
Tatkala empunya diri,Mira Filzah berkongsi berita diri sedang hamil, rata-rata peminatnya menitipkan doa serta ucapan tahniah.
Bahkan, rata-rata teruja dan tak sabar menantikan perkembangan diri pelakon dan juga hos terkenal ini.
Terbaru, isteri kesayangan Wan Emir Wan Astar mencuri tumpuan ramai, apabila memuatnaik gambar bersama suami ketika menghadiri undangan perkahwinan rakannya.
Dalam gambar tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ aktres jelita berusia 29 tahun itu mengundang perhatian ramai terutama peminatnya.
Malah, ramai memuji bakal ibu ni nampak cukup manis dan berseri walaupun tampil ringkas dalam persalinan jubah moden rona merah jambu.
Dalam masa yang sama, rakan selebriti dan peminatnya memuji kecomelan pelakon The Maid ini dan turut mendoakannya serta bayi dalam kandungan semoga sihat selalu serta dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan kelak.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman kini telah memasuki fasa trimester ketiga. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
Sumber:mfmirafilzah
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Dah Tahu Suami Panas Baran, Isteri Kuat Meminta, Belajar Sesuaikan Diri. Tegur Waktu Tengah Tenang. Jangan Jatuhkan Ego Dia!

Ramai orang di luar sana mendambakan kebahagiaan kehidupan rumah tangga. Membayangkan indahnya hubungan suami isteri, mesranya hubungan anak-anak, akrabnya komunikasi ibu bapa dengan zuriatnya, suburnya kasih sayang sekeluarga dan seribu satu macam impian lagi.
Bukannya rumah tangga bak neraka dengan iringan suramnya hubungan suami isteri, berantakannya hubungan anak-anak, komunikasi keluarga umpama ayam dan itik dan pelbagai masalah yang melanda.
Peningkan? Resah? Risau? Blank? Tenggelam punca? Apa ya solusinya? Bagaimana nak perbaiki keadaan ini?
- Kalau ada isu dalam keluarga, hubungan suami isteri, ayah anak dan lain-lain lagi….Kadang kala cara kita menegur kena betul. Skil menegur pun boleh pelbagai. Guna whatsApp, facebook, SMS, menegur cara berbisik dengan anak bukan mengherdik, ‘mengeteh’ bersama dan banyak lagilah. Kena kreatiflah.
- Kita dalam kalangan ibu bapa kena buat orientasi semula sifat dan sikap. Berubah. Banyak yang tak sesuai dan banyak yang perlu disesuaikan. Kalau dulu mungkin marah anak dengan menjerit kuat, mengugut, merotan dan sebagainya. Tapi sekarang kena banyak diplomasi. Banyak berbincang. Banyak memahami.
- Sebetulnya anak kita tidak degil, pasangan kita tidak ego ataupun bongkak, orang sekeliling tidaklah bermasalah. Tapi sebenarnya, kita gagal kenal sifat-sifat personaliti yang Allah SWT anugerahkan setiap daripada manusia dengan keunikan tersendiri. Jadi berurusanlah dengan setiap orang sesuai dengan sifat personaliti mereka.
- Seperkara lagi pelbagaikan skil bergaul dengan pasangan dan anak. Jangan satu corak. Rules and Directions. Command and do. Siapa tahan? Manusia ni ada macam-macam jenis. Ada macam paku. Kena ketuk baru jalan. Ada macam bangau, dok menyalahkan orang lain. Ada macam buah-buahan, bermanfaat pada orang lain.
- Bahasa akademiknya disebut introvert dan ekstrovert. Macam-macam lagilah. Kena fikirkan. Kena sesuaikan. Mahaguru Psikologi Carl Rogers menyebut bahawa fitrah manusia ini semua baik, berpotensi besar. Allah dah ajar pada orang Islam lebih awal daripada Carl Rogers. Nabi pun dah sebut dalam hadisnya.
- Jagalah anak dan keluarga daripada persekitaran yang merosakkan. Kawan dengan penyamun jadi penyamunlah dia. Kawan dengan Pencetus Ummah, dapatlah dia hembusan angin Pencetus Ummah. Ikut kajian 80 peratus daripada personaliti manusia dibentuk oleh persekitaran yang melingkungi manusia. Besar tu.
- Kita jadi macam hari ini sebab apa yang dilalui sepanjang liku kehidupan. Tengok di luar sana. Sebab apa porak-peranda. Apa puncanya? Semuanya dari rumah, dari keluarga, daripada ibu bapa. Cepaatttt!!!! Kita perbaiki, sebelum nasi jadi bubur. Dah rosak modalnya lagi besar untuk perbaiki anak.
- Dah tau laki panas baran, isteri kuat meminta, belajarlah cara menyesuaikan diri. Tegurlah waktu tengah tenang. Jangan jatuhkan ego dia, leteri, mengungkit dan entah apa-apa entah. Wahai suami santunlah rengekan isteri seupayanya, penuh hemah, rasa mulia dengan cinta dan kasih yang agung.
Kenapa jadi begini ya? Mudah saja. Boleh tak kita terangkan isi kitab suci al-Quran sejelasnya. Jawab dalam hati. Kita hanya kenal kulitnya sahaja, bacaannya dan tajwidnya. Baki yang banyak tersimpan tak mampu kita terangkan.
Begitulah juga gagalnya kita menjelaskan personaliti pasangan, anak-anak dan orang sekeliling. Jadi, nak keluarga bahagia, antaranya kena kenal mendalam personaliti setiap ahli keluarga. Terus belajar dan belajar memahami manusia. Senyum selalu. Jumpa lagi.
Sumber: Mohd Azlan Adnan, Perunding Kanan Jelekit Ilmu Training & Consultancy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Viral Plastik ‘Bungkus’ Kereta, Rupanya Berkesan Guna Waktu Banjir.Wanita Ini Kongsi Pengalaman, Bikin Netizen Kagum!

Siapa sangka, hujan yang tidak berhenti turun sejak 17 Disember lalu telah menyebabkan kejadian banjir di kawasan Lembah Klang. Ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta benda musnah.
Dalam pada itu, sudah pastinya banyak kenderaan tidak dapat diselamatkan akibat ditenggelami air. Ketika ini pastinya ramai yang hiba setelah air surut sudah pastinya kenderaan rosak dan berlumpur.
Ekoran banjir yang melanda negara, tinjaun di socmedia mendapati beberapa tip telah dikongsi bagi membalut kereta ketika banjir. Cara berkenaan dikatakan dapat mengelak air memasuki kenderaan. Malah ada juga yang kata ia tidak praktikal.
Sebagaimana perkongsian puan Siti Zulaikha kongsi kisah benar bagaimana kereta ayahnya selamat dari bah banjir. Katanya video yang menjadi viral itu adalah tahun 2014 ketika banjir besar melanda di pantai timur termasuk keluarganya yang di Kemanan Terengganu.
Selanjutnya ikuti perkongsiannya.
Relevan balut plastik untuk lindungi kereta.
Menjawab persoalan netizen, wanita berkenaan menjelaskan bahawa penggunaan plastik itu amat membantu ketika banjir.
Pengalaman tahun 2013 rumah dinaiki air telah menjadi pengajaran kepada ahli keluarga.
Justeru, berbaloi apabila tahu 2014 hingga sekarang jika banjir melanda, harta benda keluarganya selamat.
Malah cara beliau ini membuatkan netizen kagum. Malah ada yang merancang berbuat demikian untuk persediaan banjir kelak.
Sumber: Siti Zulaikha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ketahui Tip Atasi Cabaran Anak Autisme Semasa Raikan Aidilfitri


