“Lama Tak Nampak Mira Senyum Macam Ni. Comelnya.” Baby Bump Mira Filzah Undang Perhatian, Warganet Titip Doa!

Share

Tatkala empunya diri,Mira Filzah berkongsi berita diri sedang hamil, rata-rata peminatnya  menitipkan doa serta ucapan tahniah.

Bahkan, rata-rata teruja dan tak sabar menantikan perkembangan diri pelakon dan juga hos terkenal ini.

Terbaru, isteri kesayangan Wan Emir Wan Astar mencuri tumpuan ramai, apabila memuatnaik gambar bersama suami ketika menghadiri undangan perkahwinan rakannya.

Dalam gambar tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ aktres jelita berusia 29 tahun itu mengundang perhatian ramai terutama peminatnya.

Malah, ramai memuji bakal ibu ni nampak cukup manis dan berseri walaupun tampil ringkas dalam persalinan jubah moden rona merah jambu.

Dalam masa yang sama, rakan selebriti dan peminatnya memuji kecomelan pelakon The Maid ini dan turut mendoakannya serta bayi dalam kandungan semoga sihat selalu serta dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan kelak.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman kini telah memasuki fasa trimester ketiga. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Sumber:mfmirafilzah


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara