Lancar Bacaannya! ‘Uncle’ Cina 71 Tahun Masih Sihat, Amal Baca Surah Yasin Rutin Harian

Share

Seorang lelaki meluahkan rasa terharu apabila lelaki warga emas yang bukan beragama Islam menjadikan hafalan surah Yassin sebagai amalan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang lelaki sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang dipandu oleh lelaki warga emas berbangsa Cina.

Paling menarik perhatian adalah pemandu tersebut boleh menghafal ayat Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

“Kisah petang tadi saya ambil Grab dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.

“Apabila saya bertanya tentang rahsianya, dia menjawab dia berdoa hari-hari dan membaca 17 ayat pertama dari surah Yassin.” tulisnya.

Dalam pada itu, penumpang tersebut turut berasa sebak apabila mendengar warga emas berkenaan dapat menghafal dua kalimah syahadah.

“Ini semua hasil pergaualannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu sewaktu bekerja dahulu.

Mengalir air mata saya mendengarnya.” tambahnya.

@rosenikay Allahuakhbar ..semoga uncle ni diberi hidayah..#fyp #foryou #foryoupage #sharing ♬ original sound – R Kamaruddin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan hafalan lelaki tersebut selain mengagumi dirinya yang masih gigih mencari rezeki pada usia senja. Malah mereka juga tidak lupa untukmendoakan kesejahteraan warga emas berkenaan.

Sumber: TikTok