Lalui Fasa Hidup ‘Miskin & Susah’ Berkeluarga, Lelaki Ni Share Pengalaman Untuk Anak Muda Persiapkan Diri!

Share

Asam garam hidup berumah tangga, diawal fasa perkahwinan juga ada dugaannya.

Umumnya ramai antara kita melaluinya, di awal perkahwinan serba serbi kekurangan malah turut diuji dengan kewangan keluarga yang kurang stabil.

Bezanya bagaimana pasangan suami isteri itu menempuh fasa-fasa kepayahan agar menemui kehidupan sempurna bersama pasangan dan anak-anak.

Pastinya, lain orang lain ceritanya. Begitu juga kisah hidup Encik Mohd Yazid ini yang dikongsikan di akaun fbnya  3 tahun lalu.

Semoga mampu menyuntik semangat buat yang sedang diuji dengan kesempitan rezeki, dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang kini baru melangkah ke alam  rumah tangga.


Saya nak kongsi pengalaman pahit manis masa awal-awal kawin dulu, 3 tahun pertama hidup berumahtangga. Rasanya ramai yang hadapi perkara yg sama iaitu masalah kewangan. Bila ekonomi tak kukuh ia akan membawa kepada masalah-masalah lain.

Kisah pengalaman ni boleh diambil sebagai panduan kepada mereka yang sedang melalui fasa “miskin dan susah”. Adik2 yang tengah plan nak kawin juga elok baca supaya lebih bersedia.

Kami kawin pada tahun 2007, dua-dua masih belajar UIA. Kami di tahun 2 pengajian. Nampak macam gatal nak kawin sangat kan.. heh.

Tapi sebenarnya saya dah plan lama tau, bukan saje2 gatal terus nak kawin. Saya plan sejak 2003, masa tu saya tengah buat tahfiz di Darul Quran JAKIM. Walaupun calon isteri belum ada lagi tapi dah plan awal nak kawin masa belajar.

Oleh sebab dah ada plan, saya mula kumpul duit dengan buat bisnes jual topup hp di DQ dan matrik uia PJ. Bila masuk uia Gombak tahun 2005 saya buat home tuition dan boleh dapat lebih kurang 2k sebulan, dah macam gaji fresh grad ni.

Adik2 yg tengah nak cari duit saku memang saya suggest buat home tuition, senang sebab demand tinggi lagi2 di lembah klang. Buat je iklan di mudah.my nanti ramai akan call. Pakcik2 kaya sanggup je bayar rm50 sejam untuk ajar anak mereka, kadang-kadang diorang memang niat nak tolong bagi duit saku kat student u sebab tu tak kesah bayar lebih yuran.

Bila income dah stabil dan duit simpanan dah banyak baru lah saya cari calon. Alhamdulillah melalui orang tengah, @safira, saya berjaya propose Widyana Ali untuk dijadiakn isteri dan dia setuju berkahwin dalam masa terdekat. Saya terus hubungi mak dia dan lepas beberapa kali berbincang maknya pun setuju.

Alhamdulillah, nilai hantaran yg diminta hanya rm6000 tanpa barang2 hantaran lain, tapi saya terpaksa hutang dengan kawan2 yang baik hati, sampai sekarang saya masih hargai keikhlasan mereka.

Salah percaturan

Mana pergi duit yang saya kumpul sejak sekian lama? Duit simpanan habis lebur sebab terpedaya dengan “investment” yang kononnya akan bagi return tinngi. Kerana masih mentah dan naïve campur tamak,maka inilah harga kebodohan yang saya perlu bayar, duit untuk kawin habis sekelip mata. Rasanya tinggal baki rm2000 je, sedih.

Ingat ye, janganlah percaya dengan bisnes atau pelaburan yg menjanjikan return bulanan yang “too good to be true”. Saya dah insaf.

Pindah Randah

Tahun pertama perkahwinan, kami terpaksa pindah randah banyak kali sebab masalah bajet dan masalah silap faham dengan owner rumah. Mula-mula menumpang di rumah orang, pastu sewa bilik di atas kedai restoran, kemudian pindah ke flat Fiona di Batu Caves.

Pindah lagi ke flat di Taman Melati dan terakhir sewa sebahagian rumah Makcik Rokiah di tepi MRR2. Banyak habis duit sebab bayar deposit dan kos perpindahahn.

Masalah kewangan makin meruncing bila kereta Proton Savvy 2nd hand yang saya beli selalu rosak, banyak kos habis untuk baiki. Dulu kononnya beli savvy sebab nak jimat minyak, tapi bila google di internet baru tahu savvy ni memang ada banyak masalah, menyesal beli.

Duit Habis Bayar Hutang

Kalau nak kira duit yang masuk agak banyak, home tuition 2000+ ptptn 600 + JPA isteri 1200, boleh dapat rm3800 sebulan tapi tu lah masalah pun banyak tambah pula nak bayar hutang orang.

Kadang-kadang sampai korek celah2 almari cari duit syiling untuk beli makanan. Nak beli mesin basuh kena menabung berbulan2 dulu, beli peti ais kena tunggu berbulan2 lagi.

Tinggal di rumah kecil hanya dua bilik, Dyana nak masak agak susah sebab ruang dapur macam bukan dapur, sekadar ada buat cukup syarat je. Kalau family nak datang ziarah kat rumah,kami hanya dapat sediakan sedikit makanan yg termampu sebab duit tak cukup.

Dugaan Di Tahun Ke Dua

Masuk tahun kedua pun masih sama, sampai tahap saya tak beli baju baru untuk diri sendiri dan isteri, kami utamakan dulu barang2 rumah dan keperluan anak yang baru lahir.

Mak saya tegur beberapa kali sebab saya tak beli baju untuk Dyana, saya rasa malu dan rasa bersalah. Tapi Alhamdulillah Dyana sangat2 memahami keadaan kami dan dia bersabar, tetap tenang ceria. Dia cakap tak kesah pasal appearance ke, pasal tak ada barang kemas ke tak ada masalah yang penting tak susahkan orang lain. Selesaikan hutang orang dulu.

Pakaian untuk anak kami selalu belikan yang size besar supaya dia boleh pakai lama. Ikutlah orang nak kata apa pun kami tak kesah.

Rezeki Tetap Ada

Walaupun hidup susah, kami dua2 makin cemerlang pelajaran lepas kawin. Dua semester sebelum kawin Dyana tak pernah dapat Anugerah Dekan tapi lepas kawin sentiasa dapat Anugerah Dekan setiap semester sampai grad.

Padahal mengandung, pastu jaga baby, tambah plak masalah kewangan dan masalah kesihatan anak. Saya pun sama, CGPA makin naik dan rezeki makin bertambah.

Pada tahun ketiga alam rumahtangga, keadaan ekonomi keluarga makin stabil. Masa ni saya dah di tahun akhir pengajian. Home tuition masih berjalan dan saya tambah kerja dengan jadi unit trust consultant Public Mutual secara part time.

Sambil2 tu saya intai peluang pekerjaan samada swasta atau kerajaan, tapi kecewa sebab masa tu krisis ekonomi tahun 2008-2009 maka peluang pekerjaan sangat2 terhad. Lepas grad saya tak dapat kerja makan gaji. Teruskan kerja mengajar home tuition sambil jadi consultant. Tak pernah hadiri interview kerja.

Masa Terus Beredar

Sekarang dah 9 tahun malayari bahtera rumahtangga, banyak dugaan dan ujian yang telah diharungi, susah senang bersama dengan penuh harmoni dan tolak ansur. Makin lama makin bertambah rezeki, anak2 pun makin ramai alhamdulillah.

Dah lama berhenti buat home tuition. Sekarang full time consultant unit trust, kerja yang guna sijil SPM je.

Pilih Hidup Sederhana

Walaupun income bulanan saya sekarang dah lebih 10 kali ganda dari income masa baru kawin dulu, tapi kami tetap cermat uruskan perbelanjaan.

Kalau ikut kiraan, saya dah mampu beli 2 biji bmw 5 series tapi saya masih pakai Myvi sampai sekarang.

Ada orang bila dah ada duit lebih mula lah rasa tak selesa naik kereta local, rasa bergetar dan sakit belakang katanya.

Kepada adik2 yang nak kawin, rancanglah betul2 perkawinan, kewangan kena urus secara teliti. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan masalah duit. Jangan ingat hidup suami isteri ni sweet2 sahaja.

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama tv 3 je bila kawin terus kaya, rumah fully furnished, kereta bmw.

Jangan ingat saya hadapi masalah kewangan sebab kawin masa belajar, kawan2 yang kawin lepas grad pun sama.. semua mula dari zero balik. Apa yang penting suami isteri kena bertolak ansur dan dua2 kena berusaha dan sentiasa BERDOA DAN TAWAKKAL.

sumber : Mohd Yazid Ismail