“Lambat Rawat, Kemungkinan Tak Nampak Sebelah.” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Mata Anak Dijangkiti Kuman Dari Kucing Terbiar.

Share

Minggu lalu, seorang ibu berkongsi gambar mata anaknya dijangkiti kuman gara-gara memegang seekor kucing kurap.

Perkongsian puan Norizan Acu dimuat naik menerusi laman facebooknya. Semoga ia memberi manfaat dan peringatan kepada ibu bapa lain supaya alert dalam memastikan keselamatan anak masing-masing.

Terima kasih yang mendoakan airel zakwan.. Mata dia berpunca dari kucing kurap yang dia pegang hari tu.. Sebab die tak takut kucing.. Kucing yang takut dengan dia…. Hehehehe.. So doktor nak tahan wad.

“Kuman dia kuat sebab tu dia merebak dengan cepat… Tapi mama  tak boleh nak duduk wad sebab ada si debab Aida kat rumah.. So Airel kena kuarantin jelah kat rumah dulu sebab penyakit ni berjangkit.

“Tapi  mama  kena ulang alik klinik untuk sapu antibiotik kat mata dia…Alhmdulillah kuman ni tak merebak dalam mata Airel.. Kalau tak, lagi teruk.. Maafkan mama sayang tak dapat jaga Airel dengan baik… bertabah la mama..

Dia kemudiannya memuat naik perkongsian terbaru yang menyatakan anaknya kini semakin pulih.

Alhmdulillah lepas rawatan cuci dan letak cream antibiotik mata Airel dah kurang berair dan nanah pun takde dah… Kering dah luka nya.. Tapi still kene continue buat rawatan smpai betul2 sembuh…mama is risau.. Sebab melibatkan mata.. Kalau mama lambat buat rawatan kemungkinan Airel  tak nampk sebelah… Allahuakbar… Maafkan mama sayang…

Bahaya kuman…. Take note uolls.. Jangan bagi anak pegang-pegang kucing terbiar atau berkurap…antibodi anak tak kuat macam kita orang dewasa…sehari je kuman tu merebak cepat.

My hero muhammad airel zakwan..semakin pulih dengan jaya nya. Berkat doa rakan2,rakan2 fb dan ahli keluarga semua.. Alhmdulillah.. Tq korang..tak dapat nak ucap dengan kata2..tq so much semua…lega hati mama..takde la mama risau lagi.. 

“takde la nak berperang dengan Airel nak bagi makan ubat dan sapu ubat.. takde la nak dengar Airel duk teriak dalam bilik rawatan untuk cuci dan sapu cream antibiotik tu lagi.. Leganyeee.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..next appointment monday turn babah Jazmel Apex,”ujar Norizan lagi. 

Sumber: Facebook Norizan Acu