Sistem pencahayaan di dalam rumah bukan sahaja bertujuan untuk terangkan ruangan agar mudah untuk kita seisi keluarga dapat melakukan aktiviti di dalam rumah, namun perlu dilihat dari aspek kepentingan pencahayaan juga dapat memberi kesan dan mampu mencipta mood di dalam ruangan kediaman.
Jadi apa kata, yang mana teringin hendak ada lampu tergantung di dinding untuk menyerikan ruangan kediaman, lakukan apa yang dibuat oleh wanita ini. Semuanya boleh dibuat sendiri dan menariknya kos yang digunakan cukup murah!
Jom ketahui apa yang dilakukannya.
Lampu dinding bajet Eco
Seperti dijanjikan, hani kongsi langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang Eco ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat.
Tapi yang hani kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi hani. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yg utama
Benda yang perlu ada :
L-shape bracket – Eco RM2
bakul plastik – Eco RM2
lampu bateri – Eco RM2
plastik hook (hook ni special sbb dia punya hook boleh laras kedudukan pencangkuk dia) – Mr. DIY RM1.60 (utk 6 pcs, gambar dalam komen)
cat spray (hitam) – Eco RM2 (optional)
cable tie (hitam) – hani beli dari Eco juga
Keperluan lain
soldering gun
Cara Buat :
2. Masukkan cable tie dalam lubang.
3. Tetapkan kedudukan L-shape bracket. Dan “ikat” bracket tu dengan cable tie.
4. Dah siap. Bagi hani cara ni senang. Tinggal nak screw kan ke dinding je.
5. Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie utk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yg boleh laras beli kat Mr Diy tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.
7. Kat lampu tu hujung nya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.
8. Screwkan ‘L-shape bracket’ kat dinding. Ada yang pasangkan terbalik (upside down). Terpulang pada citarasa masing2. Hani lebih suka pasang mcm ni supaya nampak corak beralun pada bracket tu.
sumber : Hani Mynis
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club