Lampu Lip Lap Bila Tergantung Lama Banyak Habuk. Begini Cara Nak Cuci Bersih!

Share

Pastinya sambutan Hari Raya kali ini berbeza cara sambutannya.  Tidak boleh berkunjung-kunjungan dan sekali gus terasa tidak meriah pula.

Pun begitu mood raya kita anak beranak perlu juga ada. Sekurang-kurangnya anak-anak tetap seronok beraya di rumah.

Bagaimana caranya tu?

Lain tidak bukan, untuk menambahkan kemeriahan sambutan raya adalah dengan menggantung lampu string light atau  ada juga menamakan lampu klip-klip atau lampu lip lap.

Jika sebelum ini tiada bolehlah dibeli dan digantung, jika sudah sedia ada tergantung lampu tersebut, tentu keadaannya berhabuk,bukan?

Jadi disini dikongsikan tip untuk anda nak pastikan lampu kekal bersih dan mudah pula untuk disimpan agar tahan lama.

Ini perkongsiannya.


Nak dekat raya nanti mesti ada yang guna string light aka lampu lip lap kan?

Walaupun sambutan raya tahun ni pasti berbeza, tapi insyaAllah kitorang tetap akan gantung lampu ni supaya ada “mood” raya & tak nak rasa stres² sangat..

Guna lampu liplap ni, bila dah tergantung lama, banyak habuk yang melekat walaupun dah buang habuk tiap kali masa bersihkan rumah tu.

Yelah, banyak lampu kecik² & wayar panjang berpintal², memang mustahil dapat lap satu² sampai bersih. Korang tau tak lampu lip lap ni boleh dibasuh kalau dah banyak sangat habuk melekat?

Dari zaman sekolah dulu, memang selalunya saya yang kena bersihkan bab² lampu ni. Sampai sekarang pun masih basuh macam ni..

Nak basuh lampu ni kena elakkan bahagian kepala suiz/sambungan kat hujung & controller lampu tu dari terkena air.

Boleh bungkus bahagian ni dalam plastik biasa tu & simpulkan/kemaskan ikatan. Boleh jugak tinggikan/gantung bahagian ni masa basuh tu.

Biasanya lepas jirus/spray air gunakan hos paip, saya celup bahagian lampu dalam air sabun & berus dengan berus lembut. Bilas, tos & lap dengan kain.

Jemur bawah matahari 1-2 hari camtu supaya bahagian dalam lampu tu BETUL² KERING. Selalunya saya jemur matahari 2 hari & biarkan 1-2 hari lagi tergantung dalam rumah SEBELUM HIDUPKAN lampu.

 

Kat rumah, bila dah tak nak guna lampu liplap ni memang saya gulung & lilit kat hanger macam ni. Nanti boleh terus simpan/sangkut & bila nak guna balik pun mudah jer ambil.

Sumber : Yatie Eimra