Laman Penuh Ros Jepun! Suami Isteri Ni Tanam & Jaga Sama-sama, Sweet Sangat!

Share

Apabila diajukan soalan kepada Puan Latifah Ismail, apa istimewanya bunga Ros Jepun ni yang menyebabkan banyak ditanam di sekeliling laman rumahnya, ini jawabnya.

1. Rose Jepun mudah ditanam. semaian pokok-pokok baru dilakukan dengan hanya memotong ranting-ranting baharu dari pokok-pokok yang lama.

2. Rose Jepun murah
Rose Jepun boleh didapati benihnya di banyak nursery lain eg. Di Sungai Buloh & etc Dan dijual dengan harga yang murah.

3. Ros Jepun sesuai ditanam di cuaca tempat tinggal saya di Subang Jaya Selangor.

Inspirasi

Menyentuh tentangt inspirasi bermulanya timbul minat menanam pokok bunga Ros Jepun dan  beberapa jenis bunga lainnya. Siapa sangka datangnya setelah banyak kali melancong ke luar negara.

”Saya dan suami sering keluar negara untuk melancong. Berkesempatan melihat di beberapa  garden-garden bunga dunia, contohnya Keukenhof Tulips garden di Amsterdam dan selalu juga ke Jepun ketika musim Sakura/ Cherry Blossom membuat kan kami teruja adakan mini garden di laman rumah kecil ini.”

“Rasa segar dan fresh sambil boleh cuci mata. Ini yang saya boleh gambarkan tiap kali melihat pokok-pokok bunga di laman rumah ni.

“Dulu semasa belajar di Jepun, di UK & melancong, saya suka dan sentiasa lihat bunga-bunga fresh ini.”

Kongsi Tips Rutin Penjagaan Ros Jepun 

1.Sentiasa replanting.

2.Sentiasa siram satu hari sekali di petang hari atau esok pagi.

3. Bila portion tanah waktu semain,
Campurkan tanah + 1 sudu baja pokok ( kami pakai baja Pejabat Pertanian) bagi setiap pasu kecil.

4. Seminggu sekali siramkan baja bunga.
( Boleh beli baja bunga ini dari Nursery di Sg. Buloh.)

Manakala dalam hal perletakkan pasu bunga dan susun atur, nyata pasangan suami isteri saling bantu membantu.

”Yang banyak membantu adalah suami saya yang suka bercucuk tanam. Dia jugalah  yang buat welding besi supaya bunga-bungaan boleh disusun bertingkat-tingkat.

”Pasu-pasu bunga hendaklah diletak di bawah cahaya matahari dan pokok berangin jika letak bertingkat. ”

Sumber: Latifah Ismail