“Lama Teringin Nak Makan Sambal Favourite Arwah Abah…” Wanita Ni Kongsi Resipi & Ramai Cuba, Kata Sedap!

Share

Fitrah manusia ada perasaan rindu, namun rindu yang paling sakit adalah bila kita rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita. Mengubat rindu di hati, pelbagai cara kita lakukan selain sedekah bacaan al-fatihah, kita juga akan mengimbau kenangan indah bersama insan tersayang. Bahkan ada juga antaranya, akan menyediakan makanan yang pernah menjadi  kegemaran insan tersayang untuk mengimbau kenangan bersama.

Antaranya adalah seperti menu yang dikongsikan oleh Puan Norisma Miskan yang tiba-tiba berasa  teringin untuk menikmati salah satu hidangan sambal yang cukup digemari oleh arwah bapanya.

Resipi istimewa ini juga turut dikongsikan di facebook  dan ramai yang telah mencuba resipi tersebut. Nyata rasanya cukup digemari ramai.

Jadi buat anda bolehlah mencuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit. Serai & Petai yang dikongsikan di sini.

Selamat mencuba.

Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai

Alkisahnye…dah lame teringin nak makan sambal favourite arwah abah…Hari ni baru berkesempatan untuk masak…Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai…makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera..

Bahan-bahan :

20 biji cili padi…nak pedas boleh tambah
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin…saye guna ikan kurau…kalau ada ikan pari masin lagi best

Cara Buat :

1.Bahan-bahan semua hiris halus.

2.Mula-mula goreng ikan masin sampai masak. Angkat dan ketepikan.

3.Gunakan minyak yang sama, tumis pula cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.

4.Kemudian masukkan petai dan tumis seketika.

5.Selepas itu masukkan daun kunyit dan serai. Tumis sampai layu dan masukkan ikan masin dan asam keping.. Gaul bagi rata

6.Masukkan sedikit air, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Biarkan  mendidih sekejap dan masa ini  kalau nak letak tempoyak pun boleh…letak dalam 2 sudu besar…memang meletup.

 

7. Siap

Sumber : Norisma Miskan 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiahkan wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club