
Sebelum ini umum tahu bahawa pasangan selebriti, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Keberangkatan mereka ke bersama jemaah lain tanpa membawa kedua-dua puteri mereka, Lara Alana & Lila Amina.
Baru-baru ini, Awal telah memuat naik satu video di laman Instagramnya di mana reaksi anak keduanya itu, yang mencuri perhatian netizen apabila menangis melihat bapanya pulang setelah ‘hilang’ beberapa minggu kerana menunaikan umrah.
Dalam video tersebut juga, Lila yang terkejut dengan keberadaan daddynya di rumah terus menangis dan memeluk daddynya seakan-akan melepaskan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” tulisnya di kapsyen.
Pada masa sama, Awal turut bergenang air mata apabila melihat anaknya sedih.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sharifah Shahira dan Sherry Alhadad turut sebak melihat reaksi Lyla. Malah ada yang mendakwa Lila memangis kerana rindu lama tak jumpa.
Sumber : Instagram Awal Ashaari
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Bila Anak Makin Bertambah, Jangan Biar Isteri Buat Sendiri, Suami Kena Ringan Tulang. Barulah Bahagia!

Bahagia perkahwinan itu bukan semata wang ringgit, tapi rasa sikap yang saling memahami antara satu sama lain. Isteri akan lebih rasa dihargai bila suami ringan tulang bantu isteri.
Sebagaimana perkongsian ini menunjukkan bahawa setiap pasangan perlu ada sikap saling melengkapi.
Ikuti perkongsian ini dan semoga kita muhasabah diri.
Masa hidup berdua, basuh tangan pun isteri boleh tolong…potong kuku pun isteri bleh buat…nak disuap makan pun xde halangan.
Sebab tuntutan isteri ketika itu, saat itu, hanya utk suami…
Namun bila ahli keluarga itu dah makin bertambah, dah ada kehadiran si anak, maka sebagai suami, kita kena faham situasi…
Isteri ada perkara baru utk dia bagi perhatian, isteri ada perkara baru utk dia dahulukan, isteri ada perkara baru utk dia uruskan…jika seorang suami itu terlibat sama dlm urusan ini, maka dia akan faham,
Kenapa isteri lambat buka pintu, kenapa isteri lambat memasak, kenapa isteri tak sempat mengemas, kenapa isteri nmpk serabut dan sebagainya…
Tapi sekiranya dia membiarkan isteri keseorangan dlm menguruskan pertambahan ahli dlm keluarganya, maka dia TAKKAN FAHAM…dia nak makanan ada on time, dia nak rumah sentiasa kemas dan teratur, dia nak semua keje2 rumah setel sebelum dia balik…jika tidak, akan keluar ayat…
“Awak duduk umah goyang kaki…?”
Ya, goyang kaki sbb anak2 pergi sekolah, jiran yg hantar…anak2 mkn tghari, ketua kampung yg masak…pakaian yg penuh sebakul, siak masjid yg jemur dan lipatkan…rumah yg bersepah, adik beradik yg dtg kemaskan…
Rumahtangga yang baik ialah bila kita faham apa yang dilalui pasangan kita dan kita boleh bersama-sama dengannya utk melaluinya…
Kredit: Firdaus Shakirin
Michelle Yeoh Anak Malaysia Pertama Menang Oscar, Terus Hubungi Ibu Selepas Terima Anugerah!

Tan Sri Michelle Yeoh yang mencipta sejarah sebagai pelakon Asia pertama memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi, tidak berlengah untuk berkongsi kegembiraan dengan wanita terpenting dalam hidupnya.
Menerusi video yang dikongsi wartawan Channel News Asia (CNA) di Twitter, Michelle menghubungi ibunya, Datin Janet Yeoh, menerusi panggilan video sejurus diumumkan pemenang.
Biarpun audio daripada perbualan itu tidak jelas kedengaran, namun dapat dilihat Michelle menunjukkan trofi gangsa bersalut emas 24 karat itu kepada ibu, ahli keluarga dan rakan-rakan yang nyata tidak dapat menahan rasa teruja mereka.
Dalam pada itu, memetik laporan The Star, Janet turut berpelukan bersama ahli keluarganya sejurus Michelle diumumkan pemenang.
“Saya sangat gembira dengan kejayaan Michelle. Dia menang anugerah itu sebab dia seorang yang bekerja keras.
“Kita boleh lihat bagaimana dia berlawan di filem, cara dia melakonkan watak itu.
“Dia sangat cantik dan berbakat malah seorang yang ‘smart’,” katanya selepas Tayangan Oscar.
Wanita berusia 84 tahun itu juga berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga dan selebriti jemputan semasa Acara Tontonan Khas Oscar Ke-95 di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur yang dihoskan oleh keluarga Yeoh pada pagi Isnin.
Terdahulu, seluruh dewan riuh dengan sorakan gembira apabila bintang kelahiran Ipoh itu diumumkan sebagai pemenang.
Michelle ketika memberi ucapan kemenangan, menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ibunya, Janet.
“Saya dedikasikan kemenangan ini kepada ibu saya dan semua ibu di seluruh dunia kerana mereka adalah adiwira sebenar.
“Tanpa mereka, tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini. Saya bawa pulang trofi ini kepada ibu.
“Ibu saya sedang menonton sekarang di Malaysia, Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya sayangkan anda semua malah akan membawa trofi ini pulang ke rumah,” ujarnya.
Janet yang sentiasa menumpukan perhatian pada skrin sepanjang siaran, kelihatan gembira apabila filem Everything Everywhere All at Once menerima anugerah. Filem itu memenangi sejumlah tujuh Oscar.
Sementara itu, anak-anak saudara Michelle juga teruja dengan kemenangan pelakon itu.
Anak saudara lelaki kepada Michelle, Kelvin Yeoh yang berucap kepada tetamu hadir pada majlis itu menyatakan dia dan adik-beradiknya merupakan peminat nombor satu Michelle.
“Ibu saudara saya telah menjalani kehidupan yang penuh semangat sebagai seorang pelakon selain merupakan seorang individu yang sangat rajin,” ujarnya.
Selain itu, anak saudara perempuan kepada Michelle, Vicki Yeoh memberitahu, ibu saudaranya itu adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan.
“Kami berharap dia terus memberi inspirasi kepada orang lain seperti dia beri inspirasi kepada kami.
“Dia benar-benar bukan sahaja beri inspirasi kepada orang Asia tetapi semua orang, di mana-mana dan mungkin… semua sekali,” katanya.
Pada majlis itu, beberapa selebriti tempatan hadir untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut termasuk Amber Chia, Nasha Aziz, Sangeeta Krishnasamy dan Henley Hii.
Turut serta hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri yang menyampaikan anugerah ‘Anugerah Wanita Kasih Unggul’ kepada Janet sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Michelle juga sebelum ini meraih trofi sama pada beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).
Selain kategori Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi Michelle, filem Everything Everywhere All at Once turut merangkul kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang disandang oleh Jamie Lee Curtis dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Ke Huy Quan.
Kategori lain yang turut dimenangi filem Everything Everywhere All at Once ialah Lakon Layar Terbaik dan Suntingan Terbaik.
Sumber : Sinar Harian
Macam-macam Anak Suka Buat Tapi Kita Tak Suka. Begini Cara Nak ‘Handle’ Bukannya Dengan Kata ‘Jangan’!

Perasan tak bila kita ada anak yang masih kecil perkataan yang biasa disebut-disebut setiap kali mereka sedang buat sesuatu mesti ‘JANGAN’.
Itu tak boleh, ini jangan buat, dengan harapan kita mahu anak-anak berkelakuan BAIK pada pandangan kita.
Sedangkan kita juga tahu ramai pakar psikologi kanak-kanak mengatakan, bila seorang anak itu dibesarkan dengan lebih banyak perkataan tersebut, ia boleh menyebabkan anak yang sedang membesar dari hari ke hari akan makin melakukan apa yang dilarang.
Bukan itu sahaja sebenarnya jika asyik menyekat apa yang ingin dilakukan oleh anak-anak, sama ada sedar atau tidak kita sebenarnya telah menyekat potensi dan kemahiran anak-anak untuk terus berkembang.
Lantaran itu, perkongsian yang ditulis oleh Wawa Shauqi telah mengajak untuk kita sebagai ibu ayah lihat kembali ada 7 perkara yang tidak sepatutnya kita larang untuk anak buat.
Menariknya perkongsian ini, turut diberikan cadangan bagaimana untuk kita lakukan agar tindakan anak tersebut tidak mendatangkan rasa risau atau bimbang di hati kita bila anak-anak lakukan aktiviti yang pada asalnya memang kita larang.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian ini.
Saya faham kita semua sayang anak. Taknak anak cedera. Taknak anak menangis.
Tapi, kawallah ‘ketakutan’ kita.
Jangan sampai kita halang keinginan anak untuk mencuba. Jangan sampai kita menyekat keperluan mereka untuk meneroka. Jangan sampai mereka kurang kemahiran dan kecekapan badan sampai dewasa.
Adakalanya cukup untuk kita letak peraturan dan pantau seadanya.
Selebihnya, beri autoriti untuk mereka bina potensi dalam diri.
Di sini saya senaraikan 7 perkara yang kita selalu larang anak buat. Tapi, banyak kebaikannya yang anak dapat sekiranya kita beri mereka peluang.
1.Main Tanah
2.Conteng Dinding
3.Menyepah
4.Melompat
5.Memanjat
6.’Menggangu’ Masa Memasak
7.’Menggang’ Ayah Bertukang
Sumber : Wawa Shauqi
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : 15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ulang-ulang Pesan Ni Dekat Anak, Agar Bila Mak Ayah Meninggal Mereka Tak Lupa!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club