Lama Tak Muncul Di Media Sosial, Rupanya Ibu Yang Sering Viral Ni Telah ‘Pergi’ Akibat Kanser!

Share

Kehilangan ibu tersayang pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa pun yang bergelar anak. Kehilangan wanita yang melahirkan dan banyak berkorban membesarkan kita, akan membuatkan hari-hari yang dilalui terasa sunyi tanpanya.

Apa tidaknya dulu semasa hayatnya, dialah tempat kita bermanja dan bergantung harap.  Bahkan bukan sahaja ibu memberikan kasih sayang yang secukupnya, malah ibu jugalah ‘syurga’ buat kita.

 

 

Bagi mereka yang biasa melayan TikTok sejak musim pandemik  pasti mengenali dua beranak ini yang gelagatnya cukup menghiburkan. Meskipun terlihat ibunya tegas, namun si anak yang bernama Nurul Ain sering akan menyakat dengan pelbagai cara  hingga menjadikan video yang dikongsikan begitu lucu dan viral hingga meraih jutaan tontonan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

Lama Tak Muncul

Pun begitu sejak setahun yang lepas, ramai juga yang perasan kelibat ibunya tidak lagi muncul di dalam video yang dikongsikan oleh anak gadisnya itu.

Siapa sangka, tiba-tiba baru-baru ini Nurul Ain memaklumkan bahawa ibunya itu telah kembali ke rahmatullah. Bukan sahaja berkongsi video duka tersebut, bahkan dia turut abadikan kenangan manis bersama Allahyarhamah Siti Hawa Binti Sidek kepada pengikutnya.

Pemergian insan ini cukup dirasai ramai pihak, bukan sahaja ahli keluarga malah termasuklah rakan baiknya ketika di bangku sekolah. Kongsi Cikgu Fredy, disebalik sifat ceria dan suka bergelak ketawa, rupa-tupanya Allahyarhamah Siti Hawa menyembunyikan rahsia hidap barah.

Sumber : Ig Story ainn.ros& FB Ferdy Cikgu Celebrity

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club