Laman Rumah Mak Banyak Pokok Ros, Semua Berbunga Lebat. Wanita Ni Kongsi Rahsianya!

Share

Bunga dan wanita memang begitu sinonim dikaitkan bersama. Malah wanita juga sering dikaitkan cantik seperti bunga. Dan apabila ditanya antara banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling digemari oleh wanita? Pelbagai jawapannya.

Mungkin ada yang sukakan bunga matahari, bunga kekwa dan macam-macam lagilah. Pun begitu pilihan bunga ros adalah yang paling biasa dan popular menjadi pilihan bunga yang digemari oleh wanita.

Disebalik warna-warni kelopak bunga mawar atau ros ini yang cukup indah dilihat, jadi tidak hairanlah ramai wanita teruja untuk menanam pokok bunga ros di laman rumah. Apa yang pasti, bila ditanam dan berbuna lebat dengan semulajadinya lanskap laman rumah akan terlihat berseri dan indah.

Pun begitu, sering juga ramai antara kita kecewa setiap kali cuba menanam pokok ros ini dek kerana bunga yang didambakan tidak juga berkembang mekar. Entah apa silapnya elok kiranya kita baca perkongsian daripada Nisa Azni Helmi Kasman ini apabila berkongsi tip bagaimana nak pastikan bunga ros berkembang mekar. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh ibunya dan terbukti berkesan. Jom semak.

1.Guna kulit telur sebagai rutin baja harian.

Kering kan kulit telur, blender kering. Setiap pagi, tabur sesudu teh di keliling pokok. Ini untuk subur. Sukatan rakyat Malaysia ialah. agak².

Kalau tak buat setiap hari, buat lah selang-selang hari. Sikit sudah.

2.Untuk cegah serangga kecil.

Gunakan cuka kayu. Masa beli cuka kayu tu, tanya bagaimana cara penggunaanya. Cara bancuh dan cara sembur.

3.Untuk bunuh kulat putih² bawah daun ( bena ke namanya)

Guna bawang putih, sebuku bawang putih, blender dengan 4 tangkai cili kering. Sembur ke pokok seminggu sekali. Air 1 lit.

4. Untuk fungus. Daun hitam-hitam tu.
Guna racun fungus. Beli di nursery.
Fungus ini terjadi sebab lembab. Terlebih air. Mungkin sebab hujan. Atau cuaca.

Beli dan tanya penjual itu cara guna, jangan tanya saya. Sebab brand kita tak sama.

Dan saya tiada brand. Just beli di nursery dan tanya cara bancuhan dan penggunaanya.

Alhamdullilah.
Subahanallah.
Moga bermanfaat.

Laman rumah mak.

sumber : Nisa Azni Helmi Kasman