Hamil pada usia satu atau tiga minggu biasanya tidak disedari oleh bakal ibu. Ia seakan-akan sakit ketika hampir datang haid.
Pun begitu, tanda awal mengandung ini boleh dilihat sedikit perbezaannya. Jom periksa tanda-tanda awal hamil diusia tiga minggu kehamilan.
Pendarahan implantasi
Telur yang bakal menjadi embrio telah pun sampai ke ‘rumah baharunya’. Mungkin kelihatan sedikit tompokan darah semasa telur yang disenyawakan masuk ke dalam lapisan rahim.
Ini adalah pendarahan implantasi – berlaku sekitar masa telur diimplan dalam rahim. Ia lebih ringan daripada haid biasa dan mungkin hanya berlangsung selama 1 hingga 3 hari.
Loya
Apabila hormon kehamilan, human Chorionic Gonadotropin (hCG), mula memasuki badan, anda akan mula merasa mual atau loya teruk sehingga muntah.
Morning sickness (mabuk hamil) atau sepatutnya all-day sickness boleh berlaku tidak kira waktu dalam sehari.
Deria bau sensitif
Adakah bau di sekeliling anda menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini? Ia boleh menjadi petanda bahawa diri sedang hamil.
Deria bau lebih sensitif adalah kesan sampingan kehamilan yang disebabkan oleh hormon seperti:
Estrogen
Jika itu situasi yang dialami, elakkan untuk berada di dapur dan kedai makan serta pastikan tingkap sentiasa dibuka untuk membolehkan pengudaraan lebih baik.
Ads
Berangin dan kembung
Hormon progesteron menenangkan otot seluruh badan, termasuklah dalam saluran penghadaman anda.
Kesan keadaan tersebut memperlahankan proses penghadaman yang boleh menyebabkan gas dan kembung perut serta menimbulkan rasa tidak selesa dalam usus. Ini merupakan tanda-tanda hamil satu minggu sebelum haid pada perut.
Dianggarkan separuh daripada wanita hamil mengalami sembelit semasa kehamilan mereka.
Untuk memastikan pergerakan usus berjalan lancar, pastikan anda kekal terhidrat dan mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.
Perubahan payudara
Payudara akan mula sakit dan puting mungkin menjadi gelap apabila badan mula ‘bersiap’ untuk menghasilkan susu.
Suhu badan asas
Jika anda membuat catatan suhu badan, ia sepatutnya kekal tinggi pada minggu ini. Untuk jejaki perubahan suhu, gunakan termometer badan basal dan ukur suhu sejurus selepas bangun pada waktu pagi.
Ads
Lewat haid
Jika kitaran haid adalah lebih pendek daripada 28 hari, anda mungkin menyedari diri hamil menjelang hujung bulan ini. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah dengan melakukan ujian kehamilan.
Ujian kehamilan di rumah
Jika anda mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas, jangan lupa untuk melakukan ujian kehamilan di rumah untuk melihat ketepatan keputusannya sebelum terlewat haid.
Tip
Sekiranya ujian pertama kali yang dilakukan adalah negatif, lakukan ujian susulan dalam tempoh beberapa hari atau seminggu kemudian.
Ini kerana jumlah hormon hCG dalam badan mungkin tidak mencukupi untuk dikesan dengan segera oleh kit kehamilan pada awalnya. hCG biasanya akan meningkat dua kali ganda setiap 48 jam.
Ads
Ujian kehamilan darah
Dalam sesetengah kes seperti jika anda berisiko untuk keguguran atau mengalami kehamilan ektopik, doktor mungkin akan meminta anda untuk melakukan ujian darah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Perkongsian daripada doktor ini tentang bagaimana cara yang dipraktikkan dalam menjaga kesihatan elok juga kita sama-sama contohinya.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian ini.
AMALAN PLASTIK YANG BAWA PENYAKIT
Saya terbaca beberapa hari lepas mengenai kenyataan KKM mengulas laporan bahan toksik dalam plastik. Didapati tiada bahan toksik pthalates dalam 130 jenis sampel bekas plastik makanan yang diuji sejak 2017 hingga sekarang. Alhamdulillah.
Tapi jangan leka ya..bukan bahan toksik pthalates saja yang ada dalam plastik ya. BPA dan dioxin merupakan antara bahan toksik sangat biasa didapati dalam bekas plastik. Siapa sangka bahan toksik sebegini secara perlahan meresap masuk dalam badan kita..Ganggu kestabilan hormon badan kita.
Masa kita beli air panas dalam bekas plastik..Masa panaskan makanan dalam microwave..Kita terfikir tak bahaya plastik ni? Siapa sangka, amalan ini mungkin punca susah dapat anak..? Berat badan susah turun? Penyakit kencing manis..sakit jantung..kanser?
Benar..kesan bahan toksin persekitaran sumber plastik ini sikit sebanyak.pelan-pelan rosakkan badan..ganggu kestabilan hormon badan kita. Badan jadi radang, streskan DNA, organ buah pinggang dan hati rosak..Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi..susah nak pulih.
Berapa ramai wanita luar sana ada masalah cramping period yang teruk..ia tidak normal. Walaupun biasa kita perhatikan sekarang.
Berapa ramai ada masalah keradangan dan ketumbuhan rahim..endometriosis, adenomyosis..cyst..polyp dan kanser? Ramai sangat..muda-muda dah ada.
Jom buat perubahan sikit tapi sangat bermakna insha Allah. Saya nak share 10 tips saya biasa amalkan.
1) Minimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Terutamanya pi kedai makan..Bawak siap-siap bekas plastik kita yang soheh selamat. Pilih plastik ikut resin number selamat.
2) Jika tak bawak bekas plastik sendiri, jangan terus minta bungkus. Cakap je nak dine in…tunggu makanan sejuk..baru minta bungkus. Makanan panas yang kena bungkusan plastik tu yang bahaya sangat.
3) Kedai mamak senang nak skodeng tempat dia buat air. Jika dia guna jug plastik letak air panas..Sori lah..Minum jus buah je la kat kedai tu. Ais kosong pun saya tak berani.
4) Jangan lah minum air panas dalam straw. Jarang orang buat..tapi kedai selalu memang letak air panas dan straw..baru topup ais kan? Air manis tapau dalam plastik terutamanya.
6) Saya elak panaskan microwave apa saja bekas plastik tak kira jenis selamat atau tidak.
7) Botol air mineral atau bekas air plastik jangan amalkan tinggal dalam kereta ya.
8) Masak jangan guna sudip plastik. Jangan sekali-kali. Senduk kayu paling selamat insha Allah.
9) Penapis air panas pilih yang stainless steel. jangan pilih plastik pulak ya.
10) Pemanas air elektrik…MAJORITI di pasaran memang mengecewakan…plastik! Saya memang pilih kaca atau stainless steel saja dalamnya..
Ambil perhatian ya..banyak jenis pemanas air elektrik stainless steel tapi penutupnya.. plastik! Abaikan saja tak berbaloi.
Perkakas memasak, bekas makanan ini kita pakai lama..amalan simpan makanan panas dalam plastik ni kita ulang-ulang kali buat hari-hari. Sikit saja kita ejas.. cakna lebih sikit je bila nampak plastik. Nak elak terus memang tak boleh. Insha Allah sangat signifikan impaknya cegah penyakit.
Jadi jangan hairan jika sakit kronik tak pulih-pulih. Jika diuji kanser nauzubillah tak perlu tengok salasilah keluarga kita untuk cari punca.
Tengok keliling kita saja..Waspada hubungan kimia kita dengan plastik. Takpe lah sikit leceh usaha..Supaya tak sakit dan hidup lebih sejahtera.
Bila anak demam dan batuk pada tempoh yang lama, buntu rasanya. Lagi-lagi bila semua ubat dah dicuba dan anak masih lagi batuk. Siap kahak pulak tu.
Mungkin ibu boleh cuba petua dari kaum Cina pula. Hanya gunakan bawang putih.
Bawang putih memang cukup sinonim di kalangan orang Cina. Bawang putih yang kita tahu mengandungi bahan Allicin sangat bertindak baik untuk tubuh.
Tersenarai sebagai 10 makanan terbaik di dunia, bawang putih sebenarnya kaya dengan bermacam khasiat. Bahan allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan menghalang kemasukkan sel kanser ke dalam tubuh.
Malah terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol. Hasil penyelidikan juga membuktikan allicin yang terdapat di dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan kaya dengan pelbagai vitamin. Hebat kan?
Perkongsian Puan Muna Mansur di facebooknya mengenai petua yang diamalkan oleh masyarakat Cina dalam merawat batuk dan selsema mendapat perhatian netizen. Ini yang dikongsikan wanita ini. Jom ikut caranya.
Saya pernah terbaca seorang ibu yang mengamalkan petua dari seorang aunty cina, batuk dan demam yang dialami anaknya selama 3 minggu terus kebah dan berkurangan. Ni cara buat air rebusan bawang putih.
Bahan-bahan:
9 ulas bawang putih -tak perlu buang kulit
1 1/2 cawan air
5 biji gula batu
Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.
1. Rebus semua bahan hingga jadi suku cawan. Gunakan api yang paling perlahan.
2. Minum 3 kali sehari.
3. Minum semasa air rebusan ketika masih suam.
Petua ini sesuai diamalkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.
Selamat mencuba!
Kredit: Muna Mansur
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tapi nak hilangkan lemak di bawah dagu ini tak perlu buat diet yang ekstrem? Ada cara lebih mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.