Seringkali bila sujud yang terakhir ada yang melakukannya dalam tempoh yang agak lama berbanding sujud sebelumnya. Mungkin ini menimbulkan tanda tanya sebahagian antara kita dan tahukah anda, umumnya sujud yang lama itu akan dibaca berserta dengan doa.
Bahkan hukumnya sunat berdoa di sujud terkahir sebagaimana yang dijelaskan di fb Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan menurut perkongsian di Majlis Ilmu, terdapat 3 doa yang luar biasa dan bacalah doa ini ketika sedang sujud terakhir. Ini perkongsiannya.
3 DOA LUAR BIASA
Bacalah 3 Doa Ini Ketika Sujud Terakhir Dalam Sholat, Manfaatnya Luar Biasa. Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.
1. Mintalah diwafatkan dalam Keadaan khusnul khotimah
“Allahumma inni as’aluka husnal khotimah”
2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan taubat sebelum wafat
“Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut”
Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”
3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas agamanya
“Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika”
Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Sumber : Majlis Ilmu
Dan ini pula penerangan lanjut daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء
Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”
Riwayat Muslim dan al-Nasaie.
Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.
Wallahuaʿlam
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club