
Desas-desus perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akhirnya disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Dalam majlis tersebut, Neelofa sah bergelar isteri kepada lelaki dicintainyaPU Riz, dengan sekali lafaz sahaja.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
Pihak pengantin perempuan tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018. Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Memilih konsep Jabal Rahmah, majlis tersebut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan tema pilihan pengantin.
Sumber: Berita Harian Online
Disahkan Kanser, Namun Ucap Syukur Dapat ‘Hadiah’dari Allah. Ustaz Hanafi Kongsi Kisah Selepas Disahkan Kanser Limfoma Tahap Empat. Inspirasi!

Kanser adalah suatu penyakit yang amat digeruni oleh semua manusia. Sehingga kini, belum ada ubat yang mampu menyembuhkan penghidapnya. Sebaliknya hanya rawatan termasuk kemoterapi untuk serangan penyakit ini.
Namun, tidak bermakna apabila disahkan menghidap penyakit ini, dunia sudah berakhir, hidup sudah musnah, hanya menunggu hati kematian sahaja. Hakikatnya kini, ramai penghidap kanser kekal meneruskan kehidupan.
Biarpun rasa sakit bila serangan kanser datang, mereka tetap tabah. Kehidupan pesakit pula sentiasa dalam aura positif.
Sebagaimana kisah yang sungguh inspirasi yang dipaparkan ini. Seorang penceramah bebas yang dikenali ramai iaitu Mohamed Hanfiah bin Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi yang merupakan seorang penghidap kanser limfoma tahap empat disahkan pada 31 Januari 2017.
Perkongsian yang penuh tersirat ini untuk kita teliti bahawa kehidupan ini, apa jua rintangan yang datang harus sentiasa positif.
Ikuti perkongsian ini.
Nama saya Mohamed Hanfiah bin Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi. Saya penghidap kanser limfoma tahap empat disahkan pada 31 Januari 2017. Saya telah melalui pembedahan dan kometerapi.
SEORANG YANG AKTIF
Alhamdulillah saya seorang pendakwah bebas yang berkhidmat dengan sebuah NGO.
Sebelum saya disahkan kanser, saya seorang jurulatih silat, Silat Gerak Pusaka Malaysia. Saya jurulatih Chi Kong. Pernah memenangi perlawanan tenis di Melaka. Pernah memenangi tempat ke 3 pertandingan Free Fight Martial Art dunia. Saya terlalu banyak lakukan aktiviti lasak yang saya ceburi. Saya pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310 km/h.
Saya ada puching bag. Hari-hari saya buat lebih kurang 100 tumbukan dan tendangan.
Saya mampu berkayuh basikal sejauh 20km satu hari. Saya sangat minat dengan aktiviti rat mengangkat berat di gym.
PERUBAHAN DIRI SANGKA PEKARA BIASA
Walaupun saya makan banyak, badan saya tetap kurus tapi perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam, buang air besar keluar darah,juga batuk keluar darah. Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya motivator, saya bagi semangat kat orang agaknya menjerit lebih sikit keluar darah. Buang air besar keluar darah kemungkinan besar saya sangka saya salah makan. Jadi itulah sangkaan saya.
DOA DEPAN KAABAH
Sehinggalah ketika saya ke Mekah membawa jemaah umrah, saya rasa kenapalah badan aku makin lama makin lemah. Saya minum air Zam-Zam, saya doa depan Kaabah.
‘Ya Allah, kalau ada penyakit dalam badan aku ni, Kau keluarkan lah.’
Sampai di hotel perut saya memulas dan saya buang air besar tu yang keluar bukan air besar tapi darah. Lebih kurang dalam dua gayong kalau tak silap saya. Terlalu banyak darah yang keluar.
Tapi insyaAllah tiada lagi undangan ceramah yang saya tak penuhi. Saya tetap pergi ceramah walaupun dengan keadaan yang lemah.
GEMAR MAKANAN FROZEN
Saya pernah melakukan diet, tapi diet saya silap. Saya nak turunkan berat saya 130kg, saya pergi gym tapi dalam masa yang sama saya suka makan yong tau foo, fishball, fishcake, crabstik.
Macam-macam dan terlalu banyak makanan yang segera saya makan. Akhirnya menyebabkan saya diagnose kanser.
DISAHKAN KANSER, UCAP SYUKUR DAPAT ‘HADIAH’DARI ALLAH
Apabila doktor bagitahu saya menghidap kanser, perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah alhamdulillah. Alhamdulilah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahman. Alhamdulillah Ya Rahim. Terima kasih Ya Allah, dalan jutaan orang di dunia ni Engkau pilih aku untuk menerima hadiah yang sebesar ini.
POTONG USUS SEPANJANG 1.4 METER
Doktor pun terkejut kenapa ustaz sebut Alhamdulillah, ustaz tak panik ke apa ker,saya kata tak. Saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.Alhamdulillah, esok pagi tu kami terpaksa lakukan pembedahan secepat mungkin.
31 Januari dapat tahu, 1 Februari terus lakukan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan yang mengambil masa 5 jam itu, berjaya mengeluarkan kanser saya lebih kurang besar ketap saya ni, berat satu kilogram. Usus saya juga ada kanser hingga terpaksa dipotong 1.4 meter antara yang terpanjang pernah dipotong dalam sejarah.
DOA JANGAN TARIK NIKMAT BERDAKWAH DAN SOLAT BERJEMAAH
Saya tiada terdetik perasaan , kenapa Alla uji aku macam ini, aku muda lagi, jadi apa yang saya buat , saya doa kepada Allah. ‘Ya Allah Engkau nak ambil nikmat yang lain, silakan Allah, tapi Engkau jangan ambil dua nikmat daripada aku iaitu berdakwah dan solat berjemaah.
KIMOTERAPI KE EMPAT, LARI DARI HOSPITAL
Masa sesi komoterapi ada satu kisah menarik, saya ketika itu, sesi kimoterapi yang ke empat. Saya lari daripada hospital sebab malam tu saya telah berjanji untuk menyampaikan ceramah di Angkatan Tentera Udara Malaysia di Sungai Besi. Saya terpaksa minta tolong PA ambil saya, larikan saya sekejap lepas tu balik. Balik dari ceramah, saya sampai hospital kena marah tapi saya dah berjanji, janji kena tunaikan.
TETAP KUAT DAN CERIA WALAUPUN SAKIT
Adalah pembohong besar, mereka yang kena kanser, kata tak sakit. Sakitnya sampai hari ini masih rasa sakit. Kemudiannya badan kita sangat lemah cuma yang boleh menyebabkan saya kuat mungkin berkat doa orang ramai.
Saya koma lima hari. Saya tidak sedar apa. tapi bila saya sedar orang datang walaupun tengah sakit saya akan senyum dan akan buat tangan macam ni (thumbs up). Saya pun tak tahu kekuatan tu mana datang.
HADAPI MASALAH KEWANGAN SETELAH TIADA JEMPUTAN CERAMAH
Saya ada sebuah motor yang saya sayang. Motor Kawasaki GTR 1400. Saya memang minat motor tu. Motor tu saya kumpul dengan susah payah nak beli. Tiba-tiba bila dapat tahu kanser saya ada masalah kewangan. Sebab bila berita tersebar melalui media massa
dan surat khabar, jadi apa berlaku ramai orang tak panggil saya ceramah. Sebab orang kata Ustaz Hanafi sakit, jadi hilang sumber pendapatan. Suatu cabang yang besar. Akhirnya apa yang berlaku. Saya terpaksa jual motor tu. Itulah yang agak sedih kan. Kemudiannya keluarga saya, terpaksa kurangkan kos pembelajaan lah. Ketika itu beberapa aset saya terpaksa jual untuk menampung rawatan kos kemoterapi.
KUAT SEMANGAT UNTUK KELUARGA
Saya bila berhadapan dengan isteri dengan anak-anak saya, saya takut mereka rasa lemah, rasa takut. Jadi saya sentiasa senyum. Postif, bagi mereka semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya.
Mission saya nak siapkan sekolah tahfiz anak yatim. Alhamdulilah dapat dibina dan madrasah dan surau untuk arwah mak saya. Dan juga sebuah rumah pemulihan akhlak di Bendang Limbong Taiping Perak. Jadi saya ada mission, saya minta izin kepada Allah. Ya Allah siapkan ini dulu. Alhamdulillah sekarang dah siap.
PESANAN JAGA MAKAN, BERHENTI SEBELUM KENYANG
Bagi mereka yang belum kena kanser, jangan berlagak lah, jangan angkuh dan jangan sombong. Allah tak suka orang sombong. Jangan cabar Allah. Aku hisap rokok banyak mana pun aku tak kena kanser. Aku makan apa sahaja tak kena kanser. Aku makan apa sahaja pun tak kena kanser. Aku tak ikut diet, aku ni darah tingii tak kena kanser pun. Jangan cabar Allah.
Saya kena kanser ini kemungkinan besar dosa saya tak jaga makan.
Saya memang suka makan. Saya ride ke utara ke mana pun saya suka makan. Dan saya makan saya tak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, berhenti sebelum kenyang. Saya nak makan apa saya makan je.
Sehingga Allah bagi balasan macam ni teguran kepada saya. Usus saya telah dipotong 1.4 meter. Itu pada saya.. Ya Allah. Sampai hari ni rasa tak selesa tu ada. Sakit tu masih ada.
AMALKAN FORMULA 5S 2Z INI.
Bagi pesakit kanser yang sedang melawan sakit kanser, saya bagi formula 5S 2Z.
S pertama adalah syukur atau sabar. The power when you said Alhamdulillah, jiwa mu akan jadi lapang, hati mu akan jadi tenang. Kita akan tenang berhadapan dengan ujian. Tenang ketika menerima rawatan. Tenang apabila berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur.
S kedua adalah bersangka baik. Orang cakap ustaz you so positive. Sehingga doktor-doktor tak pernah jumpa pesakit kanser macam ustaz. The king of positif thinking adalah bersangka baik kepada Allah.Apa yang Allah nak bagi lepas ini. Apa sebab Allah bagi sakit kanser kat aku untuk apa. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah akan bagi sama ada syurga atau ada nikmat dunia yang lain atau saya menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain.
S solat. Sakit macam mana pun, jangan tinggal solat. Alhamdulillah, saya koma lima hari,mengikut cerita isteri saya, setiap kali azan, saya tersedar dan saya tayammum. Saya solat. Lepas solat, saya koma balik. Wallahualam.
Seterusnya adalah sedekah. Saya tak banyak duit ketika itu masalah kewangan yang besar. Jemputan ceramah kurang. Memang boleh dikatakan duit tu hampir tak ada. Tapi saya cuba setiap kali solat subuh jemaah di masjid saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sebab sedekah ini boleh memadamkan dosa. Jadi sedekah ini menyebabkan mungkin dosa itu Allah padam, kemurkaan Allah padam. Jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit.
Seterusnya S lima adalah supplement ni sata bertaubat lah tak nak makan macam dulu. Makan makanan yang sihat, makan makanan yang seimbang. Saya rajin membaca buku dalam dan luar negara bagaimana merawat kanser melalui pemakanan.
Bagi 2Z iaitu Zikir Allah. Pesakit kanser yang sedang menghadapan degan sakit ini, tolonglah banyak zikir. Kita tak tahu bila kita mati. Jadi biarlah kita mati dengan mampu menyebut raja segala zikir, laillahaillah sampai mati sebut laillahaillah ..masuk syurga. Lepas zikir, saya banyakkan ziarah.
Barang siapa yang bertawakal Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberikan bantuan. Wallahualam.
Sumber: Ideaktiv Sdn Bhd
Doktor Ini Kongsi Kisah Pilu, Kes Seorang Ibu Anak Dua Yang Mengidap Kanser Payudara.

Menerusi laman facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad telah dikongsikan kisah seorang ibu yang juga merupakan seorang peguam dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, bertarung dengan penyakit kanser payudara. Pelbagai jenis rawatan telah dijalaninya dan akhirnya dikatil hospital itu jualah wanita cekal tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ikuti perkongsian doktor ini, menceritakan situasinya berdepan dengan keluarga pesakit.
KISAH PESAKIT KANSER PAYUDARA
Semasa saya bertugas di Palliative Care Unit, iaitu tempat di mana kebanyakan pesakit kanser yang telah disahkan mengalami metastasis (kanser merebak) ke bahagian lain (seperti paru2 dan hati), saya sangat komitted dengan kerja saya.
Ini kerana saya diminta memngaturkan wad (selepas kursus selama lima hari di Palliative Care Unit, Hospital Queen E, KK). Saya berseorangan doktor di wad itu, bersama 5 orang jururawat yang bergilir-gilir bekerja secara syif.
Sesekali doktor pakar akan datang melihat keadaan wad. Bukan pesakit. Sebab mereka tahu pesakit tiada lagi rawatan yang aktif dari mereka. Pesakit dibenarkan pulang jika mahu, atau tinggal di wad ini sehingga tiba masanya.
Di wad ini saya akan pastikan pesakit berada dalam keadaan lebih selesa jika dibanding mereka tinggal di rumah kerana ada kemudahan perubatan (seperti alat nebulizer, bekalan oksigen dan beberapa ubat-ubatan lain) dan penjagaan oleh jururawat yang baik.
Lebih dari itu (janji untuk sembuh) memang kami tak dapat berikan sebab kebanyakannya doktor mengesahkan kanser mereka sudah terlalu advanced.
Saya masih ingat satu kisah di mana seorang peguam anak dua berbangsa Cina berusia 30an mengalami penyakit kanser payudara. Beliau sudah menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi dan pembedahan di Singapura. Malangnya kanser payudara yang beliau alami ini adalah jenis yang sangat agresif. Walaupun telah diberikan rawatan yang lengkap, kanser-kanser itu datang semula. Kali ini ia berlaku dengan terlalu cepat sehingga dada beliau (yang telah dibuang payudara) mengalami bengkakan dan sel-sel kanse masuk menyerang paru-paru pula.
Ketika masuk di wad ini, beliau berada dalam susah bernafas dan mengalami rasa sakit.
Ya Allah kesiannya. Bila anak dia datang melawat (bersama ayah mereka), beliau akan mengalirkan air mata. Sambil mengusapkan kepala anak-anaknya, air mata beliau mencurah jatuh.
Anak pertama berusia 5 tahun dan anak kedua berusia 2 tahun. Beliau seolah-olah tahu beliau akan meninggalkan anak-anak beliau buat selama-lamanya, tidak berapa lama lagi.
Saya menjaga beliau selama tiga minggu. Oleh kerana beliau mengalami rasa sukar bernafas, saya tidak dapat banyak berinterasi dengan beliau.
Beliau hanya duduk di atas katil, tidak mampu berbaring kerana dengan posisi berbaring, ia akan menyebabkan beliau lebih sukar bernafas. Jadi saya pastikan bekalan oksigen secukupnya untuk beliau.
Badan semakin kurus kerana tiada selera hendak makan. Semakin lemah.
Pada suatu malam, ketika saya sudah pulang ke rumah, mengajar anak saya mengaji, ada panggilan telefon dari wad.
“Doktor, pesakit di katil lima tu dalam keadaan nazak. Saya sudah beritahu ahli keluarga yang lain..”
Jururawat telah faham apa yang perlu dilakukan. Beritahu ahli keluarga agar mereka maklum keadaan pesakit. Mungkin ada yang ingin bedoa dan mengajarkan syahadah. Tiada larangan.
Saya datang selepas 20 minit sebab rumah saya agak jauh dan jalanraya di bandar JB agak sesak.
Saya berjumpa suami beliau. Saya membisikkan “Mungkin ini masanya”
Suami beliau mengangguk dan agak sedih. Tetapi faham. Tugas saya bukan menyelamatkan nyawa, tetapi memberikan keselesaan bagi pesakit melalui fasa kematiannya.
Selepas sejam, saya mengesahkan beliau sudah meninggal dunia. Suasana senyap. Sunyi. Semua menahan pilu. Hanya anak beliau yang memanggil, “mummy,mummy” kerana tiada lagi usapan di kepala mereka.
Mereka tidak menyedari ibu mereka telah pergi selamanya…
sumber : Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Kejutkan Anak Awal Pagi Lagi Mudah Bila Ikut Cara Ustazah Ni!

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu ayah untuk pastikan anak dapat bangun awal setiap hari untuk ke sekolah.
Hingga ‘Bebuih mulut ‘ dibuatnya hingga puaslah nasihat, tapi tak juga berkesan. Jadi ada baiknya ikuti panduan yang diberikan oleh Ustazah Isfadiah ini.
5 langkah mudah ini buat anak senang bangun pagi:
1. Bersiap sebelum tidur – Pastikan 15 minit sebelum tidur anak-anak siapkan keperluan mereka untuk hari esok. Keperluan ke sekolah dan keperluan – pakaian ke Surau untuk solat Subuh. Pastikan mereka siapkan sendiri keperluan mereka dan ibubapa pantau sahaja.
2. Skrip otak sebelum tidur – baca set doa tidur memang dah wajib, skrip yang dimaksudkan adalah beritahu anak untuk bangun jam berapa contoh 5 pagi dan bersedia untuk ke surau dan bincang apa aktiviti yang akan dilakukan, biarpun benda yang sama kita kena ulang, mengulang perkara yang sama memang bosan tetapi itulah caranya untuk membentuk budaya dalam diri. Untuk sembahyang pun azan diulang-ulang sampai 5 kali sehari.
3. Skrip kejut anak – ayat yang kita guna untuk kejut anak seharusnya berbunyi lebih kurang seperti ini “Nak…! Bangun, Jom Subuh!” Atau mana-mana ayat yang sewaktu dengannya. Kalau kita kejutkan anak supaya dia bangun untuk ke sekolah, bayangkan apa jadi masa hujung minggu atau masa cuti sekolah? Itu yang tak bangun pagi tu sebab tiada sekolah. Solat Subuh pun liat le jawabnya.
4. Aktiviti fajar – Rancang aktiviti selepas solat Subuh seperti senam pagi, baca Al-Quran, tonton video pengisian rohani, sediakan sarapan pagi dan sebagainya. Aktiviti Fajar ini akan membantu anak-anak ceria dan cergas di awal hari.
5. Hargai Anak – Berilah penghargaan pada anak kerana bangun pagi, sesekali belikan hadiah, atau puji mereka, nyatakan betapa gembiranya kita dapat anak yang suka bangun pagi. Cerita lah pada anak kelebihan bangun awal pagi dari segi kesihatan fizikal kita, emosi dan rohani kita juga. Cuma kena pastikan Penghargaan ni tak boleh selalu beri, cukup sekadarnya sahaja. Penghargaan dan pujian sama macam garam dalam lauk, jika terlebih akan jadi pahit dan penyakit.
Semoga Allah bantu para ibubapa sekalian mendapat generasi bertaqwa.
Sumber : Isfadiah