
Dah menjadi kebiasaan bila kemalangan kecil berlaku antara kereta dan motorsikal, penunggang motorsikal tersebut pasti akan melarikan diri.
Namun berbeza dengan satu video tular ini di mana seorang adik yang berumur 19 tahun dan merupakan seorang penghantar makanan mengaku kesalahan dan berhenti selepas melanggar sebuah kereta mewah.
Sikapnya itu telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon, Fasha Sandha yang memuat naik di laman Instagramnya menjejaki pemuda tersebut.
“Kepada adik ini, sila hubungi kakak. Saya ada hadiah nak bagi memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.
Ada sesetengah ‘rider’ lari selepas langgar cermin sisi kereta kerana risau kena bayar. Kadang-kadang kita bukan nak suruh bayar pun, minta maaf pun sudah memadai”.
Tambahnya, sifat pemuda itu tidak melarikan diri dan bertanggungjawab atas kesilapannya wajar diberikan pujian dan contoh kepada orang lain.
Sebagai tanda penghargaan atas sikap bertanggungjawab pemuda itu, Fasha menjadikan medium media sosial untuk menjejaki penunggang motosikal dan memberikannya hadiah.
Dalam pada itu, Fasha turut memuji sikap pemilik kenderaan Toyota Vellfire yang tidak meminta sebarang ganti rugi selepas pemuda berkenaan melanggar bahagian kiri kereta berkenaan.
Fasha yang terharu dengan sikap kedua-duanya turut menitipkan pesanan buat adik lelakinya sendiri agar mengamalkan perkara sama jika berdepan situasi serupa.
“Adik ini harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motosikal termasuk adik saya sendiri. Sekiranya ada terlanggar atau melakukan kesalahan, berhentilah untuk memohon maaf.
“Pujian buat abang kereta besar ini juga atas kemuliaan hatinya, bagi adik ini pergi tanpa bayaran,” tambahnya.
Sumber : Instagram Fasha Sandha
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga

Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Selamat Tinggal Montreal 22 Tahun Tinggal Di Negara Orang, Azah Aziz Akhirnya Kembali Ke Malaysia!
Anak Dah Berusia 26 Tahun, Azah Aziz Masih Kekal Cantik Awet Muda! The Queen In The House
Best Momen Dapat Berkumpul Adik Beradik Reunion Azah Aziz Undang Sebak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Hadiah Bernilai RM17K, Kucing “Bawal Exclusive” Sambut Ulang Tahun Di Butik Jenama Mewah

Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja tentang kucing, pasti kita terbayang kerenahnya yang comel. Satu pilihan yang tepat bagi pemilik kucing di luar sana untuk memelihara si bulus comel ini.
Malah, ada pemilik yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Bukan sahaja diberi makan dan tempat tinggal, ada yang menyambut hari lahir “anak” mereka setiap tahun.
Pengasas jenama tudung ‘Bawal Exclusive’, Haliza Maysuri sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit sempena menyambut ulang tahun kucing peliharaannya, Money yang ke-7.
Haliza turut menempah baju kucing khas daripada pereka fesyen terkenal Malaysia iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim.
Baju kucing itu dilihat gah dan mewah dihiasi dengan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung serta pengguna setia jenama tudung tersebut.
DIJEMPUT OLEH BUTIK JENAMA MEWAH SEMPENA HARI JADI
Namun, kucing tersebut sangat bertuah apabila dijemput oleh butik jenama mewah Louis Vuitton bagi menyambut hari jadinya di butik itu di The Gardens, Kuala Lumpur.
Jelas Haliza melalui hantaran di akaun Instagramnya, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh jenama itu. Wah sangat beruntung.
Malah, haiwan berkenaan turut diberi kejutan kek dan hadiah dari jenama mewah itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah hadiah beg yang bernilai RM17, 400.
Dikatakan hadiah tersebut merupakan pemberian daripada suami Haliza untuk kucing kesayangannya itu yang ditempah khas dari Paris.
NETIZEN TUMPANG GEMBIRA DENGAN LAYANAN YANG DIBERIKAN
Video yang dikongsikan oleh Haliza mengundang perhatian warganet. Ruangan komen dipenuhi dengan warganet yang teruja melihat sambutan hari jadi itu.
Ia bukan satu perkara yang biasa dilihat oleh orang di negara kita.
“Memang cantik Money ni, pembawa rezeki mama dan papa dia,” – Netizen
Yang paling menyentuh hati apabila ada yang memuji mereka sekeluarga kerana memberikan layanan yang baik terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW.
Ada juga yang mencemuh kerana menganggap ia satu pembaziran. Katanya wang itu boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik.
MESTI BACA: DIY Minyak Kunyit Untuk Kucing Luka & Berkurap, Natural & Tiada Toksik
Pasir Kristal Kucing Boleh Hilangkan Kulat Dalam Almari? Begini Cara Nak Buat
Kutu Kucing Boleh Sebabkan Masalah Kulit, Begini Cara Nak ‘Tangkapnya’
SUMBER: BUZZKINI
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Ni Sifat Marah Terpuji.” 4 Pengajaran Will Smith Tampar Chris Rock, Melawak Tentang Isteri Yang Sakit.

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Sinonim dengan ini, berita tular kini, Pelawak, Chris Rock ditampar oleh pelakon, Will Smith di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) sebentar tadi selepas membuat lawak kurang ajar mengenai isterinya, Jada Pinkett Smith.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi di media sosial mengenak insiden yang menggemparkan hiburan seluruh dunia.
Kita ke Hollywood sebentar untuk ambil pengajaran
1. Malam tadi ( saya pun tak pernah tengok) berlaku insiden besar di Acara Oscar apabila Pelawak terkenal Chris Rock ditampar Will smith apabila Chris Rock buat lawak berkaitan isteri Will Smith.
2. Isteri WS Jada Smith sakit apolecia, jadi rambut isterinya gugur. Chris Rock jadikan Jada bahan lawak dengan label isteri WS GI Jane.
G.I jane ni watak dalam movie yang botak so melawak fizikal (botak) sedangkan botak orang tu Sebab sakit.
3. WS feels offended dan naik pentas bagi pelempang dekat pelawak.
Makan lempang live satu dunia.
4. Melawak Fizikal tak pernah dibenarkan oleh Baginda Nabi Sallahu alaihi wassalam
Pernah Nabi Sallahu alaihi wassalam Marah mereka yang perolok, mentertawakan Kulit hitam sahabat nabi dan memperolok betis keding/ Kurus Sahabat bernama Abdullah Ibnu Mas’ud.
Benarlah kata Pelawak Lagenda Saiful Apek
” Malaysia melawak dah terlalu mengikut barat yang suka roasting Batang tubuh orang lain”
Dan benar kata Dato Rosyam Noor
” Melawak fizikal orang lain hanya menunjukkan kamu tiada bahan untuk berjenaka “
“Ni Sifar Marah Terpuji.”
Ada yang memuji Smith mempertahankan maruah isterinya ada juga kecam tindakannya yang tidak bersikap ‘cool’.

Untuk rekod, Rock sebelum itu mempersenda Pinkett dengan menggambarkannya sebagai watak wanita berkepala botak dalam filem GI Jane 2 lakonan Demi Moore.
“Jada, saya sayang awak, GI Jane 2. Tak sabar nak tengok,” katanya.
Jada yang botak berubah air muka bila dipersenda dikhalayak umum. Suaminya yang awalnya gelak dengan lawak Chris Rock terus bangkit mempertahankan maruah isterinya bila isterinya dimalukan di khalayak ramai. Perlu diingatkan, Jada Pinkett-Smith yang kini tampil dengan imej botak kerana masalah kesihatan.
Media antarabangsa melaporkan, Rock kemudiannya memohon maaf kepada Smith dan turut dileraikan oleh pelakon, Denzel Washington.
Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.
Sumber: Harian metro, Astro Awani dan Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.