Langkah Demi Langkah Buat Cili Kisar Tahan Hingga 3 Minggu. Elok Je Dalam Peti Asi Tak Berbau Dan Berkulat.

Share

Selalu beli cili boh kat supermarket, simpan tak sampai seminggu, dah berkulat & berbau. Padahal baru guna sekali dua untuk masak. Frust betul.

Nak tahu cara yang mudah nak simpan cili tahan lama, ni caranya.

Langkah Demi Langkah Buat Cili Kisar Tahan Hingga 3 Minggu. Elok Je Dalam Peti Asi Tak Berbau Dan Berkulat.

So meh Kak Izz tunjuk cara buat cili boh yang boleh tahan lama sampai 3 minggu tau. Elok je dalam fridge tak kulat & tak berbau. 
1. Gunting cili kering kecik-kecik. Senang nak bagi biji cili tu keluar.
2. Dah siap, tampi guna penapis. Part ni paling best. Puas hati bila tengok biji keluar.
3. Rebus cili kering. Tambah sesudu garam. Rebus dalam 15-20 minit.


4. Lepas rebus, air rebusan tu buang. Tengok air rebus tu kadang-kadang hitam kan. So buang, bilas dengan air, nanti ada lagi saki baki biji terkeluar.
5. Kisar macam biasa. Tambah air ikutlah boleh blend (Kak Izz guna air Coway suhu biasa). Tambah sesudu minyak masak. Ni petua Ibu untuk kasi tahan lama.
6. Dah siap botolkan. Kak Izz asing-asingkan dapat 3 botol, so kalau nak masak guna satu-satu dulu. Heee.

Selamat mencubaaaaa.

Edit : Kalau nak guna chopper pun boleh juga. Tapi make sure cilinya pilih betul-betul. Kadang-kadang ada tangkai, tamouk cili, habuk guni & pernah terjumpa gumpal rambut. Takut nanti termakan sekali.

Kredit: Fadiznuur Mohd Zin via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL