apa yang dikatakan, ada juga kebenarannya.
Bagaimanapon , membayar hutang dengan cepat itu digalak & dianjurkan dalam Islam . Cuma kita perlu fikirkan langkah yang terbaik supaya ia berlaku lebih pantas.
Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum membuatkan perut mula rasa lapar. Terbayang akan keenakannya. Asyik membeli je, apa kata ibu-ibu buat je sendiri di rumah.
Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan. Sekali buat terus menjadi. Sebelum puasa try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya
. MEXICAN BUN
Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1biji telur A
1sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub) Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1jam. 2. Siap uli rehatkan selama 15minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag. 4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30minit. Letak topping atas. 6. Bakar pada suhu 170 selama 20minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu) SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila sebut Kek Coklat, yang terbayang rasanya yang enak dan sedap. Kalau ibu-ibu nak cuba buat boleh lihat resipi yang dikongsikan oleh saudara Saiful. Jom cuba, pasti anak-anak sukakannya. #ChocolateMoistCake Sukatan cawan 200% jadi..mudah & cepat
3 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula caster
2 cawan susu cair
Setengah cawan susu pekat
2 cawan minyak jagung
3 biji telur Gred A
Sedikit serbuk bikarbonat
Sedikit serbuk penaik
Esen vanilla Cara membuat: Bakar suhu 125 degree 45 minit
(Bahan dapat 2 loyang mcm dlm gambar saiz 10 inci) Nak kukus pun boleh, suka hati ampa la..
Asal nama cawan boleh jer.., janji semua sukat dgn cawan Ganache
250ml Whipe Cream
200gm Dark Chocolate
20pgm White Chocolate ***Resepi ni sy dah share caranya sebelum ni, lengkap . Sila scroll semula .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun ini pastinya sambutan Deepavali suram kerana negara dilanda pandemik Covid-19 , ditambah pula kerajaan melaksanakan PKPB. Namun bagi keluarga L. Linda Kasturi dan R. Karthik mungkin sedikit berbeza. Apa tidaknya, tahun ini lebih bermakna apabila mereka akan menyambut perayaan itu Sabtu ini dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.
Lebih unik, Linda dan suaminya, Karthik, masing-masing berusia 39 dan 35 tahun itu turut mempelawa Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lalu, walaupun mereka tidak pernah mengenali sebelum ini.
Bercerita lanjut mengenainya, Linda berkata Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika beliau dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.
Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Mohamad Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
“Niat saya ketika itu adalah hanya untuk membeli peti ais namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.
“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama saya kerana rumah saya mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” kata Linda ketika ditemui di sini, hari ini.
Seperti prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, kehidupan kesemua mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.
“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih. Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya dan menambah beliau turut menjaga ibunya S.Kamala Devi, 60.
Ibu kepada dua orang anak itu yang berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata kehadiran pasangan berkenaan telah ‘melengkapkan’ lagi keluarganya dan bertekad untuk menjaga mereka selama yang mampu.
“Biarlah ibu dan ayah berada di sini.Saya juga ada niat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah saya ini kerana anak-anak sudah mula rapat dan sangat menyayangi mereka,” katanya dan menambah sambutan Deepavali kali ini akan disambut secara sederhana berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
Sementara itu, Mohamad Fakhrulzaman yang menghidap angin ahmar sejak tahun lepas berkata keluarga berkenaan melayannya dan isteri seperti keluarga sendiri malah dia sendiri berasa selesa dan tidak kekok bergaul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Linda dan keluarganya banyak membantu saya dan isteri selain menjaga kami dengan baik. Saya amat terhutang budi kepada Linda kerana sanggup membawa saya tinggal bersama dengan keluarganya dan makanan diberikan halal. Saya tidak kisah apa orang luar nak kata tetapi saya dan keluarga ini sahaja yang tahu betapa erat dan kasihnya kami sekeluarga,” katanya.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun itu berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kesemua anak-anaknya dengan empat daripadanya berada dalam jagaan ibu kandungnya di Maran, Pahang, manakala seorang lagi di bawah jagaan ibu kepada isterinya di Indonesia kerana bersekolah di sebuah madrasah di Jawa Timur.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.